29 Mac 2012

Jangan Marah-Marah Allah tak suka :-)

Salam Khamis sumer...

Assalamualaikum kwn2 selamat pg..
semoga sesiapa saja yg membaca post ini dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. :) ♥ 
jangan marah pagi2 taw, tak baik utk kesihatan. :)
 Lama tak update entry kat sini...coz sha bz..manyak keje kt office..balik umah buat housework ..lagi2 la bertambah penat...huhuhu..




Jumpa lagi....:-)

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

09 Mac 2012

Tinggal ibu lumpuh di hotel bajet

KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.
Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.
Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.

Wallahua'alam.... di manakah perasaan anak yg meninggalkan ibunya sebegini..

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

06 Mac 2012

Jom Buat Takoyaki a.k.a Cekodok Jepun

Wah..tiba-tiba teringin tekak nak makan Takoyaki...sejenis kudapan makanan Jepun...
Jom try buat....uiks..... ngidam la pulak nih...hehe..

Resepi Takoyaki

Bahan-bahan-cukup untuk 16 biji takoyaki :
150 gram tepung gandum
25 gram potato starch
1 biji telur
200 ml susu segar
200 ml air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam
2 batang lidi sate









Cara-cara :
Bancuh semua bahan dan biarkan seketika.
Kobis-cincang halus
Daun bawang-potong
Isi udang/sotong/sosej atau cheese
Bonito flake
Mayonis
Sos kicap
Campuran kicap manis, 1 sudu besar hoisin sos dan seasoning
Cara-cara
1.Panaskan acuan takoyaki.Masukken sedikit minyak.
2.Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan.Kemudian masukkan udang/sotong.
3.Taburkan daun kobis dan daun bawang.
4.Penuhkan acuan dengan adunan tepung,biar hingga melimpah ruah.
5.Balikkan adunan dengan 2 batang lidi.
6.Letakkan sedikit minyak ke atas takoyaki,sambil terus memusingkan takoyaki dengan lidi sate hingga masak sekata.
7.Masukkan ke dalam pinggan,tuangkan sos,mayonis dan tabur bonito flake ke atasnya.

Taraaa..dah siap...camni le rupanye Takoyaki nih..yummy..
(Gambar ikhsan : cik google)

Credit to : CikMin

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

04 Mac 2012

Jom tengok Seefood : Filem Animasi Terbaru Di Malaysia

Salam....
Kalau korang perasan kt TV3 mesti ada satu iklan pasal movie nama Seefood kan.... sha ingatkan mat saleh punya cerita animasi..tapi bila perasan kat trailer Seefood ada wau bulan...wah..sah ni buatan Malaysia mariii... bangga wooo...

Seefood ni akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 8 Mac ni....Seefood merupakan hasil karya sebuah studio animasi tersohor di Malaysia, Silver Ant
Filem animasi ini juga merupakan filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia.
Seefood memaparkan sebuah pengembaraan penuh mencabar yang terpaksa dilalui Pup dan Julius, dua ekor jerung yang tersesat di dunia manusia.

Jom baca kisah sinopsis Seefood ni... 
Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut. Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia manusia, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya.
Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya. Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh gelak tawa ini pasti akan mempesonakan anda!
Filem ini akan diedarkan oleh Grand Brilliance ke 80 buah panggung di Malaysia. Sebelum ini, SeeFood sudah ditayangkan di lebih 90 negara sekitar Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia.
Terus ke laman rasmi Seefood untuk info lanjut dan memuat turun fribis yang ditawarkan seperti wallpaper dan bermacam lagi.

Wah..bangganya jadi anak Malaysia kan...jangan lupa bawa anak2 ke pawagam nanti ..

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

03 Mac 2012

Sayangi anak terbuang

Dewasa ini kita masih mendengar kes-kes membuang bayi di kalangan masyarakat Malaysia tak kira bangsa...terutama gadis bawah umur...sedihkan sedangkan ada orang lain yg dah bertahun-tahun mengharapkan kelahiran dan tangisan si kecil...namun rezeki belum menyebelahi..
Sha sentap dan emosi bila isu-isu macam ni diutarakan...berita terbaharu... Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan Care) mengambil langkah bijak dengan mewujudkan Peti Baby Hatch khusus dengan tujuan Baby Hatch ini supaya wanita melahirkan anak luar nikah tidak membuang atau membunuh bayi yang tidak berdosa.

Sebanyak 1,600 permohonan diterima dan berada dalam senarai menunggu Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan Care) daripada pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan anak angkat.
Jumlah itu diperoleh sejak Orphan Care ditubuhkan pada 2008 dan sepanjang tempoh sama 400 pasangan sudah ditemuduga untuk menentukan sama ada mereka layak menerima anak angkat atau sebaliknya.
Penyelaras Perhubungan Kerajaan Orphan Care, Datin Elya Lim Adnan berkata, sejak kewujudannya hingga kini, pertubuhan bukan kerajaan itu (NGO) menerima 50 bayi termasuk tiga yang ditinggalkan di peti Baby Hatch.

“Baby Hatch atau peti perlindungan bayi tidak diingini ini diwujudkan dua tahun lalu dan setakat ini tiga bayi ditinggal di situ tanpa maklumat kelahiran biarpun kami menyediakan borang untuk diisi,” katanya.


Menurutnya, seorang daripada bayi yang sudah diserahkan kepada ibu bapa angkat itu ialah bayi cacat atau orang kelainan upaya (OKU).

“Bayi OKU itu kudung di tangan kanan dan sumbing. Dia kini menjadi anak angkat kepada pasangan yang sudah mempunyai anak dan tidak kisah terhadap kecacatan fizikalnya,” katanya.

Beliau berkata, kebimbangan terhadap keselamatan anak mungkin menyebabkan ramai individu tidak mahu meletak bayi mereka dalam Baby Hatch, sebaliknya memilih untuk menyerahkan kepada pegawai pusat berkenaan.

“Kami percaya individu yang meletak bayi dalam peti Baby Hatch tidak mahu mendedahkan maklumat yang mengaitkan diri dengannya,” katanya.

Katanya, Baby Hatch dilengkapi penghawa dingin, tilam dan bantal, lampu, kamera litar tertutup termasuk ‘sensor’ berat badan yang akan mengaktifkan penggera supaya penjaga pusat berkenaan mengetahui ada bayi diletak dalam peti itu.

“Pintu peti berkenaan tidak boleh dibuka semula selepas bayi diletak di dalamnya dan ini dilakukan sebagai langkah keselamatan untuk mengelak kanak-kanak itu diambil orang lain,” katanya.

Elya Lim berkata, Orphan Care juga membantu wanita hamil anak luar nikah untuk persiapan kelahiran bayi dan proses pendaftaran anak angkat termasuk kaunseling.

Menurutnya, berlaku kejadian seorang pelajar wanita sebuah institut pengajian tinggi enggan menyerahkan anaknya kepada keluarga angkat selepas melahirkannya.

“Pelajar berusia 20-an tahun itu mendakwa dia dipaksa melakukan hubungan seks oleh seorang kenalan lelaki yang sudah berumah tangga sehingga hamil.

“Pelajar itu memberitahu dia sering didera lelaki terbabit dan mengadu masalahnya kepada seorang rakan yang menghubungi kami untuk memberi bantuan sewajarnya,” katanya.

Katanya, bagaimanapun, selepas selesai proses pengambilan anak angkat, emosi pelajar itu terganggu sehingga sering menyatakan hasrat untuk bertemu semula dengan anaknya yang sudah pun diserahkan kepada keluarga angkat.

“Selepas menjalani beberapa sesi kaunseling, dia mula yakin bayi berkenaan dijaga dengan baik oleh keluarga angkat dan menerima hakikat itu,” katanya.

Sementara itu, Elya Lim berkata, ramai orang beranggapan Orphan Care seolah-olah menggalakkan pasangan belum kahwin menghasilkan anak luar nikah dengan penubuhan Baby Hatch.“Matlamat Orphan Care adalah untuk mengurangkan masalah pembuangan bayi. Sama ada Baby Hatch ada atau tidak, gejala ini tetap berlaku dalam masyarakat kita,” katanya.

Antara 2005 dan 2011, sebanyak 517 kejadian pembuangan bayi direkodkan di seluruh negara dengan 287 daripadanya ditemui mati.

Sumber : harian metro

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More