31 Mei 2010

Coret Coret

Salam Kengkawan..
See you again di pagi Isnin ni..
ari ni sha x keje..company cuti..so releks and lepak jek kt umah dgn Ami...
Semalam x sempat nak menulis di sini....maklum le bz ..papa kan xde pi mancen trip....
Semalam around 7.30pm balik jugak papa..
peh cukup dgn barang2 nya...dan yg penting ikannya...
jom kita tgk apa yg dia bwk balik dan dpt.....
pancing, sauh dan jaket penyelamat
Tong Coleman yg disiap dibasuh dan lain2 peralatan
Shimano set yg dah siap dibersihkan...ni harta papa yg paling bernilai...ahakssss

Hmm..kekadang sha pun pelik dgn hobby orang lelaki ni..menghabiskan masa berjam2 dan berhari2 dok tunggu ikan makan umpan....x boring ker...tapi papa cakap....best..dapat memenangkan jiwa....biasaler dah minat....semua jadi..cuba x minat..confirm x hingin nak buat kan..
tapi apa hal....skrg perempuan pun ada yg kaki pancing gak kan.....
Ok...then see ler apa yg papa dapat.... ni kira dia punya gambar paling best..teruja beb...

Papa dan 2 ekor ikan laut yg tumpas...
But sorry..sha x tau nama ikannya tu.... siap jek papa basuh sumer equipmentnya....dia pun cari le pisau..apalagi terus siang dan potong2..basuh masuk dalam freedge...dan dibagi2 kepada my mom and the geng...
Pagi ni papa sound mama.....ikan semalam yg i tangkap tu u masak asam pedas yek....
wahhhhh....kena masak ni.... kebetulan ada tempoyak my mom bagi....uikss...leh masak asam pedas tempoyakni.....
anyway jom tgk menu ikan laut asam pedas sha...
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih (tumbuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
1cm halia (tumbuk)
3 ketul kunyit hidup (tumbuk)
2 cm belacan
1 batang serai (ketuk)
1/2 cawan cili kering kisar
5 kelar ikan kaci
100 gm kacang bendi
1 cawan air asam jawa
Garam & bhn perasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak
2.Tumis bahan tumbuk,serai dan belacan hingga garing.
3.Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak a.k.a garing cili tu
4.Masukkan air asam.
Setelah kuah mendidih, masukkan garam, bhn perasa dan sedikit gula
Then, masukkan ikan dan kacang bendi. Jika anda tidak suka rasa masam, kurangkan air perahan asam jawa, tambahkan dengan sedikit air...
kalau suka masukkan tempoyak dan kacau....
biarkan masak utk seketika.....
Selamat Mencuba...

So geng...sesape yg ada hubbynye or you all sendiri yg kaki pancing..share le crita atau kenangan yg paling best masa pegi memancing nih....
dan share resipi apa yg you all masak after dpt ikan from aktiviti memancing ni dgn sha ni..k....

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

29 Mei 2010

Apa nak buat Ari ni ?

Salam Geng Blogger..
Bertemu kembali pagi sabtu nan ceria ni (mentari diluar panas memancarkan cahayaNya..)
Ari ni cuma tinggal sha dgn Ami jek kt rumah...Papa kul 5pagi dah go to his Memancing Trip at Sedeli for 2 days...
Sejak ada kaki pancing ni hobby papa nan satu ni dah kembali aktif..kali ni ke laut pulakkk....
x bagi nanti kata sha x support...tapi xpe la let him go for release the tension...Nanti kita tgk what type of ikan yg dia dapat....
Hmmm....apa nak buat ari ni...uikss bohsannya di rumah...
Ami asyik nak mengekor jek kerjanya...ada jek yg x kena...
So, sha pun ajak mak mom and the geng datang umah...alamak blom masak..belek2 majalah....rasanya menu ni sesuai utk jamu dorang...
Jom tgk..
KERABU KERANG PUCUK PAKU

BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk paku - celur ½ kg tauge - celur
1 kg kerang - rebus
2 sudu besar kecil kerisik
3 ulas bawang merah - hiris
5 biji limau nipis - ambil jusnya
3 tangkai cili merah - kisar
10 tangkai cili padi - kisar
Sedikit belacan
Sedikit garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Siang pucuk paku dan celur. Begitu juga tauge dan kerang.
2. Masukkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk dan gaul rata.
Hidangkan....mudahkan....
UDANG GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
500 gm udang saiz sederhana
2 ulas bwang putih - dicincang
1 batang serai - dititik
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 sudu pes tomyam
3 batang daun ketumbar - dikerat 2 cm
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta serai. Kacau hingga naik aroma.
2.Masukkan udang dan bawang besar. Kacau sebentar dan biarkan selama dua minit.
3.Masukkan pes tomyam, sos tiram, gula dan garam.
Kacau hingga rata, kemudian masukkan daun ketumbar.
Kacau sebentar dan angkat.
Kailan Hong Kong Cendawan Hitam
BAHAN-BAHAN:
200 gm kailan Hong Kong
3 ulas bawang putih
6 keping cendawan hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit air
Gula dan garam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Celurkan kailan separuh masak, angkat dan toskan serta susun di atas pinggan.
2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan bwg putih,sos tiram, sedikit air, cendawan hitam, kicap pekat, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
3. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas sayur tadi. Hidangkan.
Note : nak guna baby kailan pun sodapppp...
Selamat Mencuba...
Sumber dari :http://www.sajionline.com.my

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

28 Mei 2010

Menu minum petang..

Salam Geng Blogger...
Today sha nak share sket menu for minum petang...apalagi baru lepas hujan mcm kt tempat sha ni...
tapi boleh consider breakfast menu gak....
Biasanya kita beli roti canai kan...or makan kt kedai..xpun beli yg segera dan panaskan...
But, today mari le kita belajar cara2 buat roti canai yg original ni...
Jeng..Jeng....Jom jom kita cuba buat...caiyoooooooooooo
ROTI CANAI
Bahan-bahan ( 12 keping ) :

*550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 telur-50gm
*3 sb susu pekat-60gm
*1 sk garam-6gm
*1 sk butter/margerin-15gm: kalau nak yg rapuh, lebihkan butter
*1-2 sb tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara :
1.masukkan bahan kedalam bekas, kacau hingga sebati
2.masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
3.uli hingga jadi doh
4.rehatkan doh selama 10min
5.uli lagi selama 5min
6.ulang step 4&5 sebanyak 3 kali. Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
7.advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
8.bentuk bulat2. produce 12 depending on the size. salut dgn margerin. perap 3hrs or more .
9.ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min utk mengelakkan mengecut bila di tebar.
10.ambil satu keping yg telah di nipiskan & diperap, bolehlah di kibar atau di tarik2. utk mengelakkan koyak, tangan mesti sentiasa berminyak. bila dah cukup nipis, renjiskan byk skit minyak, dah lipat. kalau kurang minyak , nanti kering.
11.panaskan pan dgn api sederhana.. taruk sedikit minyak. masak hingga perang. sambil terbalikkan roti, hendaklam sentiasa di renjis minyak diatas roti.
doh boleh disimpan dlm fridge up to 2 days

Tips: terlebih uli, doh akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that’s why process uli & rest di ulang 3 kali.
Jumlah kalori : 101 - 400 kcal
Selamat Mencuba.....














Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

27 Mei 2010

Teka Teki Imam Ghazali

Salam Blogger...

Pagi Khamis nan indah ini sha dah share islamic information regarding Teka Teki Imam Ghazali...dan Hukum Mewarnakan Rambut
Moga kita sumer mendapat ikhtibar dan pengajaran dari cerita di bawah..
Enjoy reading...
Teka Teki Imam Ghazali
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI ..Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar....
tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar..tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
Sampaikanlah walau satu ayat".. ....

Hukum Mewarnakan Rambut
Marilah menambahkan ilmu di dada....
Soalan: Suami saya meminta agar saya mewarnakan rambut. Dia sukakan warna berambut perang, sedangkan saya berambut hitam. Boleh saya mewarnakan rambut dengan pewarna yang ada di pasaran bagi memenuhi hasratnya?.
Faridah, Shah Alam.
Jawapan: Puan amat digalakkan mewarnakan rambut dalam keadaan yang disebut di atas. Puan memperolehi pahala jika melakukan sebagai mentaati suami dalam perkara yang baik untuk rumahtangga.
Mewarna adalah diizinkan dalam Islam, bahkan RasuluLah pernah menggalakkannya bagi menyanggahi iktikad Yahudi dan Kristian pada zaman tersebut yang menganggap mewarna rambut yang beruban sesuatu yang salah dalam agama.
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim, RasuluLah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut, maka berbezalah dengan mereka”. Berdasarkan hadith ini, para ulama menyatakan disunatkan bagi mereka yang beruban mewarnakan rambutnya. Cuma dalam hadith yang sahih seperti yang diriwayatkan al-Imam Muslim baginda menyebut mengenai mewarna rambut : “Hindarilah warna hitam”. Ini bagi mengelakkan orang yang dah lanjut usia menipu orang lain tentang hakikat dirinya.
Adapun puan yang bertanya boleh mewarnakan rambut dengan apa warna yang disukai suami puan. Hadith-hadith tidak pernah mensyaratkan jenis pewarna tertentu seperti inai atau tumbuh-tumbuhan yang lain. Maka pewarna yang ada di pasaran selagi tidak meninggalkan kesan najis dan mencegah air sampai ke rambut boleh digunakan.
Sumber dipetik dari :
http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?cat=22

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

25 Mei 2010

Oren Kukus Penawar Batuk

Salam Geng Blogger..
Bertemu kembali...
This lovely evening sha want to share one of the method to relief the cough (batuk).
Rasa memang agak kureng la...tapi insyallah akan menyembuhkan batuk...
No harm to try ....
So, see below :-
Cut off a little shelf of top
Add ½ teaspoon of salt



Place in a bowl and steam it 20 minute
Don’t forget to finish the water left in the bowl. Its taste sour and salty, good for cure
Selamat Mencuba....
Sumber dipetik dari :
(Email forward from geng office)

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Talbinah - Rahsia Pemakanan Kesihatan & Perubatan dari Sunnah Nabi SAW

Salam Blogger...
Hari ni sha nak share info about new product Talbinah - Minuman Kesihatan Sunnah
Jom kita baca k...

APA ITU TALBINAH
  • Tabinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare) bersama kulitnya, ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis.
  • Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti warna susu .Ia digunakan sebagai pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif pelbagai penyakit kronik masa kini yang sukar dirawati melalui kaedah moden.
Sabda Nabi SAW maksudnya: “Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

KANDUNGAN TALBINAH
Talbinah mengandungi bahan-bahan seperti :
* Glucane yang berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam darah
* Vtamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesis kolesterol
* Potasium yang berfungsi menurunkan tekanan darah
* Melatonin yang berfungsi menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser dan mengubati kemurungan
* Lysine yang berfungsi membangun kesihatan tubuh, Mineral-mineral yang berfungsi membangunkan kesihatan tubuh, mencergaskan sistem ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar
*Serat (fiber), vitamin-vitamin A,C ,D,E dan B Complex serta bahan-bahan lain yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Faedah-faedah dan Khasiat Talbinah dalam Hadis Nabi SAW:
1. Menenangkan hati pesakit :
Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, sifatnya lembut dan mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenagkan hati pesakit. Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru sembuh daripada penyakit, iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan di antara sakit dan sembuh (an-Naqahah). Dalam satu riwayat daripada Imam Ahmad, yang bermaksud: Aisyah RA telah berkata “Adalah Nabi SAW apabila diberitahu kepadaNya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah SAW “Hendaklah kamu menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya”. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

2. Membantu menghilangkan kesedihan dan kemurungan (Depression):
Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah. Diriwayatkan bahawa Aisyah RA apabila berlaku kematian dikalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian sediakan roti dari Syaeer (Tharid) lalu dituang Talbinah ke atas Tharid tersebut, lalu ia berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir: makanlah roti ini kerana saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dan Nabi SAW bersabda tentang Talbinah ini, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan hati pesakit sebagaimana kamu membersihkan kotoran dari mukanya dengan air. (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmizi di mana Tirmizi berkata hadis ini adalah Sahih).

3. Merawat penyakit-penyakit pada sistem penghadaman:
Talbinah dapat menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta menghilangkan kesakitan
Rasullah SAW telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya tidak sedap. Talbinah dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit yang lama, mengawal dari kanser usus, mengawal daripada penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak, vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh) dan merawat kegemukan serta penyakit-penyakit merbahaya yang lahir dari kegemukan.

4.Mengawal daripada penyakit kanser dan melambatkan penuaan:
Oleh kerana Talbinah kaya dengan serat (fiber), antioksidan dan vitamin, maka ia boleh mengatasi masalah pergerakan Oksigen yang bergerak secara bersendirian dalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti Waskingson di Amerika membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya dalam Talbinah juga membantu mengawal penyakit kanser.

5. Talbinah mengatasi penyakit darah tinggi:
Penyakit darah tinggi ialah keadaan di mana tekanan darah berlaku ke atas dinding saluran-saluran darah. Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi menyeimbangkan garam dan air dalam tubuh. Selain itu Talbinah berfungsi melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.

6. Talbinah dapat menurunkan kadar gula dalam darah
Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan fiber yang tidak boleh larut (Soluble Fibers & Insoluble) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan lemak dalam darah.

7. Talbinah dapat mengatasi penyakit kesukaran tidur (Insomnia):
Talbinah dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana ia mengandungi hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur. Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut yang menghalang Insomnia.

Lain2 khasiat termasuklah :-
Talbinah menguatkan sistem ketahanan tubuh
Menguatkan hafalan dan merangsang memori
Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah

CARA PENYEDIAAN TALBINAH
Masukkan satu pek Talbinah segera ke dalam secawan air panas yang telah mendidih ( 250 ml ), kemudian dikacau sehingga larut. Biarkan seketika supaya ia suam sebelum ianya diminum.
Talbinah segera juga sesuai dicampur ke dalam masakan seperti sup ayam/daging dan juga pelbagai masakan lain untuk menambahkan lagi khasiat pemakanan anda seharian.
Untuk mendapat kesan maksima Talbinah, disyorkan agar pengambilannya adalah sebanyak dua kali sehari, sewaktu perut anda masih kosong iaitu sebelum makan pagi dan makan malam. Ia sesuai sebagai hidangan untuk seisi keluarga samada dewasa mahupun kanak-kanak.

Kuantiti Setiap Kotak : 15 Uncang
Berat Bersih : 25 Gram Setiap Uncang

SO, u all dah tahu sedikit sebanyak kebaikan dan kelebihan TALBINAH bolehlah mencubanya...insyallah setiap penyakit ada ubatnya..
Sekiranya berminat….bolehlah hubungi Sha k...hehehe
Sumber dipetik dari :

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

24 Mei 2010

Jalan2 Cari Makan - 1pm

Bertemu kembali...
Semalam pagi lepas breakfast....hubby yg working on weekend tetiba informed sha and Ami....
Mama nak ikut x..... papa ari ni ada buka booth kt Tesco Bukit Indah...wah...apalagi ni peluang keemasan nak bershopping setelah 2wks x ke mana2 shopping complex..hehehe..
cepat2 bersiap ler kami berdua..11.30am we all dah dalam perut kereta dah.... but sha pick-up my mom, adik lelaki & Acu (si bongsu) kt umah mak ...kalau x de dorang...x sah beb...apatah lagi sha dah xde abah sejak 2005 dulu....so saja bagi release tensen kt my mom...and the geng...

dipendekkan cerita dah meronda dan shopping serba sedikit kt TESCO...cam boring jek la..jam baru pukul 2ptg..hubby balik kul 5ptg..so apalagi..jeng2..kitaorang pun pegi le JUSCO Bukit Indah....

Wah ramainya orang...jalan2 punya jalan..sumer dah kepenatan..dah lepak kt arena..
Tgk le gambar2 org2 yg kepenatan..hahaha

Ami & my Mom

Ami, my mom & Acu

Acu & Pak Uda a.k.a Cik Mod

Muka Ami & Mama yg kepenatan


Botol air Ami yg baru
Ami tayang senduk nasi mama yg 70% discount....hehehe

Setelah puas lepaking kitaorang pun sambung le jalan2 kt area Jusco tu...then ada campaign Sayangi Jantung Anda kerjasama dgn Yayasan Jantung Negara dan Nestle....See below....

so, kengkawan sayangi ler jantung anda dan amalkan ler gaya hidup sihat tau...
We all sampai rumah arond 6pm++ after hubby taken us go to dinner at Stulang Laut..
Ami at the car already pengsan (tdo) after minum his susu....
See you again on the next nukilan k....

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

23 Mei 2010

Breakfast Apa Kita Pagi Ni ? - 9am

Salam Kengkawan...
See you all again in this beautiful weekend, Sunday..
Dah bangun ke belum ?.... biasalah kan ada yg dah bangun dan x sambung tdo lepas Subuh tadi..then ada yg menyambung tdo semula...maklum le ni le masanya nak bangun lewat sket kan....
Sha pulak pukul 6.45pg buah hati pengarang jantung sha, Ami dah kejutkan ...."mama..mama....bangun la dah pagi...adusss...nak x nak celikkan mata gak le melayan nye duduk kt ruang tamu...

Siap jek sumer...tetiba terfikir nak buat breakfast apa pagi Ahad ni..
adussss...terasa malas dan macam nak makan kt kedai ni..tapi hubby (papa) belum bangun2 lagi...
So..story kita pagi ni related about what we want to eat today breakfast...
Western Breakfast menjadi pilihan sha pagi Ahad ni ....Jom tengok menu2 pilihan yg ada kt bawah ni...

Garlic bread with mushroom soup and Coffee Radix


 Sedapkan..so sha sharing resipi wat garlic break + mushroom shoup ni ek....see below

Garlic bread
Bahan2 :
  • Roti France – anytype, kalau xde gune je apa2 roti yg mau :D
  • Butter
  • Garlic Powder
  • Dried parsley

 Cara2 :

 1. Potong roti menjadi slice yang dikehendaki- buat kira2 kurang sikit dari 1 inci

 2. Sapukan butter pada kedua2 permukaan roti

 3. Taburkan garlic powder pada kedua2 permukaan- bergantung pada byk mana rasa garlic yg antum mahu

 4. Sprinkle dried parsley a bit on both side

 5. Then toast mcm biasa kat bread toaster ikut garing yg anda mahu. Jangan garing sampai jadi cam rusk lah :D . Cukup sekadar crunchy di keliling buat a bit soft di tengah2 nya.

 6. Cicah ngan mushroom soup…so yummy....
Mushroom soup (ala pizza)


















Bahan-bahan ( 6 org ) :
  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum
 Cara2 :

1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.

2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.
Siap utk dihidang.

Pasta Aglo Olio
  
Bila rasa nak cepat masak dan makan sedap serta berkhasiat, this is one of the choice resipi yg boleh dipilih.
Ianya mudah, cepat dan tanpa Kolesterol :) especially pada yang mungkin ingin beralih arah dari makan nasi di hujung minggu ni..
Jom tengok bahan2 dan cara2 utk membuatnya...

Bahan-bahan  :
  • 3 ikat spaghetti San Remo – celur seperti yang terdapat pada arahan pek
  • 15 ekor udang – dibuang kulitnya
  • 6 ketul scallop -buang telur dan sekitarnya
  • 1 batang carrot – potong memanjang / dadu
  • 3 biji capsicum hijau -potong kasar
  • 5 ulas bawang putih – cincang
  • 1/2 cawan extra virgin olive oil
  • garam secukup rasa
  • basil, oregano, parsley dan lada hitam
Cara2 :

1.panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan
2. masukkan udang dan scallop, kacau rata kemudian masukkan carrot
3. kacau rata dan biarkan ia layu sedikit. Masukkan capsicum diikuti dengan garam serta lada hitam
gaul rata. Setelah sebati masukkan spaghetti bersama sedikit air rebusannya kira2 1 cawan kedalam tumisan tadi
4. masukkan basil, oregano dan parsley, gaul sebentar dan sedia untuk dinikmati
sedap dimakan ketika panas2.
Nota :
Utk elakkan spagetthi tu melekat semasa direbus letakkan sedikit olive oil...(boleh juga letak selepas ti toskan spagetthi yg direbus tadi
Sedap kan....jom2 cuba..modal utk buat menu western di atas amat murah dan berpatutan...selamat mencuba..
Sumber resipi dipetik dari :
http://athifct.wordpress.com/category/mari-cuba-resepi/



Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

22 Mei 2010

Sabun Tahan Mengantuk ? 11am

Salam kengkawan...bertemu kembali pagi sabtu yg ceria
(tapi area rumah sha mcm dh mendung ni...)

Biasanya waktu pagi either kita kuliah, berkerja atau sebagainya..sintom mengantuk x akan lari dari diri kita...
kekadang tu bila ada meeting waktu pagi..huarrgghhhh....mulut x berhenti2 menguap...mengantuk..
Padahal bukan x mandi pagi dan dah berwangi2an masa nak pergi kerja kann...
hmmmm....Sha pun x terkecuali dalam hal ni.... ada masa2 memang masalah mengantuk ni mengantui...silap2 bos nampak nanti dear all cakap kita x well prepare go to work pulak..haru jadinya...huhuhu...
So, sha pun tercari2 ler apa alternatif utk mengurangkan or reducing this kind of problem....Akhirnya sha jumpa satu penawar kepada masalah mengantuk sha ni....ALHAMDULILAH ternyata berjaya...
then sha sharing ler dgn u all k....
Apa dia ?...
Jeng2..memperkenalkan....

  SABUN TAHAN MENGANTUK AQURA


Ni la dia Sabun Tahan Mengantuk Aqura tu....hmmm... sape sangka sabun kecil ni boleh menyelesaikan segala masalah mengantuk x kira masa mesyuarat,kuliah, memandu dan sebagainya...
Mari kita lihat apa bahan2 dalam sabun ni....

 Kuasa Interaktif di dalam sabun AQURA ni merupakan Sabun Karbon yang menakjubkan, membersih kulit secara lembut. Menghilangkan kegatalan dan bau dengan hanya satu mandian. Kelebihan ion negatif dengan sinar infra merah jauh memberi lebih kesegaran serta mengembalikan tenaga.
Sabun Karbon Aqura memberikan kebersihan yang ketara dengan satu sentuhan lembut. Diperbuat dengan menggunakan suhu dan haba yang amat tinggi, karbon merupakan bahan utama disebalik keberkesanan Aqura. Aqura sebenarnya mengembalikan tenaga semasa anda mandi! Kandungan akti-karbon di dalam sabun mandi mengeluarkan ion-ion negatif dan sinaran infra merah jauh. Inilah sebabnya anda akan mengalami keberkesanan Aqura, dan kesegaran yang berpanjangan. Akti-karbon mengeluarkan ion-ion negatif dan sinaran infra merah jauh, mengekalkan kesegaran untuk tempoh yang lebih lama.
 
Siapakah yang patut menggunakan Sabun Karbon Aqura?
  • Pemandu jarak jauh
  • Pemandu profesional
  • Pekerja tiga syif
  • Pelajar
  • Golongan profesional yang memerlukan tumpuan penuh terhadap kerja mereka
  • Mereka yang mudah mengantuk
  • Pengawal keselamatan
Bilakah anda patut memakai Sabun Karbon Aqura ?
  • Sebelum memulakan perjalanan jauh
  • Sebelum menghadiri mesyuarat atau kuliah panjang
  • Sebelum memulakan projek yang memerlukan anda memberi perhatian penuh
  • Selepas makan tengahariyang mengenyangkan
  • Sebelum memulakan kerja syif malam
  • Sebelum pergi ke sekolah, kolej atau universiti
  • Sebelum memulakan ulangkaji peperiksaan
Harganya pun amat yg berpatutan iaitu RM 65 untuk satu bar..

Produk2 lain yg popular dibawah label AQURA ni termasuk Syampu Tudung AQURA yg membebaskan kita wanita2/gadis2 bertudung yg menghadapi masalah kegatalan, bau kurang menyenangkan..termasuklah masalah kelemumur di kepala...




 AQURA juga menawarkan pelan perniagaan kepada anda semua di luar sana dgn pakej permulaan perniagaan RM 390 yg berpatutan...

Details boleh ler ke website AQURA http://www.aqura2u.com/

Selamat Mencuba.....

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

21 Mei 2010

Resipi Aiskrim Goreng 3.15pm

Salam...

Petang-petang Jumaat ni sedap kalau makan aiskrim goreng sampai melepak depan tv.....hmm..yummy...terliur dibuatnya apalagi le kids yg makan....
Kt sini sha turunkan menu buat aiskrim goreng sempoii punya....dipersembahkan dalam gambar langkah demi langkah...


1. skop aiskrim letak atas sekeping roti
2. ambil lagi satu roti kosong tangkup atas aiskrim tadi 
aiskrim tak kira apa jenis aiskrim or perisa
Roti sandiwich pun x kira brand apa janji roti k...


tekankan acuan telur atas kedua2 roti tadi - kuat2 sampai roti putus jadi bulat 
jeng jeng dah jadi bulat kan.....

masukkan dlm plastik dan simpan dlm peti ais bahagian atas semalaman or 3 jam 

 Panaskan kuali letak minyak mcm nak goreng pisang tu...
minyak kena betul2 panas - baru gorengkan roti tadi
balik2kan supaya kuning kedua2 belah 

Angkat dan hidangkan bersama2 susu cair (kalau suka)
Aiskrim tetap sejuk kt dalam..
dah kena belah tuu....
Kalau x makan cam tu jek pun sodapppp..
 
Selamat bersantai dihujung minggu sambil makan aiskrim goreng sempoiii
Sekiannn...selama Mencuba tau..





Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Kes Penipuan Susu Rendah Lemak - 2pm

Salam dan Hai Geng..

Normally orang perempuan mesti nak beli dan minum susu rendah lemak yg kurang menggemukkan...
So today i nak share with all of you regarding kes penipuan susu rendah lemak dikalangan maker2nya oleh seorang pengirim email seperti di bawah...

Bismillahirrohmanirrohim – Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha penyayang.

Apabila kita membelikan makanan bagi keluarga kita, sejauh mana kita semua berfikir “adakah makanan ini selamat”. Kita semua perlu berfikir sedemikian kerana ada segolongan manusia yang memang inginkan kita semua tidak sihat. Apabila kita semua tidak sihat, mudahlah mereka mengawal Goyem (orang bukan Yahudi) dan mudahlah mereka mendapatkan keuntungan dengan menjualkan ubat mereka pula . Perlu diingat bahawa industri perubatan adalah sangat menguntungkan dan hampir kesemuanya dikuasai oleh puak Yahudi ini.

Nestle di Malaysia memasarkan pelbagai barangan termasuk Maggi mee, Nescafe dan Coffe-mate. Ketiga-tiga produk ini sangat merbahaya dan rakyat Malaysia terus menerus membelinya.

Kali ini saya ingin bercerita tentang penipuan segolongan manusia dengan tujuan untuk menjadikan umat manusia kurang sihat disamping mereka mendapat keuntungan kewangan yang lumayan. Penipuan ini dilakukan melalui penghasilan SUSU RENDAH LEMAK / LOW FAT MILK.

Susu seperti susu lembu adalah catu contoh terbaik berkenaan emulsi. Emulsi adalah proses di mana butir-butir lemak terampai di dalam air. Santan kelapa juga adalah satu contoh baik berkenaan emulsi. Lemak memang tidak boleh larut di dalam air dan lemak susu hanya terampai di dalam air.

Bagi sesiapa yang ingin membuat eksperimen mudah pembentukan emulsi, bolehlah mencuba eksperimen berikut. Ambil sedikit ethanol atau sebarang spirit. Masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya dan kacau sehingga larut. Seterusnya masukkan campuran ethanol dengan minyak ini ke dalam air dan akan terbentuklah emulsi minyak yang berwarna putih macam susu atau macam santan kelapa.

Susu memang mengandungi banyak lemak dan itulah sebabnya ia berwarna putih kerana kehadiran butir lemak yang halus di dalamnya, sama seperti santan kelapa.  Apabila susu lembu segar yang baru diperah dibiarkan di dalam gelas yang lutsinar untuk beberapa jam,  butiran lemak di dalam susu ini akan naik ke atas kerana ketumpatannya yang lebih rendah berbanding air. Ini menyebabkan bahagian atas susu ini semakin berminyak dan berwarna putih manakala bahagian bawah semakin kurang berwarna putih. Hasil yang sama seperti ini juga dapat diperhatikan apabila membiarkan santan kelapa di dalam gelas lutsinar.

Dengan mencedok bahagian atas susu yang berlemak dan berwarna putih ini keluar dari gelas tersebut, apa yang terhasil ialah susu rendah lemak atau susu tanpa lemak. Susu lembu atau susu ibu mengandungi kesempurnaan zat makanan. Seorang bayi yang semata-mata menghisap susu ibu selama 2 tahun tanpa sebarang makanan lain insya-Allah akan menjadi kanak-kanak sihat. Begitulah juga anak lembu akan terus membesar menjadi sihat hanya dengan minum susu lembu ibunya. Namun sekiranya anak lembu yang baru lahir diberikan hanya dengan susu rendah lemak, insya-Allah anak lembu ini akan mati menjelang usianya 1 bulan.

Susu adalah satu ciptaan Allah SWT yang sangat sempurna dan ajaib sungguh. Berbagai khasiat perubatan sebagaimana yang telah saya sebutkan seperti mengubati gastrik, ulcer, paru-paru dan pelbagai penyakit lainnya. Adakah dengan membuang komponen lemak yang terdapat di dalam susu lembu ini masih menjadikan susu lembu ini sempurna dan ajaib???

Terdapat keseluruhan kelas makanan dari karbohidrat, protin, lemak, vitamin dan mineral di dalam susu lembu ini. Membuang lemak dari susu telah menyingkirkan komponen lemak daripada susu namun adakah semata-mata lemak sahaja yang disingkirkan daripada susu rendah lemak ini???????

Terdapat dua jenis Vitamin iaitu vitamin yang larut di dalam air dan vitamin yang larut di dalam di dalam lemak. Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Vitamin untuk maklumat berkenaan vitamin secara lengkap.

Kumpulan pertama vitamin terdiri dari vitamin B1, B2, B3, B5, B6, Biotin, Asid Folik, B12 dan vitamin C adalah larut di dalam air manakala vitamin A, D, E dan K adalah terdiri daripada kumpulan kedua vitamin yang larut di dalam lemak.

Dengan menyingkirkan lemak dari susu, kita bukan sekadar kehilangan lemak namun segala vitamin yang larut di dalam lemak sebenarnya juga telah disingkirkan!.

Kehilangan vitamin-vitamin yang larut di dalam lemak melalui susu rendah lemak adalah satu tragedi. Kekurangan vitamin D sahaja sudah boleh menyebabkan berbagai kesan negatif. Sila baca artikel menarik kesan kekurangan vitamin D ini melalui http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2008/11/01/Vitamin-D-is-a-Key-Player-in-Your-Overall-Health.aspx dan artikel ini ada saya copy paste di bawah ini.

Susu mengandungi segala macam mineral yang diperlukan tubuh badan termasuk kandungan mineral terbanyak di dalam susu iaitu Kalsium dan Phosphorus. Kedua-dua mineral ini sangat diperlukan untuk pembentukan tulang yang sihat. Persoalan seterusnya ialah adakah dengan pengambilan susu rendah lemak ini akan menyebabkan kehilangan lemak dan vitamin yang larut dalam lemak sahaja??? Untuk memahami soalan cepumas ini, marilah kita memahami fungsi vitamin D berikut.

Vitamin D adalah larut dalam lemak. Penyingkiran lemak dari susu samalah juga sebagai penyingkiran vitamin D dan juga vitamin A, E dan K. Fungsi penting vitamin D adalah sebagaimana dijelaskan di dalam wikipedia iaitu membantu penyerapan kalsium dan Phosphorus dari makanan dalam usus kecil.

“•  Vitamin D regulates the calcium and phosphorus levels in the blood by promoting their absorption from food in the intestines, and by promoting re-absorption of calcium in the kidneys, which enables normal mineralization of bone and prevents hypocalcemic tetany. It is also needed for bone growth and bone remodeling by osteoblasts and osteoclasts  ..

•  Absent vitamin K or with drugs (particularly blood thinners) which interfere with Vitamin K metabolism, Vitamin D can promote soft tissue calcification.”

Ini membawa maksud bahawa sekiranya makanan di dalam usus kecil banyak mengandungi kalsium dan phosphorus yang amat berguna bagi tubuh tetapi dengan kekurangan vitamin D, penyerapan ke dalam tubuh boleh tidak berlaku atau sedikit sahaja yang berlaku. Ini membawa maksud, dengan kurangnya vitamin D, makanan yang kaya dengan kalsium dan phosphorus hanya menjadi sia-sia kerana tubuh tidak dapat menyerap secara keseluruhannya. Inilah yang berlaku dalam kes susu rendah lemak.

Susu lembu memang mengandungi banyak mineral termasuk kalsium dan phosphorus tetapi dengan mengambil susu rendah lemak, segala lemak berserta vitamin A. D, E dan K telah turut hilang. Kehilangan vitamin D dan K sebagaimana dijelaskan di atas menyebabkan kandungan kalsium dan phosphorus yang kaya di dalam susu tidak dapat dimanfaatkan oleh tubuh badan. Ini membawa maksud bahawa pengambilan susu rendah lemak menyebabkan:

1. Kehilangan lemak baik dari susu
2. Kehilangan Vitamin A, D, E dan K
3. Kehilangan mineral Kalsium dan Phosphorus kerana tubuh tidak dapat menyerap kesemuanya.
4. Kesan-kesan negatif sebagaimana dinyatakan di http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2008/11/01/Vitamin-D-is-a-Key-Player-in-Your-Overall-Health.aspx termasuk merosotnya tahap kesihatan.

Selain daripada isu kehilangan zat makanan yang penting dari susu rendah lemak, mari kita lihat pula isu harga susu rendah lemak. Sebagai perbandingan, kek berkrim sepatutnya berharga lebih mahal berbanding kek tanpa krim, begitulah susu penuh krim atau fullcream juga sewajarnyalah berharga lebih mahal berbanding susu rendah lemak. Ini dapat diterjemahkan melalui harga susu berikut:

Perkara                                                                         Harga
Fernleaf Instant 600gm (Susu rendah lemak)                    13.80
Fernleaf Fullcream 600gm                                               15.20
Fernleaf Kuat Family Milk 2 Kg (Susu rendah lemak)      34.90
Fernleaf Fullcream Milk 2 Kg                                          45.50

Apa yang menjadi kemusykilan besar kepada saya ialah mengapakah susu Anlene dan Anlene  Gold menjadi sangat mahal mengalahkan harga susu fullcream sedangkan susu Anlene ini adalah diperbuat daripada susu rendah lemak? Cuba perhatikan harga berikut:

       Anlene 700gm  berharga             RM20.90
       Anlene Gold 700gm berharga      RM21.70

Keistimewaan susu Anlene menurut apa yang dijelaskan oleh pihak penjualnya adalah kandungan kalsiumnya yang tinggi. Harga sumber kalsium adalah sangat murah. Ambil sahaja kulit kupang yang dibuang oleh penternak kupang di Johor Bahru, dibersihkan dan dikisar sudah menjadi sumber kalsium. Namun dengan kandungan kalsium yang tinggi ini, adakah badan dapat memanfaatkannya dengan menyerap ke dalam tubuh sedangkan melalui penjelasan saya di atas, penyerapan kalsium ke dalam tubuh memerlukan vitamin D? Vitamin D yang terkandung di dalam susu telah dibuang apabila lemak susu telah diasingkan!

Bagi pandangan saya, hasrat pembeli susu Anlene untuk menambahkan kesihatan tulang hanya sekadar harapan semata-mata. Membelanjakan wang yang mahal untuk membeli kononnya “susu premium” susu Anlene hanya seperti mengejar fatamorgana. Duit habis tetapi hasilnya tiada atau sangat rendah.

Kes Anlene ini sebenarnya mirip peniaga Malaysia yang ingin memasarkan baju berkualiti dengan harga murah ke Brunei. Pakaian berharga RM150 berkualiti tinggi di Malaysia dapat dipasarkan di Brunei selepas kos penghantaran, cukai dsbnya (1 $ Brunei = RM2.40) dengan harga Brunei $100. Namun hakikatnya sekiranya pakaian ini dijual di Brunei dengan harga Brunei $100, insya-Allah tidak ramai yang membelinya tetapi sekiranya pakaian ini dijual dengan harga Brunei$200 atau lebih, insya-Allah laris jualannya.

Inilah yang berlaku ke atas susu Anlene Gold. Berbagai iklan menipu yang diusahakannya disamping diletakkan harga yang mahal konon kerana kualitinya sangat tinggi tetapi hakikatnya pembeli tertipu. Kembalilah gunakan susu fullcream, khasiatnya sudah sangat bagus pemberian ajaib dari Allah SWT.

Anlene Gold yang menggunakan istilah “Formula unggul kekuatan tulang” hanya sekadar iklan untuk meramaikan pembelinya. Jangan tertipu!

Namun saya ingin memberikan kepujian kepada pengedar Fernleaf Kuat Family Milk 2Kg kerana mencatatkan catatan berikut di pembungkus susu tersebut:
“SUSU TEPUNG KURANG LEMAK TIDAK SESUAI SEBAGAI MAKANAN LENGKAP UNTUK KANAK-KANAK DI BAWAH 12 BULAN”

Susu rendah lemak adalah sebenarnya susu cacat yang sudah dibuang komponen penting lemak yang menyumbang peranan yang amat penting dalam kesihatan manusia. Itulah sebabnya ia tidak boleh digunakan bagi kanak-kanak dibawah 12 bulan. Persoalannya ialah jikalau tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 12 bulan, mengapakah ia sesuai digunakan untuk orang dewasa??

Seterusnya berbagai iklan tipu sebagaimana iklan ubat gigi Colgate dapat melindungi gigi dipaparkan dimedia massa menyatakan pelbagai faedah dari penggunaan susu rendah lemak. Saya ulangi sekali lagi bahawa susu rendah lemak adalah susu cacat dimana kandungan lemak daripada susu ini telah dikeluarkan. Lemak susu yang dikeluarkan ini tidak dibuang tetapi dijual untuk pelbagai kegunaan lain. Kehilangan lemak dari susu seterusnya menghilangkan segala vitamin (A,D,E,K) yang larut didalamnya dan dengan ketiadaan vitamin D daripada sumber susu ini mengakibatkan penyerapan mineral Kalsium dan phosphorus ke dalam tubuh badan terjejas. Kehilangan Vitamin terutama sekali vitamin D menjejaskan kesihatan manusia.

Ramai orang menyangka bahawa lemak di dalam susu menggemukkan dan memberikan kesan negatif lain. Bagi saya ini adalah pandangan yang kurang wajar. Keluarga saya termasuk isteri dan 6 orang anak, alhamdulillah tidak gemuk pun walau pun mereka kuat minum susu fullcream. Yang belajar di UIA dan UTM siap minta dibelikan susu fullcream setiap bulan.


Gambar 2: Susu fullcream jenama Nespray.

Satu lagi fakta yang pengguna perlu tahu tentang lemak susu ialah lemak susu adalah lemak yang baik kepada manusia sebagaimana baiknya minyak zaitun kepada manusia. Minyak zaitun terlalu banyak khasiatnya dan tidak boleh diganti oleh minyak kelapa sawit. Minyak zaitun membawa khasiat manakala minyak kelapa sawit membawa mudharat. Begitulah juga dengan lemak dalam susu banyak khasiatnya.

Gambar 3: Susu fullcream jenama Dutch Lady

Sekian sahaja untuk kali ini

Wassalam wallahuaqlam

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

20 Mei 2010

Kisah Diva Mama Sanggul Arab - 1pm

Salam....tgh bz kt office ni tetiba dapat email yg menyatakan tentang Diva Mama Sanggul Arab...ala sanggul arab yg diattach pakai kt tudung supaya nampak le mcm perempuan2 Arab bertudung...supaya nampak tinggi gitur..
One of them was Tudung Hajaba yg skrg ada jual sanggul Arab tu....haah..contohnyer cam gambo kt bawah ni..




Alkisahnya forward email ni ada meyatakan bahawa Diva Mama Sanggul Arab ni haram..
Refer below details :

"It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat�- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini�

“hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

Dear Geng...any comment on it ?

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More