27 November 2013

Che Ta janda termahal bakal berkahwin dgn Zain 11.12.13

Wah...heboh sangat sekarang mengenai berita perkahwinan janda kontroversi Malaysia Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta dgn jejaka muda, Zain Saidin.
Kelmarin mereka telah mengumumkan tarikh bernikah pada 11.12.13...cantiknya susunan nombor tarikh ni...semahal tajaan perkahwinan mereka sehingga 13 juta ringgit daripada pelbagai pihak.
Zain dan Che Ta mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember 2013 depan iaitu pada Rabu di Gazebo Setia City Convention Centre selepas solat maghrib. Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvesyen Setia City pada pukul 8 malam. Bagi majlis berinai akan diadakan di Ngah Mahligai, dekat sini pada 10 Disember 2013, pukul 8 malam. Tambah Rozita, dia akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin berjumlah RM9,300 selain cincin nikah bernilai RM93,000.
Hak ekslusif penyiaran pernikahan dan perkahwinan termahal dan mewah ini confirmed milik syarikat berbayar terkenal, Astro.

(gambar : ikhsan dari google.com.my)

All the best Che Ta dan Zain yea..moga rumahtangga yg dibina kekal hingga anak cucu..



Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

26 November 2013

Johor Tukar Cuti Mingguan Kepada Hari Jumaat Bermula 1 Januari 2014

Belum terlambat untuk sha - salah seorang anak jati Johor apabila menerima titah Sultan Johor Sempena Sambutan Hari Keputeraan baginda di Muar pada Jumaat lepas - 22hb Nov'13 bahawa Negeri Johor darul takzim akan bertukar hari cuti dari Sabtu & Ahad kepada Jumaat & Sabtu.

Berita ini akhirnya disahkan oleh Sultan Johor iaitu DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 23 November 2013. Baginda menitahkan supaya cuti mingguan bagi negeri Johor dan seluruh jajahan takluknya ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014. 

                                                                         Sultan Johor 
                                       DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Daulat Tuanku

Jadi dengan ini, cuti mingguan negeri Johor dan seluruh jajahan takluknya sah bertukar dari Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.


 





Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

25 November 2013

Breastfeeding @ Menyusu Bayi Sweet Memories

Salam semua..

Kelmarin sha ada ulas tentang pentingnya aurat wanita muslimah ketika bersalin bermula saat disahkan hamil...now sha nak berkongsi pengalaman menyusukan bayi a.k.a breastfeeding.

Serta merta dengar tangisan Ummar di dewan bedah pada 11hb Oct -12, saat dia diletakkan di atas dada saya...saat nurse menyatakan Puan Aishah...mesti 100% breastfeed baby yea..saya angguk..
alhamdulilah saat dalam kandungan saya sering berbual2 dgn Ummar menyatakan saya akan susukan dia..bila saya pergi kerja dia akan minum dengan botol dan kembalinya dari tempat bekerja dia akan kembali menyusu dengan saya..
Hakikatnya...ternyata benar..ummar boleh adjust dua2 puting ori dan puting susu...lebih sihat..jarang sakit..happy sungguh..walaupun hanya setahun dia menyusu badan dan menolak dgn sendiri genap usianya 12 bulan..
yang penting dalam hal ini adalah niat @ nawaitu...insyallah susu kita cukup untuk anak kita...

Sha kongsikan kebaikan @ fadhilat menyusukan bayi - share fb/ibumengandung
                                                        Muhammad Ummar Fahim ~ 13 bulan


Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

23 November 2013

AURAT WANITA ISLAM KETIKA BERSALIN

Salam semua..lama sungguh sha tak tulis entry kt blog sulung sha ni..wah2..dah setahun seusia baby sha yg nombor 2..
Terpanggil utk menulis sebab pengalaman bersalin dua2 anak memang husband concern pasal aurat ni..lagi2 la TV9 Semanis Kurma ada menyiarkan tentang Aurat Wanita Islam ketika bersalin.
Jom baca :
*paste dari FB

Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" dari Semanis Kurma TV9:
1.Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan
2.Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan perlu dijaga dalam hal aurat
3.WAJIB mendahulukan doktor perempuan
4.MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yg terlarang
5.Jangan ambil mudah dalan soal proses kelahiran
 (gambar ikhsan cik google)

Alhamdulilah..sha dua2 anak bersalin secara pembedahan dan dua2 dilaksanakan oleh doktor perempuan..check up pun sama..Amin
Harap hospital kerajaan akan lebih concern lepas ni untuk menyediakan lebih ramai doktor perempuan muslimah kerana aurat kita tanggungjawab bersama :-)

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More