26 September 2011

Cara Mandi Yg Lebih Sihat

As Salam Sumer..

dah lama sha x menulis kt sini..weekend yg sgt bz..dgn marhaban ..openhouse.. dan akhirnye sha pun sakit...demam..batuk..selsema...MC.. lepas makan ubat.nyambil buat entry terbaru... Jom layan..

CARA MANDI YG MENYIHATKAN...

 (gambar : cik google)
Kenapa ya kita perlu mandi setiap hari ? 
Kalau anak kecil, tentu jawapannya. ”Mak suruh mandi. kalau tak nanti kena marah” . atau pun “Nanti pergi sekolah, cikgu tanya dah mandi belum…. malunya kalau cakap belum”. ha.ha.ha. Namun pernahkah anda terfikir manfaatnya kepada kesihatan anda. Di dalam Islam pun kita diwajibkan mandi wajib terutamnya bagi suami isteri selepas bersama. 

Tentunya ada manfaat disebaliknya....

Salah satu manfaatnya ialah mengeluarkan haba dari tubuh kita. Haba ini, jika tidak dikeluarkan boleh merosakkan organ di dalam tubuh kita terutama otak. Haba ini boleh naik ke atas kebahagian kepala dan menjejaskan fungsi otak anda. Jika anda sukar tidur malam. Inilah salah satu sebabnya. Oleh itu, jangan lupa untuk mandi pada awal pagi dan sebelum maghrib. Kalau dapat mandi 3 kali sehari lagi baik.

Sebenarnya pada waktu petang, badan kita menghasilkan banyak haba. Bagitu juga di awal pagi. Dan juga ketika suami isteri bersama. Oleh itu, haba ini perlu dikeluarkan sebelum ia merosakkan organ di dalam tubuh kita. Mandi merupakan salah satu cara terbaik mengeluarkan haba ini Mandi bukan sahaja menyegarkan tubuh anda, malah memberi kesihatan yang lebih baik.


Terdapat kaedah mandi yang lebih baik dan lebih menyihatkan. Caranya mudah sahaja. Anda perlu mula jirus air dari bawah kaki kanan. Seterusnya jirus lagi naik ke atas sehingga ke bahagian kepala kanan. Kemudian lakukan cara yang sama dibahagian kiri pula. Ulang lagi sekali lagi. Dan selepas itu barulah mandi seperti biasa.
Rasionalnya kaedah ini ialah haba di tolak dari bawah ke bahagian atas. Seterusnya haba dikeluarkan melalui lubang hidung, mulut dan telinga. Kita perlu mulakan disebelah kanan kerana jantung terletak disebelah kiri. Ok. Jangan lupa lagi mandi ya setiap hari .

Hope sumer dpt manafaat daripada info ni...sharing is caring.... cau cin cau....jumpa lagi..


Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

21 September 2011

Tersalah Umum Tarikh Hari Raya Kerajaan Saudi Bayar Kifarah 1.0 Billion Riyal.

Selamat Malam Sumer...

Sha baru sempat nak buat entry..jom baca kisah kerajaan Arab Saudi tersalah umum Tarikh Hari Raya Aidilfirti tahun ni...peh,.kes naya nih..


Akibat tersalah mengumumkan tarikh berakhirnya Ramadhan dan permulaan Syawal, pemerintah Arab Saudi terpaksa membayar kifarah bagi pihak seluruh penduduknya yang keseluruhannya berjumlah kira-kira satu bilion Riyal Saudi.

Sambil memohon maaf kepada rakyatnya, pemerintah Saudi turut mengarahkan semua rakyatnya berpuasa sehari bagi menggantikan puasa yang ditinggalkan kerana Hari Raya Puasa pada tahun ini tidak sepatutnya disambut pada 30 Ogos 2011, tetapi sepatutnya pada hari Rabu 31 Ogos 2011, bertepatan dengan kiraan para saintis di institut penyelidikan astronomi negara tersebut.

Apa yang dilihat dan disangkakan anak bulan Syawal pada hari tersebut rupa-rupanya adalah planet Saturn!

Demikian dilaporkan oleh AL-JAZERA............. kwang2....

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

19 September 2011

Demam K - Pop

Salam...

Annyeong-haseyo :-)

 
Selamat Malam sumer.... 
sorry today working day...monday blue nyer...nak buat kerja serba rajin..he3..
sha x tau nak tulis apa kt sini...tapi lately ni sha minat lak pulak nak tgk2 drama Korea.. bermula dari "BOF = Boys Over Flowers... so dah melarat2...
Buktinye...lagu dalam blog ni pun lagi korea.....waduh mcm mana boleh kena demam K-Pop nih..
Secara automatik..minat belajar bahasa Korea pun bermula... sesudah Mandarin dan Jepun...ni le masanye ambil kisah pasal bahasa Korea..

Adakah anda tergolong dalam golongan berikut?
  • Tiap-tiap hari dengar KPOP tapi haram tak faham apa dia cakap
  • TV favourite anda ialah KBS
  • Selalu lawat blog belajar Bahasa Korea untuk belajar bercakap Korea dalam Bahasa Melayu secara online
  • Ingin belajar Bahasa Korea Hangul sehari-hari
  • Ingin tahu cara belajar Bahasa Korea dengan cepat dan mudah
 Jom review bahasa Korea yg mudah2 u...mcm kt bawah...:-)

네.(예.)
[ Ne.(ye.)]
Ya.

아니오.
[Anio.]
Tidak. (Bukan.)

여보세요.
[Yeoboseyo.]
Halo.

안녕하세요.
[Annyeong-haseyo.]
Apa kabar.

안녕히 계세요.
[Annyong-hi gyeseyo.]
Selamat tinggal.

안녕히 가세요.
[Annyeong-hi gaseyo.]
Selamat jalan.

어서 오세요.
[Eoseo oseyo.]
Selamat datang.

고맙습니다.(감사합니다.)
[Gomapseumnida. (Gamsahamnida.)]
Terima kasih.

천만에요.
[Cheonmaneyo.]
Kembali. (Sama-sama.)

미안합니다.(죄송합니다.)
[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]
Minta maaf. (Mohon maaf.)

괜찮습니다.(괜찮아요.)
[Gwaenchansseumnida.]
Tidak apa-apa.

실례합니다.
[Sillyehamnida.]
Minta Diri

Dan yang paling popular......tadaaaaaaaaa

난 널 사랑해
(Sarang-Haeyo)
I Love U = Saya sayang kamu

Sumber = RKI (Radio Korea International)

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

18 September 2011

Menu Sarapan Pagi Ni...

Salam Pagi Minggu Sumer....

Huk Aloh..kejap jek dah hari ahad.... mcm baru 2 minit jek hari jumaat lepas....ekkkk... hehe..saje jek tuh...setelah 2 hari full dgn open house pagi..tghari..ptg dan malam... dapur sha mmg 2 hari gantung sumer kuali dan senduk...
But before bed ada message from big boss kasi satu sound "...ma...u buat breakfast esok.." waduh..ingat nak bermalas2 di katil pagi2 ahad nih... hehe..nope...this is responsibility..kena la buat...bangkit2 le sha weii..
lepas dok tgk ..ngendap2 kabinet...ada mee pasta..dan bhn2 yg kira boleh dibuat breakfast....jom kita masak...menu nyer simple jek..

Spageti Udang Cendawan

 
 (gambar : kredit Saji)

 Bahan-bahan A: 
1 bungkus spaggeti - direbus hingga empuk, ditos dan digaul dengan dua sudu marjerin/olive oil

Bahan-bahan B:
1 cawan isi ayam - dipotong dadu
1 cawan udang sederhana - dikupas kulit dan dibersihkan
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
5 ulas bawang merah
1/2 cawan cendawan butang - dibelah dua
5 biji bebola ikan - dibelah dua
2 keping kek ikan (fish cake) - dipotong kiub
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 cawan sayur campur
2 sudu besar marjerin
1 kiub pati ayam
2 biji telur
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan potongan daun bawang dan daun sup

Cara menyediakan:
1. Panaskan marjerin di dalam kuali.
2. Tumis bahan tumbuk dan cili hingga wangi.
3. Masukkan ayam, udang, semua jenis sos, kicap dan kiub pati ayam. Kacau rata.
4. Masukkan cendawan, bebola ikan, kek ikan, sayur campur, air, dan garam. Kacau rata.
5. Apabila sudah masak, masukkan spageti, kacau lagi.
6. Pecahkan telur ditengah-tengah kuali dan gaul rata.
7. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Bolehlah hidangkan....

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

17 September 2011

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Salam Sumer..

Jom baca kisah menarik yg sha sgt2 tersentuh membacanye.... Jom baca sama-sama yea..yg baik jadikan ikhtibar..yg buruk jadikan sempadan...sharing is caring...

 (credit : islamicstyle)

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".


Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.


Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.


Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.


Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.


"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.


"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.


Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."


Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."


Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.


Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.


Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.


Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.


Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Alla
h.

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

15 September 2011

PETUA : Isteri-isteri sentiasa dara

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA





PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
 

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan
rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan
.

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

12 September 2011

Musim Orang Kahwin Dah Tiba

Salam sumer yea...

Mlm2 ni sha ambil kesempatan bwat entry terbaru la..x syok x gatal2 tangan tulis kt sini..hmm..apa topik hari ni...dalam kemeriahan menyambut hari raya....wah sha dah pun dapat kad saman a.k.a kad jemputan kahwin pada musim2 raya nih...
peh..cayaler... kira 2 in 1 la... datang beraya sambil hadirkan diri ke majlis perkahwinan... minggu ni kerja 4 hari jek...best2...coz Jumaat 16th Sept..cuti for hari Malaysia... so total 3 hari la cuti.. apa lagi sabtu & ahad tu nanti insyallah sha akan hadiri bbrapa majlis kenduri kawen kengkawan kt office...
Sebut pasal kerja kahwin ni..sha nak sentuh pasal Bab Munakahat.. haa...Munakahat = Perkahwinan..sape org2 Johor yg sekolah agama darjah 5 dgn 6 mesti tau pasal nih... :-)
mari kita imbas sedikit byk rukun2 nikah &  hikmahnya sebuah perkahwinan dalam Islam..Amin
Jom layan...

1. Hukum berkahwin itu ada empat :
1. Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
2. Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
3. Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
4. Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.
2. Rukun-rukun nikah :
1. Lelaki yang bakal menjadi suami.
2. Perempuan yang bakal menjadi isteri.
3. Wali yang adil
4. Dua orang saksi yang adil
5. Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)
3. Syarat-syarat lelaki bakal suami :
1. Beragama Islam
2. Tidak berihram haji atau umrah
3. Lelaki tertentu
4. Belum mempunyai empat isteri
5. Dengan kerelaan diri sendiri bukan paksaan
6. Seorang lelaki (bukan khunsa musykil)
4. Syarat-syarat perempuan bakal isteri :
1. Beragama Islam.
2. Perempuan yang tertentu.
3. Bukan Mahram kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya
4. Bukan isteri orang dan tidak di dalam eddah orang lain.
5. Tidak berihram haji atau umrah.
5. Syarat-syarat wali :
1. Beragama Islam.
2. Seorang lelaki.
3. Baligh.
4. Dengan kerelaan sendiri bukan paksaan.
5. Tidak berihram haji atau umrah.
6. Orang yang adil ( tidak fasiq ).
7. Seorang yang sempurna akalnya.
6. Syarat-syarat saksi :
1. Bilangannya tidak kurang daripada dua orang.
2. Beragama Islam.
3. Berakal
4. Baligh
5. Lelaki.
6. Sejahtera pancaindera (boleh melihat, mendengar, bertutur). 7. Memahami isi-isi kandungan lafaz ijab dan qabul.
8. Orang yang adil (tidak fasiq)
7. Sighah Ijab:
1. Sighah ijab hendaklah digunakan lafaz nikah atau dengan terjemahan daripada dua lafaz itu dalam apa jua bahasa.
2. Lafaz ijab boleh dibuat oleh wali itu sendiri atau wakilnya.
Contohnya : "Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Fatimah bte Abdullah / berwakilkan wali bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai ".
Sighah Qabul : Iaitu upacara penerimaan daripada lelaki sendiri ataupun wakilnya setelah selesai sighah ijab dengan tidak diselangi oleh apa-apa perkataan asing atau masa yang panjang.
Contohnya : "Aku terima nikah Fatimah bte Abdullah dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai " .
8. Tanggungjawab suami kepada isteri :
1. Pemberian maskahwin.
2. Pemberian nafkah.
3. Berkelakuan baik.
4. Memberi bimbingan.
5. Menjaga kehormatan isteri.
6. Memberi layanan zahir dan batin.
7. Melakukan keadilan sekiranya berpoligami.
9. Tanggungjawab isteri kepada suami :
1. Wajib taat kepada suaminya.
2. Wajib tinggal di rumah yang dietapkan oleh suaminya.
3. Wajib menjaga kehormatan dirinya.
4. Wajib menjaga rumahtangganya.
5. Tidak menolak panggilan suami jika dipanggil ke tempat tidur.
10. Tanggungjawab bersama suami dan isteri :
1. Halal pergaulan sebagai suami-isteri.
2. Suci benih keturunan.
3. Wujud hak pusaka-mempusakai di antara keduanya.
4. Sah taraf anak (keturunan) kepada suami.
5. Kewajipan keduanya berlaku dalam pergaulan.
6. Bermesyuarat dan berbincang di dalam hal ehwal rumahtangga.
7. Berlaku adil di dalam segala bentuk kehidupan.

 (credit pic tu cik google - sorry sha peminat tegar KJH)
 Sumber : Al-Azim

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

10 September 2011

Salam Aidilfitri 2011

Salam Aidilfitri semua yea...

Lamanye sha x update blog sha ni..aduhai...bz dibulan puasa & xtvt beraya mengunjungi sanak saudara...
hari ni pun sha continue beraya..mmg memenatkan..ketika entry ni ditulis sha baru lepas solat maghrib..rehatkan badan..sambil buka laptop kesayangan sha ni...haha...dah lama x menulis..mcm merapu lak gak kan.. aduhai cik papa ajak lak beraya rumah jiran sebelah ni..non stop
Anyway..jom tatap gambar sha sefamily semasa 1st hari raya aidilfitri... x terlewat juga sha ucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri kepada sumer rakan2 blogger yg sudi singgah datang menjenguk sha di shamylivinglife..


Susah kan si Ami ni nak ajak bergambar..tokleh dok diam...

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More