31 Januari 2011

Jom Masak-Masak

Salam Blogger Sekalian...
Cuaca JB mmg x menentu...hari2 hujan...so hari2 lapar dan makan je la..hehe..
tambahan lagi sha dah bercuti Tahun Baru Cina seminggu....syoknye...ngalahkan kaum Cina..bercuti awal la pulak..dah company bagi..ambil jek la kan....hehe..
Hujan2 ni lapar la...belek2 resipi mcm ada satu menu yg besh jek..
Jom tgk...

Spageti Aglio Olio Cendawan
Bahan-Bahan :
*200 gm spageti
*6-8 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
*Beberapa keping cendawan kering - direndam hingga lembut
(kalau xde cendawan kering, boleh ganti dgn hirisan ayam atau udang serta makanan laut lain)
*2 sudu besar minyak zaitun
*1 sudu kecil herba - parsli
*1/2 sudu kecil lada hitam yang telah dikisar
*2 biji cili kering - dibuang biji dan dipotong-potong (jika suka)
*Garam secukup rasa

Cara Menyediakan :
1. Didihkan air dan masukkan spageti. Apabila spageti masak (biasanya 8 hingga 10 minit, atau ikut spesifikasi di paket), tapis dan lalukan air ke atasnya agar spageti tidak terus memasak. Spaggethi seharus dimasak al dente kata orang Itali, maksudnya, tidak terlalu masak dan tidak pula mentah. Ketepikan.
2. Atas api sederhana, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga layu (jangan sampai garing). Masukkan cendawan (udang atau hirisan ayam), dan bahan-bahan lain. Kacau rata.
3. Akhir sekali, masukkan spageti dan gaul sebati.

Suun Goreng Hainan
Bahan-bahan:
100 gm suun - direndam hingga lembut
50 gm isi ayam - dipotong kecil
60 gm kulit tauhu - direndam hingga lembut dan dipotong
2 gm cendawan telinga tikus - direndam hingga kembang
30 gm bunga kincam
10 gm parsli cina - dipotong panjang
20 gm daun bawang - dipotong panjang
10 gm saderi - dipotong panjang
1 tangkai cili merah - dipotong menyerong
30 gm sos tiram
1/2 cawan air rebusan ayam
10 gm bawang putih - dicincang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang putih, kulit tauhu dan bunga kincam. Kacau seketika kemudian masukkan air rebusan ayam dan biarkan mendidih selama dua minit.
2. Bila lembut, masukkan suun dan cendawan. Goreng dua minit lagi.
3. Masukkan isi ayam, saderi, parsli, daun bawang, sos tiram, cili merah dan kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada sulah, kacau dan angkat.

Selamat Mencuba
Sumber : SajiOnline

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

30 Januari 2011

Risiko dengkur

Salam sumer...
Dah beberapa  hari cuaca di jb hujan....tadi lebat dan hanya ketika entry ni dicatat, hujan baru reda...
cerita ttg bab hujan ni..tahu x apa xtvt yg best dilakukan time hujan2 begini....
apa diaa ????????
Mestilah tidur..... lagi syok kalau hujan2 lebat dan tarik selimut tebal...
Bila sebut tidur...kita x terkecuali dgn satu tabiat nan satu ni..sha rasa u all mesti tau punya...apa lagi kalau x berdengkur...setgh orang panggil mengorok...apatah lagi mengeluarkan bunyi yg kuat sehingga mengganggu kawan tidur disebelah..
x mao berceloteh panjang..kali ni sha highlight sket ttg apa itu berdengkur dan langkah2 pencegahannya....JOM BACA..

Jangan anggap berdengkur masalah lazim, dapatkan nasihat pakar perubatan

 (gambar : Mr google)

BERDENGKUR sering dianggap tabiat melucukan dan terlalu lazim dalam kalangan masyarakat, namun tahukah berdengkur sebenarnya gambaran awal seseorang itu bukan saja berhadapan masalah dengan pasangan dan kualiti kehidupan tetapi juga masalah kesihatan yang serius.
Tabiat berdengkur berlaku apabila seseorang mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas sewaktu tidur. Ia disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong, menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yang menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut ‘steator’.
Masalah ini biasanya dikesan menerusi diagnosis pakar perubatan dari segi sejarah pesakit atau pasangan tidur yang kerap mempunyai masalah untuk lelap akibat terganggu.

Pesakit berdengkur juga boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Paling membahayakan sekiranya pesakit senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik.

Menurut Pakar Bedah Otorinolaringologi Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau, Dr Mazita Ami, punca berdengkur disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat sewaktu tidur terutama sewaktu tidur nyenyak dan ia boleh dipengaruhi pengambilan alkohol atau ubat-ubatan sebelum tidur.

“Saluran pernafasan tersumbat boleh berlaku pada bahagian hidung atau kerongkong atau kedua-duanya sekali. Oleh itu kehadiran tisu tonsil atau adenoid yang besar, polip hidung, tulang hidung yang bengkok dan pesakit yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher pendek dan besar akan meningkatkan risiko masalah berdengkur,” katanya.
Masalah berdengkur boleh dikaitkan dengan masalah tidur serius dikenali ‘sleep apnea’. Ia berlaku apabila pesakit berhenti bernafas lebih daripada 10 saat sewaktu tidur (apnea). Apnea pula boleh berlaku berulang kali sewaktu tidur dan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen dalam darah pesakit.

Jelasnya, ‘sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya. Kerana itulah juga masalah berdengkur lazimnya dialami pesakit lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun terutama yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Adalah penting bagi pesakit mendapat nasihat pakar untuk mengetahui sekiranya mereka mempunyai masalah ‘sleep apnea’. Masalah ini mempunyai beberapa tahap serius mengikut hasil kajian tidur yang dijalankan ke atas pesakit di makmal tidur di hospital atau di rumah pesakit sendiri.

Menerusi kajian ini, pakar akan dapat mengesan kekerapan ‘apnea’ semasa tidur kerana semakin kerap berlaku ‘apnea’, semakin serius tahap penyakit itu dan kesannya kepada kesihatan pesakit.

Rawatan untuk masalah berdengkur bergantung kepada punca yang dikenal pasti. Pembedahan boleh dilakukan untuk merawat masalah saluran pernafasan sempit seperti tisu tonsil yang besar, polip hidung dan sebagainya. Sekiranya berkaitan dengan ‘sleep apnea’, rawatan ‘continuous airway pressure’ adalah antara yang berkesan.

Pesakit yang obes juga dinasihat untuk mengurangkan berat badan.

Tegasnya, berdengkur bukan masalah lazim yang patut diterima bila umur meningkat. Ia boleh membawa masalah ‘sleep apnea’ yang serius dan memudaratkan kesihatan pesakit. Mereka yang mengalami masalah tidur bersama gejala mengantuk waktu siang, sakit kepala, keletihan dan masalah emosi perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan.

Info :
Langkah pencegahan dengkur




  • Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan.






  • Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur.






  • Memilih posisi tidur secara mengiring.






  • Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari.






  • Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit.




  • Sumber : Berita harian\Sihat\201009

    Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

    27 Januari 2011

    11 jenis manusia didoa Malaikat

    Salam sumer...
    sudah 4 hari x tulis entry... bz sket...maklum le last jumaat sha MC...batuk2...
    Sampai je office pagi ni sha dapat satu email forward dr kengkawan office..
    Lepas baca...sha share dgn u all k...Happy Reading..Yg baik jadikan teladan & kurang baik tu dijadikan sempadan...

    11 jenis manusia didoa Malaikat
    PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

    Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

    1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
      
    2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
      
    3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.

     4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

    5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
      
    6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

    7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
    "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
    Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
    8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

    9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "
     

    10. Orang yang sedang makan sahur.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

    11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

    Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah
    ~ Ilmu hak bersama.. ~

    sharing is caring........... 

    Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

    22 Januari 2011

    Tips untuk dapat wanita idaman

    Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat...

    Pemuda : "Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."

    Ustaz : "Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?"

    Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... "

    Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B'yang pertama adalah
    'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"

    Pemuda : "Sudah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."

    Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'.

    Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis ..."

    Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yang ketiga."

    Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

    Ustaz :
    BERCERMIN !!!

    selamat mencuba...hehe..lawak je....jgn mare aaaa....

    Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

    21 Januari 2011

    Mengantuk dan menguap

    Salam...pagi Jumaat Yg Indah ni..sha nak share ttg Entry Mengantuk dan Menguap...
    Jom baca :-


    Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”..
    Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan
    gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang
    telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari
    Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika
    “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.



        HADIS TENTANG MENGUAP :

        الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا
    تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ ,
    آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل
    يُحِبُّ الْعُطَاسَ , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .

        "Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang
    kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia
    mengatakan `aaah... ' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya
    Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )

    FAEDAH DARI HADIS:
    1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap
    berasal dari syaitan gangguan Syaitan.
    2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap : 

    a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

    Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

    "Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia
    berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan
    masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

    b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan,
    depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak
    menetapkan mana2 bahagian),

    Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
    Sallam bersabda (maksudnya),

        “Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya
    kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .” (Hadis
    Riwayat Muslim)

    c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana
    apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan
    ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan
    baru ijn :-).

    d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

    Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
    Sallam bersabda (maksudnya),

      “Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap,
    tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya
    apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan
    mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

    Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat
    melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAlla h.

        Allahu a'lam.


        " Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke
    nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah
    Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "
        Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan
    menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau
    berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan
    kita hanyalah AMAL dan TAQWA"



    Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

    20 Januari 2011

    Kenapa kita perlu balik kerja awal dan datang lewat

    Salam sumer...
    Hari ni hari cuti.. tapi sha kerja...sepanjang perjalanan ke tempat kerja...jln lenggang..
    cuma melewati Kuil Skudai ...jln sebelah kiri agak sesak..maklum kaum India menyambut Thaipusam..
    Beginilah rakyat Malaysia..hidup dalam berbilang bangsa dan penuh keharmonian..
    harap2 dikekalkan sampai bila2...
    Entah kenapa hari ni sebegitu emosi...
    Di tambah lagi dapat satu email forward dr kengkawan office..
    Begitu menyentuh jiwa seorang wanita yg bergelar ibu....so sha sharing dgn u all...

    Kenapa kita perlu balik kerja awal

    Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.
    Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
    "Oh maafkan saya, saya tak perasan"
    Katanya "Maafkan saya juga,
    Saya tak nampak saudara"

    Kami amat bersopan dan saling menghormati,
    Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

    Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
    Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

    Lewat petang, tika memasak makan malam,
    Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,


    Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
    Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

    Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
    Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

    Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
    Terdengar suara halus datang membisik,

    "Bila bersama orang tak dikenali,
    Begitu bersopan dan merendah diri,
    Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

    "Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
    Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

    "Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
    Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

    "Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
    Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

    Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
    Airmataku mencurah ibarat air di kali,

    Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
    "Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

    "Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
    Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

    "Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
    ibu tentu suka terutama yang unggu,

    "Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
    Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

    Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
    Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

    Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
    dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


    FAMILY
     
    Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
    syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
    dalam hanya beberapa hari?

    Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
    akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

    Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
    Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
    Bukankah begitu?

    Jadi apakah maksud yang tersirat?


    Tahukah anda makna "FAMILY"?

    FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


    " HARGAILAH KELUARGA ANDA "

     

    Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

    18 Januari 2011

    Harga Bawang Naik Melambung, Minyak Masak Kering Di Pasaran

    Salam Blogger..
    Semalam sha x sempat nak tulis...
    tapi once this morning sampai office jek..sha dapat satu hot news...pasal bawang...
    huhu...harga dia dah melambung tinggi...jom baca kisah bawang....oh bawang..
    dan minyak masak... lepas ni kurang le xtvt memasak... so marilah kita makan rebus2 jek.diet sket..

    KISAH BAWANG


    KUALA KANGSAR- Harga beberapa barangan keperluan harian terutamanya bawang di pasar dan kedai runcit di sini didapati melambung sehingga melebihi dua kali ganda berbanding harga asal menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Februari ini.

    Kenaikan harga yang tidak munasabah itu telah menyebabkan ramai pengguna di daerah ini merungut dan mempersoalkan kewajaran tersebut kerana membebankan mereka.
    Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kenaikan ini berlaku di hampir semua pasar serta kedai runcit di sini.
    Misalnya, bawang putih yang kebiasaannya dijual antara RM4 hingga RM4.50 sekilogram telah naik hingga RM10 sekilogram.

    Bawang kecil pula yang biasa dijual RM4 hingga RM5 sekilogram meningkat kepada RM11 sekilogram, manakala bawang besar yang lazimnya dijual RM1.50 hingga RM2.50 sekilogram naik kepada RM5 sekilogram.
    Menurut pengguna, kenaikan ini telah berlaku sejak sebulan lalu dan ada kedai tidak lagi menjual bawang disebabkan kenaikan harga yang terlampau tinggi.
    Seorang peniaga kedai runcit, Salleh Mohamad berkata, kenaikan harga bawang berpunca daripada kekurangan bekalan yang tidak dapat dielakkan.

    ''Saya sendiri membeli bawang pada harga tinggi dari pembekal dan sebab itu saya terpaksa menjualnya pada harga agak mahal juga," katanya.

    Tambah Salleh, minyak masak paket juga sukar didapati di pasaran dan hanya minyak masak dalam botol sahaja yang ada.

    ''Mungkin bekalan minyak masak paket ini akan terputus dalam pasaran dan ia mungkin taktik pemborong untuk menaikkan harga barangan ini," katanya.

    Seorang penjual nasi lemak, Asmah Musa, 50, pula memberitahu, kenaikan harga bawang dan santan kelapa menyebabkan kos membuat nasi lemak meningkat, sedangkan untungnya tidak seberapa.

    ''Saya menggunakan tidak kurang satu kilogram bawang putih dan bawang besar serta dua kilogram santan kelapa setiap hari. Saya tidak boleh menaikkan harga nasi lemak kerana nanti pelanggan saya akan lari," katanya.

    Oleh itu, mereka meminta pihak berwajib memantau kenaikan harga barangan tersebut yang tidak munasabah dan mengambil tindakan ke atas peruncit atau pemborong terlibat. - SH






    KISAH MINYAK MASAK

    KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini orang ramai bimbang dengan kekurangan bekalan minyak masak di pasaran, kini pengguna terpaksa berhadapan kenaikan harga bawang yang meningkat antara RM2 hingga RM3 kepada RM6 sekilogram sejak dua minggu lalu.
    Di SHAH ALAM, tinjauan di sebuah pasar raya pemborong terkemuka mendapati kebanyakan minyak masak botol lima kilogram (kg) berharga RM13.35 habis dijual dengan setiap pengguna dihadkan dua botol bagi setiap pembelian.

    Bekalan bawang merah pula dilihat tinggal sedikit di dua pasar raya utama dengan sesetengah bawang sudah rosak selain dijual pada harga RM6.90 hingga RM7.99 sekilogram.

    Di KOTA KINABALU, minyak masak paket 1kg pada harga RM2.75 masih boleh diperoleh di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit, manakala harga bawang merah import pula berbeza dari satu kedai ke kedai lain, kebanyakannya dijual antara RM14 hingga RM17 sekilogram sejak sebulan lalu, berbanding antara RM3 hingga RM5 sekilogram sebelum ini.

    Di PULAU PINANG, bekalan bawang di sekitar bandar raya ini berkurangan secara mendadak sejak beberapa minggu lalu sehingga menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga mencecah sekali ganda.

    Di ALOR SETAR, bekalan minyak masak tidak mencukupi bagi menampung keperluan pengguna termasuk isi rumah, pengusaha kedai makan dan kantin sekolah sejak empat hari lalu berikutan penguncupan kuota jualan yang diterima daripada pengilang.
    Di IPOH, tinjauan berhampiran Pasar Besar Ipoh mendapati harga bawang besar naik hampir 100 peratus manakala harga minyak masak (sawit tulen) kekal pada harga sama iaitu RM14.70 bagi botol 5kg.

    Di JOHOR BAHRU, beberapa kedai sekitar Tampoi dan Larkin menjual bawang merah dari India pada harga RM7.50 sekilogram, manakala bawang besar dari China pada harga RM5 sekilogram.

    Di KUALA TERENGGANU, Pengurus Besar Mydin, Malek Mahibob, berkata bekalan minyak masak kritikal sejak dua minggu lalu, manakala harga bawang merah meningkat kepada RM5.99 sekilogram berbanding RM3.59 sebelum ini dengan bawang besar dijual RM4.39 sekilogram.

    Di SEREMBAN, beberapa kedai runcit dan pasar raya kekurangan minyak masak dan bawang dijual pada harga RM10 sekilogram.

    Di MELAKA, selain bawang besar dijual antara RM6 hingga RM6.50 sekilogram dan dijangka terus meningkat, harga beberapa barangan lain seperti kicap dan cuka turut naik 20 sen, tetapi harga minyak masak kekal

    Di KUANTAN, masalah bekalan minyak masak semakin reda apabila menerima bekalan pada purata lebih 100 tan sehari sejak seminggu lalu, namun tinjauan mendapati masih ada premis perniagaan tiada langsung bekalan bahan itu, manakala harga bawang merah pula naik antara enam hingga 30 peratus.

    Di KUCHING, bekalan minyak masak bersubsidi di Sarawak dibimbangi memasuki tahap kritikal berikutan masalah bekalan yang gagal diterima pekedai, manakala bawang kecil naik sehingga RM13 sekilogram.

    Di KOTA BHARU, tinjauan di sebuah pasar raya besar mendapati bekalan minyak masak berpaket hampir kehabisan.



    Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

    15 Januari 2011

    Jom Masak-Masak

    Salam sumer....selamat pagi...
    Cuaca di Jb kebelakangan ni agak lembap...hujan manjang..sejuknya malam dan awal pagi hingga menikam ke tulang... lapar terasa....selak dan belek2 rupanya dah lama x buat entry about resipi masakan...
    Penjelahan sha terhenti bila dapat satu resipi yg mudah dan ringkas....boleh dipelbagaikan... tgk gambar pun dah yummy..apalagi dimakan....

    Bun Sosej (Basic Sweet Bun)
    Bahan-bahan :
    Bahan A
    300 g high protein flour
    1/2 sudu teh garam
    1 1/2 sudu besar serbuk susu
    50 g gula kastor

    Bahan B
    125 ml air
    1 1/2 sudu teh yis
    1 biji telur (gred B)

    Bahan C
    40 g mentega


    Untuk Sapuan
    1 biji telur

    Inti
    8 sosej panjang (bahagi 2)
    Cili sos
    Daun rosmary kering
    Cara
    Cara dengan menggunakan mixer

    1. Campurkan bahan A ke dalam mixer dan kacau sehingga sekata. Masukkan bahan B dan pukul hingga terbentuk doh. Campurkan bahan C dan pukul hingga doh licin dan elastik.
    2. Biarkan doh dalam mangkuk. Tutupkan dengan kain yang lembap dan tinggalkan di tempat yang hangat(warm) sehingga 35 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
    3. Setelah naik, bahagikan doh kepada bahagian2 yang seberat 35 g.
    4. Rollkan setiap bahagian kepada bentuk memanjang. Letakkan sosej yang telah dipotong ke atas doh dan gulungkan ia dengan doh.
    5. Susunkan ia ke atas dulang yang telah digris. Rehatkan ia sehingga ia naik dua kali ganda sekali lagi dalam lebih kurang 40 minit.
    6. Sapukan dengan telur yang telah dipukul tadi dan hiaskan dengan cili sos. Taburkan dengan sedikit rosemary.
    7. Bakar bun dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 15 minit.
    Tips Tambahan
    Sekiranya tiada tepung high protein atau tepung roti, boleh juga digunakan tepung gandum biasa dan ditambah dengan 1/4 sudu teh bread improver.

    Selamat Mencuba...
    (kredit to : http://www.resipi.net)

    Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

    14 Januari 2011

    Rahsia Kenapa Orang Jepun Lebih Berjaya

    Salam sumer...
    semlm x sempat nak menulis apa2 entry...cuma lunch time ni yg sempat nak add entry baru...
    kisah apa ek...Jom baca kisah Orang Jepun ni.. (boss sha pun org Jepun gak...hehehe)


    Rahsia Kenapa Orang Jepun Lebih Berjaya


    1. KERJA KERAS
    Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja keras dan rajin.Rata-rata waktu bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Inggris (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun).
    Seorang pegawai di Jepun mampu menghasilkan sebuah kereta dalam 9 hari, sedangkan pegawai di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama.

    2. MALU
    Malu adalah budaya dari turun temurun bangsa Jepun. Harakiri (bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era samurai iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran.
    Masuk ke alaf baru,semuanya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan diri” bagi para penjawat awam (menteri, ahli politik, dsb) yang terlibat masalah korupsi atau merasa gagal menjalankan tugasnya.

    3. HIDUP BERJIMAT
    Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam seharian.Sikap anti konsumerisme berlebihan ini nampak dalam berbagai bidang kehidupan.Awal kehidupan di Jepun,orang Jepun ramai berbelanja di supermarket pada sekitar jam 19:30.
    Hasil kajian yang dilakukan,sudah menjadi kebiasaan supermarket di Jepun akan memotong (cut price)harga sampai separuhnya pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup.Seperti diketahui bahawa Supermarket di Jepun rata-ratanya tutup pada pukul 20:00 p.m (8mlm)

    4. KESETIAAN
    Kesetian membuat sistem karier di sebuah perusahaan berjalan dengan rapi.Sedikit berbeza dengan sistem di Amerika dan Eropah,sangat jarang orang Jepun yang bertukar pekerjaan.Mereka biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan sampai pencen.Ini mungkin implikasi dari Industri di Jepun yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh graduate, yang kemudian mereka latih dan didik sendiri.

    5. PANTANG MENYERAH
    Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan lasak dan pantang menyerah kalah.Kita ambik contoh semalam world cup Jepun vs Paraguay.Diorang ni main mati-mati untuk mara ke suku akhir.Lastly,nasib tak menyebelahi mereka selepas tewas sepak penalti

    6. BUDAYA MEMBACA

    Jangan terkejut kalau korang datang ke Jepun dan masuk ke Densha(keretapi elektrik), sebahagian besar penumpangnya baik kanak-kanak mahupun orang dewasa sedang membaca buku atau majalah. Tidak peduli duduk atau berdiri, banyak yang memanfaatkan waktu di densha untuk membaca.

    7. KERJASAMA BERKELOMPOK
    Budaya di Jepun tidak terlalu mengamalkan kerja-kerja yang terlalu bersifat individual (seorang diri) termasuk klaim hasil pekerjaan,biasanya ditujukan untuk team atau kelompok tersebut.Bekerja dalam kelompok mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun.Musyawarah muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi”“rin-gi”. adalah ritual dalam kelompok.

    8.JAGA TRADISI
    Perkembangan teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi dan budayanya.Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih ada dan hidup sampai hari ini.
    Budaya minta maaf masih menjadi perkara utama orang Jepun.Kalau suatu hari korang naik basikal di Jepun dan terlanggar pejalan kaki ,jangan terkejut kalau orang yang kita langgar itu meminta maaf dulu.
    Sampai ketika ini orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak”apabila mendapat tawaran dari orang lain. Jadi kita harus hati-hati dalam pergaulan dengan orang Jepun kerana “hai” belum tentu “ya” bagi orang 
    Jepun.
    p/s: Ambil yang positif.

    Sumber dari : aferiza.wordpress (forward kengkawan office)

    Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

    12 Januari 2011

    Penangan kekejaman ibu tiri

    Salam Blogger..

    Today sha nak berkongsi kesedihan ttg titik akhir penderaan seorang kanak2 perempuan yg meninggal dunia akibat didera ibu tiri...
    Sedihnya Allah saja yg tahu dan sha sebagai seorang dari ibu/mama/mak terasa sayu dan kejamnya orang yg menyeksa anak kecil ni..
    Jadikan iktibar yea..


    JOHOR BAHRU – 

    Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.
    Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.
    Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.
    Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.
    Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor.




    Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

    11 Januari 2011

    Mangkuk Yang Tidak Beralas

     Salam Geng BloggerKu...

    Now lunch time..sha nak share kisah mangkuk...yg x beralas...jom la baca..
    mudah2an akan beroleh kebaikan dariNya..
    Yg buruk jadikan sempadan...yg baik jadikan tauladan...

    Mangkuk Yang Tidak Beralas


    Seorang raja bersama pengiringnya keluar dari istananya untuk menikmati udara pagi. Di keramaian, ia berjumpa dengan seorang pengemis. Sang raja menyapa pengemis ini:

    Apa yang engkau inginkan dari dariku?

    Si pengemis itu tersenyum dan berkata:
    Tuanku bertanya, seakan-akan tuanku dapat memenuhi permintaan hamba.

    Sang raja terkejut, ia merasa pelik:
    Tentu saja aku dapat memenuhi permintaanmu. Apa yang engkau minta, katakanlah!

    Maka menjawablah sang pengemis:
    Berfikirlah dua kali, wahai tuanku, sebelum tuanku menjanjikan apa-apa. Rupanya sang pengemis bukanlah sembarang pengemis. Namun raja tidak merasakan hal itu. Timbul rasa angkuh dan tak senang pada diri raja, kerana mendapat nasihat dari seorang pengemis.

    Sudah aku katakan, aku dapat memenuhi permintaanmu. Apapun juga! Aku adalah raja yang paling berkuasa dan kaya-raya.

    Dengan penuh kejujuran dan kesederhanaan si pengemis itu menghulurkan mangkuk penadah sedekah:

    Tuanku isilah apa yang tuanku hendak bagi kepada hamba di dalam mangkuk ini,

    Bukan main! Raja menjadi geram mendengar kata-kata pengemis dihadapannya. Segera ia memerintahkan bendahara kerajaan yang ikut dengannya untuk mengisi penuh mangkuk pengemis kurang ajar ini dengan emas! Kemudian bendahara menuangkan emas dari pundi-pundi besar yang di bawanya ke dalam mangkuk sedekah sang pengemis. Anehnya, emas dalam pundi-pundi besar itu tidak dapat mengisi penuh mangkuk sedekah.

    Tidak mahu malu di hadapan rakyatnya, sang raja terus memerintahkan bendahara mengisi mangkuk itu. Tetapi mangkuk itu tetap kosong. Bahkan seluruh perbendaharaan kerajaan: emas, intan berlian, ratna mutumanikam telah habis dilahap mangkuk sedekah itu. Mangkuk itu seolah tanpa dasar, berlubang.

    Dengan perasaan tak menentu, sang raja jatuh bersimpuh di kaki si pengemis bukan pengemis biasa, lalu ia bertanya :

    Sebelum berlalu dari tempat ini, dapatkah tuan menjelaskan terbuat dari apakah mangkuk sedekah ini?

    Pengemis itu menjawab sambil tersenyum:

    Mangkuk itu terbuat dari keinginan manusia yang tanpa batas. Itulah yang mendorong manusia senantiasa bergelut dalam hidupnya. Ada kegembiraan, keinginan memuncak di hati, pengalaman yang mengasyikkan kala engkau menginginkan sesuatu. Ketika akhirnya engkau telah mendapatkan keinginan itu, semua yang telah kau dapatkan itu, seolah tidak ada lagi ertinya bagimu. Semuanya hilang ibarat emas intan berlian yang masuk dalam mangkuk yang tak beralas itu. Kegembiraan, keinginan, dan pengalaman yang mengasyikkan itu hanya tatkala dalam proses untuk mendapatkan keinginan. Begitu saja seterusnya, selalu kemudian datang keinginan baru. Orang tidak pernah merasa puas. Ia selalu merasa kekurangan. Anak cucumu kelak mengatakan : “power tends to corrupt” (kekuasaan cenderung untuk berlaku tamak).

    Raja itu bertanya lagi :

    Adakah cara untuk dapat menutup alas mangkuk itu?

    Tentu ada, yaitu rasa syukur kepada Allah SWT. Jika engkau pandai bersyukur, Allah akan menambah nikmat padamu ,Ucap sang pengemis itu, sambil ia berjalan kemudian menghilang dari mata khalayak.

    “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (14:7)

    Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

    10 Januari 2011

    Bahaya Minum Teh Ais?

    Salam Blogger...

    Hari ni baru berkesempatan nak bwat entry baru....

    Meh la baca sesama...

     (gambar ikhsan cik google)

    Siapa tak suka minum teh ais? Rasanya yang manis menyegarkan, berpadu dengan harga murah membuat teh ais menjadi minuman favourite di segala suasana, termasuk saat berbuka puasa.

    Populariti teh ais terbukti dengan kehadirannya di hampir semua tempat makan, mulai dari kelas warung hingga restoran mahal. Mungkin banyak yang setuju dengan keenakkan teh ais "Walau apapun makanannya, minumnya tetap teh ais."

    Tapi tahukah Anda, di balik kenikmatannya, teh ais menyimpan potensi merugikan bagi kesihatan seseorang. Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengungkap bahwa kondisi teh ais berlebih meningkatkan risiko menderita batu ginjal.

    Seperti dikutip dari laman Times of India, teh ais mengandung konsentrasi tinggi oksalat, salah satu bahan kimia kunci yang memicu pembentukan batu ginjal. "Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal, teh ais jelas menjadi minuman terburuk," kata Dr John Milner, asisten profesor Departemen Urologi, yang tergabung dalam penelitian.

    Milner mengatakan, teh panas sebenarnya juga menyimpan efek buruk yang sama. Hanya, takaran penyajian teh panas biasanya lebih kecil. Logikanya, orang meminum teh panas tak akan sebanyak minum teh ais. Jarang orang yang menginginkan teh panas saat haus. Berbeza dengan teh ais, di mana banyak orang sanggup meminumnya lebih dari segelas saat haus dan cuaca panas.

    Lelaki, wanita posmenopause dengan tingkat paras estrogen rendah, dan wanita yang pernah menjalani operasi pengangkatan indung telur paling rentan terpapar impak buruk teh ais. Oleh kerana itu, Milner menyarankan, mengganti konsumsi minuman itu dengan air putih, atau mencampurnya dengan lemon. "Lemon kaya kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu ginjal," kata Milner.

    Batu ginjal adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemukan dalam air seni, ginjal atau saluran kemih. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mengendap dan membatu di dalam saluran kemih.

    Peneliti juga mengungkap sejumlah makanan lain yang berpotensi menyimpan efek buruk. Mereka menyebut antara lain: bayam, cokelat, kacang-kacangan, garam, dan daging.

    Sebaiknya, konsumsi teh ais dan makanan-makanan itu secara moderat demi kesehatan ginjal. Padukan pula dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mereduksi oksalat. Dan, tentu saja perbanyak minum air putih.

    (sumber : forward kawan2 office)

    Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

    07 Januari 2011

    BIODATA RASULULLAH

    TAZKIRAH pagi Juma'at..

    BIODATA RASULULLAH SAW

    Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah
    sikap kita terhadap Rasulullah SAW.  Seseorang itu tidak akan menyambut
    kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
    Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
    seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
    Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran
    paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
    mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
    kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
    kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
    hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih
    mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


    BIODATA RASULULLAH SAW

    · Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
    · Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan   20 April 571
      Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera
    bergajah
      Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
    · Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
    · Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
    · Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
    · Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
      perempuan bapa   Rasulullah SAW).
    · Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
    · Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
      Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).

    USIA 5 TAHUN
    · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
      untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

    USIA 6 TAHUN
    · Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
      (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
    · Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
      dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

    USIA 8 TAHUN
    · Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
    · Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

    USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
    · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
      perniagaan..
    · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
      (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
      pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
      itu.

    USIA 20 TAHUN
    · Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
      jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW
    ialah
      14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
      berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
    · Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
      pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

    USIA 25 TAHUN
    · Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
      binti Khuwailid Al-Asadiyah.
    · Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
    · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
      yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
      meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
    · Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

    USIA 35 TAHUN
    · Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
    · Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
      Makkah.
    · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
      tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
      batu tersebut.

    USIA 40 TAHUN
    · Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
      akhir zaman.

    USIA 53 TAHUN
    · Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
      Al-Siddiq.
    · Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

    USIA 63 TAHUN
    · Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
      Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

    ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
    § Khadijah Binti Khuwailid.
    § Saudah Binti Zam'ah.
    § Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
    § Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
    § Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
    § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
    § Zainab Binti Jahsy.
    § Maimunah Binti Harith.
    § Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
    § Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

    ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
    1.. Qasim
    2. Abdullah
    3.. Ibrahim
    4. Zainab
    5. Ruqaiyah
    6. Ummi Kalthum
    7. Fatimah Al-Zahra '

    ANAK TIRI RASULULLAH SAW
    Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
    Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
    Khadijah adalah seorang janda).


    IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
    1.  Thuwaibah 1.  Hamzah
    2.  Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


    SAUDARA SUSUAN
    1.  Halimah Al-Saidiyyah 1.  Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
    2.  Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
    3.  Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
    4.  ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

    BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
    (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
    1. Al-Harith
    2. Muqawwam
    3. Zubair
    4. Hamzah ***
    5. Al-Abbas ***
    6. Abu Talib
    7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
    8. Abdul Ka ' bah
    9. Hijl
    10. Dhirar
    11. Umaimah
    12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
    13. Atiqah ##
    14. Arwa ##
    15. Umaimah
    16. Barrah
    17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

    *** Sempat masuk Islam.
    ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

    Sabda Rasulullah SAW:
    "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
      aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
      syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
    اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم 
    Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

    KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
    Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi
    yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslamandan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

    Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
    - Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
    - Aku melihat cahaya dari lidahnya.
    - Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
       terbit.
    - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
    - Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
    - Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
    - Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
    - Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
    - Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
    - Wajahnya seperti bulan purnama.
    - Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
    - Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
      marah.
    - Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
    - Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
      di bahagian sudut..
    - Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
       pertama kali melihatnya.
    - Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
    - Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
    - Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
    - Janggutnya penuh dan tebal menawan.
    - Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
    - Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
    - Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
    - Rambutnya sedikit ikal.
    - Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
      bahu tapi disisir rapi.
    - Rambutnya terbelah di tengah.
    - Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
      dari dada ke pusat.
    - Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
       lebih drpd biasa.
    - Seimbang antara kedua bahunya.
    - Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
      dan tersusun dgn cantik.
    - Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
    - Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
    - Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
    - Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
    - Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
       putih.
    - Warna putihnya lebih banyak.
    - Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
    - Warna kulitnya putih tapi sihat.
    - Kulitnya putih lagi bercahaya.
    - Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
    - Badannya tidak gemuk.
    - Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
       sederhana lagi kacak.
    - Perutnya tidak buncit.
    - Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
       baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

    KESIMPULANNYA :
    Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
    sepanjang zaman.
    Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

    NB:
    Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
    mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
    kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

    Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
    di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
    mengasihmu di akhirat kelak.

    Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

    06 Januari 2011

    Asal kejadian NERAKA

    LUASNYA NERAKA

    Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....


    Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
    x smp 5 minit..pun!!!


    YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

    Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

    Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....



    .: Luasnya Neraka :.


    Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,


    maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

    Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
    aman dari padanya.'

    Lalu nabi s.a..w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
    Jahannam.'

    Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

    Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

    Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
    bumi yg ke tujuh.

    Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

    Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

    Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

    Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
    bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

    Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
    Jawab Jibrail:
    'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
    Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

    Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

    Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

    Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

    Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

    Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

    Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

    Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

    sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

    Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

    Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
    selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

    Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

    Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

    1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

    2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

    3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

    4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

    5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

    6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

    7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

    8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
    ular

    9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
    mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

    10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
    70,000 rantai

    11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


    Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


    Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

    Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


    Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


    Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..


    SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!


    Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

    Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

    Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

    Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

    Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
    1. Para Nabi

    2 Para Ahli Jihad

    3. Para Alim Ulama

    4. Para Syuhada

    5. Para Penghafal Al Quran

    6. Imam atau Pemimpin yang Adil
    7. Tukang Azan

    8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
    9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
    10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
    itu dari kalangan orang yang beriman.

    Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
    ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

    Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

    Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
    'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'


    * Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

    Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

    Untuk renungan dan amalan bersama ..

    Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

    01 Januari 2011

    Selamat Tahun Baru 2011!!

    Selamat Tahun Baru 2011!!
     
    Alhamdulillah, dengan izin Allah kita masih diberikan peluang  untuk meneruskan perjalanan kehidupan pada tahun 2011 ini.. Semoga segala pengalaman yang telah dilalui sepanjang 2010 dijadikan pedoman dan panduan untuk kita memperbaiki kehidupan di tahun 2011 ini.

    Semoga tahun 2011 akan memberi kehidupan yang indah dan penuh kesabaran dan ketakwaan...
    di samping diberi peluang memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri......

    Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More