25 Ogos 2010

Solat atau Sembahyang...?

 Subject: Solat atau Sembahyang...?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Assalammualaikum,

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan
istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya,
istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur
"Syirik."


Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan
"Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah"
dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh
penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai
"menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke
Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr
Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada
"menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian
pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada
mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi
Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai
"Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada
"menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun
untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh,"
kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah
hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai
kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa
berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

23 Ogos 2010

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapaDalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)


7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”


10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.


15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada AllahSyukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.


18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)


Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)


Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sampaikan pesanku walau satu ayat...sharing is caring....

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

22 Ogos 2010

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT 58

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

 

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....


AMINnnnn.


Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda....tidak rugi kita membuat kebaikan, amalan menambah pahala..

 Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan
dakwah ini kerana Allah.

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

21 Ogos 2010

Roh di Bulan Ramadhan

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak
menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului
kita"
Salam kengkawan..selamat berpuasa hari ke 11 hari ni semua....cepatnya masa berlalu kan....
jom kita baca tentang Roh Di bulan Ramadhan..moga kita mendapat manafaat darinya....
(sumber dari fwd email kengkawan office)

Roh di Bulan Ramadhan
                                                 
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku          
menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan        
Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah  
bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith      
Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan
apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon    
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang  
ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah  
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada                
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak      
dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan    
terus di penjara di Luh Mahfuz.                                          
                                                                       
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan
pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan  
ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka    
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan
sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan        
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz  
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.              
                                                                       
Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa    
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah      
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat      
bekalan dari orang-orang yang masih hidup.                                
                                                                       
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,    
yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah
daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang      
bermanfaat dan sedekah amal jariah.                                      
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan
mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat
berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda    
telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan  
beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan    
mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam        
kebaikan.            

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

14 Ogos 2010

Buang Bayi Kini Kes Bunuh

Salam Ramadhan Sumer...

Cepatnya masa berlalu..hari ni dah masuk hari ke-4 kita semua umat Islam berpuasa.....

but....dalam kita benar2 dalam erti menghayati bulan ramadhan al-mubarak yg mulia ni...kes buang bayi semakin kerap diperkatakan....Masyallah..apa sudah jadi dgn masyarakat 1Malaysia kita ni...
sedih betul mengenangkan sikecil yg tidak berdosa menjadi mangsa...

Then Khamis lepas bila Datuk Shahrizat Jalil mengumumkan kes buang bayi kini diklasifikasikan sebagai kes BUNUH dan bakal dikenakan hukuman GANTUNG...sha setuju sgt...baru dorang tau bukan senang nak lepas dr kesalahan besar ni....
Jom baca.....

Kabinet hari ini mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata penguatkuasaan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu mendapat persetujuan Jemaah Menteri semalam.
Menurutnya, penguatkuasaan mengikut seksyen tersebut membuktikan kerajaan serius mengekang gejala pembuangan bayi daripada berleluasa.
“Saya telah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan penyiasatan kes pembunuhan bayi mengikut Kanun Keseksaan.
“Kementerian juga akan menerima pakai penukaran perkataan ‘buang bayi’ kepada ‘pembunuhan bayi’. Ini amaran keras bahawa bayi bukannya dilahirkan untuk dibunuh sesuka hati,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan program Penyerahan Bantuan Khas Perbendaharaan dengan nilai bantuan RM2,657,010 kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya di sini, hari ini.
Beliau berkata, arahan terbaru itu diputuskan selepas isu mengenai kes buang bayi dibangkitkan oleh kementerian itu pada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.
Shahrizat berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya.
Sehubungan itu, katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh.
“Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi,” katanya.
Beliau menjelaskan, sebagai tindakan susulan, pihak PDRM telah diminta untuk menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa itu.
Ketua Wanita itu berkata, langkah itu wajar bagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas kes pembunuhan kejam bayi ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal dengan tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu.
Sehingga hari ini, terdapat 60 kes pembuangan bayi dilaporkan.
Beliau berkata, bukan sahaja wanita yang terlibat dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan ini tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.
“Kita sekian lama mengambil pedekatan kebajikan, tetapi saya melihat bahawa walaupun kita ada kempen atau macam-macam program tetapi masih ada pasangan yang sanggup bunuh bayi mereka, saya nak kata, kerajaan tidak akan biarkan perkara ini berlaku,” katanya.
Beliau berkata tidak ada alasan bagi mereka untuk membuang bayi kerana terdapat pelbagai cara telah diwujudkan untuk membantu dan menangani pasangan yang terdesak yang berada di dalam keadaan yang ingin membuang bayi.
Antaranya mereka boleh pergi ke pejabat-pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital, polis dan sebagainya yang terdapat di seluruh negara.
“Sebab itu selepas ini tiada maaf bagimu, ada sahaja kes selepas ini akan diklasifikasikan di bawah kes bunuh,” katanya. -
Petikan dari : MediaUMNO

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

11 Ogos 2010

Petua sihat cara saintifik nabi kita

Selamat Berpuasa Sumer...Semoga Ramadhan ini memberi kita keberkatan dan pahala yg berlipat ganda...
jom baca petua sihat cara saintifik Nabi Muhd SAW..Amin

Selain fizikal, mental dan rohani juga adalah elemen penting dalam memastikan badan yang sihat, insyallah untuk panjang umur.
"Ajal maut dan jodoh pertemuan memang ditangan tuhan, tetapi usaha dari manusia itu perlu sebelum berserah pada tuhan. "

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah.

Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa.
Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir,pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung
5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabiliti hati, kesehatan jiwa, & mental maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak iri hati bila kawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat, berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dsbnya. Dan disarankan untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, di mana ia akan memberi kepuasan dalaman yang hakiki.

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

09 Ogos 2010

Jom Buat Jeli Kelapa Muda

Salam sumer...
pepagi sambil mendobi...hehehe..sha pun usha2 le apa yg best either makanan or minuman yg simple tapi menyihatkan yg boleh disediakan dalam masa yg cepat dan menjimatkan mcm sha yg berkerja ni...
brp byk yg daaa....hehehe..sorry SPM BM x berapa memuaskan...ekkkkke
tgk2 menu buat jeli kelapa muda ni cam sesuai jer..jom...
Resipi ni sha ambil dr blog cik puan  hanielieza 
JELI KELAPA MUDA
(gambar ikhsan cik google)
Bahan
10 gm serbuk agar-agar
3 mug air biasa
1 mug gula
2 mug air kelapa
isi kelapa muda [hiris panjang]

Cara
1. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh. Tutup api.
3. Tapiskan dan masukkan air dan isi kelapa muda. Kacau rata.
4. Masukkan agar-agar dalam acuan atau bekas yg disukai dan sejukkan dalam peti sejuk.
5. Hidangkan sejuk [chilled] untuk minum petang.

Selamat Mencuba


Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

08 Ogos 2010

Pesanan Isteri Untuk Suami

Salam semua...
baru sempat sha nak berblog ni...seharian keluar menguruskan hal2 yg sepatutnye termasukle bershopping....hehehe...di kala sha menulis ni..buah hati sha Ammar Fahmi dah pun tdo kul 8.30mlm tadi....ngantuk sgt tu....x tdo siang dan puas melompat sana sini kt Angsana ...hehehe
Bukak email jek sha dapat satu email dr kawan lama tentang pesanan seorang isteri untuk suami....jom baca deh....apa yg baik dijadikan tauladan.buruk dijadikan sempadan...
Sharing is caring....

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yag termampu.
1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat ditelinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang
diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan
macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri.Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau bolehsehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best danmengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi
itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkandalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan
saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

07 Ogos 2010

Menu : Kentang Lapis Daging

Sha baru dapat resipi baru dr email kengkawan office..jom cuba bwat..
bahan2 semalam dah beli kt jusco..


Kentang Lapis Daging
 
Bahan2:
Pure Kentang :
700 gm kentang, kukus lenyek
3 sdm tepung gandum
100 gm makaroni, rebus, sejat
4 kuning telur, pukul sedikit
2 sdm susu tepung, cairkan dengan sedikit air
2 sdm mentega
1 sdt lada sulah
½ sdt serbuk pala
garam secukupnya

Bahan isi :
400 gm daging cincang
50 gm paprika merah
50 gm paprika hijau
1 sdm bawang besar
1 biji  tomato, potong dadu
½ sdm daun sanderi cincang
2 sdm mentega
1 sdt lada sulah
½ sdt serbuk pala
garam secukupnya

Pelengkap :
100 gm keju parut untuk taburan

Cara Membuat :
1. Pure kentang : campurkan semu a bahan, gaul hingga tercampur rata.
2. Bahan isi : panaskan mentega, tumis bawang hingga harum. Masukkan daging cincang, gaul. Tambahkan paprika, sanderi, tomato dan bumbu lainnya. Masak hingga  agak kering.
3. Siapkan pinggan tahan panas yang telah sapu mentega. Masukkan sebagian bahan pure kentang, ratakan. Tuang tumisan daging, ratakan. Tutup dengan lebihan adunan pure kentang, ratakan. Taburkan keju parut di atasnya. Panggang dalam oven hingga masak  kuning garing.

Selamat Mencuba


Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Wanita hina Johor ...

Salam geng...
Start from hari khamis sha dah hot semacam jek bila dapat email forward pasal sorang minah pregnant yg dok hina negeri sha ni.JOHOR..akhbar Sinar Harian pun ada siarkan kisah ni....

SENAI - Pelayar sebuah laman web sosial semalam dikejutkan dengan luahan berbaur penghinaan daripada seorang wanita terhadap negeri Johor. 
Kenyataan wanita terbabit mencetuskan kemarahan rakyat negeri ini yang mahukan beliau memohon maaf secara terbuka.


Dalam laman sosial tersebut, wanita yang berasal dari Kulim itu meluahkan perasaannya pada 14 Julai de
ngan meletakkan status: “Ya Allah hinanya Johor Bahru nama je dekat dengan Singapura belum maju rupanya... baik aku duduk Kulim macam ni.”

Difahamkan kisah luahan itu bermula apabila wanita tersebut yang sedang hamil mencari biskut jenama terkenal di Johor Bahru, bagaimanapun tidak menemuinya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Md Jais Sarday ketika mengulas kejadian ini berkata, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan, apatah lagi ia menyentuh sensitiviti negeri dan rakyat.

“Penulis ini siapa, dia tahu ke apa pembangunan yang berlaku di negeri ini? Kalau dia nak persoalkan pembangunan di sini, apakah sumba
ngan beliau terhadap negeri? Kita berbangga dengan Iskandar Malaysia, dalam masa 10 tahun akan datang Johor akan berubah, jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Kita tidak boleh bergurau dengan perkara sebegini,” katanya.

Sinar Harian turut mendapatkan reaksi awam yang rata-ratanya mahu wanita tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.

Pekerja swasta, Amril Aron, 31, menyatakan rasa terkilannya terhadap kenyataan itu.

“Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap apa pun ketidakpuasan dalam laman sosial secara terbuka, ia tidak boleh diterima kami sebagai rakyat Johor,” katanya.

Eksekutif Pemasaran, Hairun Nisa Syed Esa, 23, berkata, kenyataan sebegitu melihatkan keperibadian dan kecetekan ilmu seseorang.

“Saya terkilan dengan kecetekan pemikiran individu seperti ini. Beliau patut memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.” katanya.

Sementara itu, Yahya Kiprawi, 31, berkata, beliau menghormati pentadbiran dan negeri Johor walaupun bukan berasal dari negeri itu.

“Walaupun bukan anak kelahiran Johor, namun saya mencari rezeki di sini, dan saya menghormati negeri, pemimpin dan penduduk Johor. Walaupun mungkin hanya gurauan, namun kenyataan menghina ini tidak boleh diterima pakai,” katanya.

Bagi kakitangan kerajaan, Surahati Abu Hassan berkata, beliau menganggap kenyataan sebegitu tidak sepatutnya dibuat memandangkan ia bersifat kenegerian.

“Laman web sosial bukan tempat meluah perasan, tidak perlu sebut perkataan tak elok. Minta minta maaf dengan terbuka, sememangnya hati rakyat Johor sudah terluka,” katanya.

Sinar Harian berusaha untuk menjejaki wanita tersebut di laman sosial terbabit, namun akaun penama sudah ditamatkan.

Ni le pompuan yg hina Johor tu....Nor AZITA Osman yg khabarnya bekerja kt Kastam Johor...



Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

05 Ogos 2010

Tip Ramadhan

Salam Geng....
Nampaknya dah 2 hari sha x buat entry baru kt blog dan x berblogwalking ke blog kengkawan....bz btol la skrg ni...kijer office dgn keje2 sampingan di rumah...maaf k....
Mcm sedar x sedar jek..next week hari Rabu bersamaan 11th Aug kita smua umat islam akan menyambut bulan penuh keberkatan...Ramadhan Al-Mubarak....
So, semalam tgh2 layan email2 dapat email fwd dr kengkawan office ttg petua or tips sempena Ramadhan...Jom baca....


Diam tak diam..lagi seminggu kita akan menyambut Ramadhan ....
Tanpa disedari,bulan Rejab dan Syaaban kini berlalu penuh ketenangan .Ramadhan bakal menjelang kembali menyambut umatnya dengan kepasrahan.Alangkah rugi sekiranya hari-hari yang dilalui di bulan yang penuh barakah ini dibiarkan tanpa adanya pengisian dan peningkatan rohani.
Akhirnya bulan Ramadhan yang berkah ini kembali lagi.. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup,syaitan dibelenggu ... Pahala digandakan, ganjaran di'multiplekan'... Allah mengurniakan Ramadhan untuk ummat Muhammad sehingga Nabi-Nabi lain mengatakan alangkah bertuahnya menjadi ummat Muhammad..
Bertuahnya kita dengan Ramadhan.. malah ada satu malam bersamaan seribu bulan..IA dipanggil Lailatul Qadr ! ramai sedang memburunya sejak dari dulu lagi,namun terlepas peluang dari tahun ke tahun sehingga menginjak umur yang semakin tua ini.Adakah anda sudah mendapat malam yang bertuah itu ? (Jika anda dah dapat saya ingin berguru dengan anda !)



Tips Ramadhan :
1. Berniatlah dengan sepenuh hati untuk ramadhan kali ini..!
2. Solat fardhu dijaga rapi,terawih sebagai perapi.
3. Tambah saham akhirat dengan membaca al-Quran 
Dan berzikrullah..kalo nak rezeki melimpah kenalah beramal dengan akhlak Nabi,DOA seribu dinar dan pelbagai ayat lagi.
4.  Nak dapat surplus lagi kenalah bersedekah,amal jariah dan berzakat
5.  Nak sihat kenalah jaga perut,makan bila lapar berhenti sebelum kenyang.
6.  Jangan lupa bersahur,krn sahur itu banyak keberkatannya.
7.  Masa berbuka jangan lupa bersyukur rezeki tuhan,Kita org Melayu ni mmg kuat makan nasi,Nabi kita dulu makan kurma dan air kosong pun dah mencukupi.Tapi tak mengapa,makan sekadar aja,pastu solat maghrib.. sambung balik seadanya sebelum terawih.Kalo moreh nak bantai lagi makan sikit saja.Sbb kita nak rehat dalam keadaan normal,baru bole bangun qiyamullail atau sahur.
8. Masa berpuasa jangan mengumpat banyak,better baca al-Quran lagi bagus.
9. Bulan Ramadhan ni jangan tgk mende porno yang tak elok,better tgk mende lain yang lebih bermanfaat.Sama juga dgn lagu,better dgr ceramah agama atau nasyid lebih baik.
10. Ramadhan kali ni biarlah lain sikit dari yang lepas..Kita banyak berjumpa tok imam,tok guru,ustaz² atau mereka yang alim untuk menuntut ilmu.Adakalanya insaflah untuk mencari amalan yang lebih kekal abadi di sana berbanding di dunia yang sementara cuma.

"Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang,
Seucap janji membuat kita percaya,
Sekecil luka akan membuat kita kecewa,
Tetapi sebuah persahabatan akan selamanya bermakna"


Selamat Berpuasa Sumer...salam kemaafan andai sha ada melakukan salah dan silap yg tersembunyi atau sebaliknya....

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

03 Ogos 2010

Boss Lelaki Vs Boss Wanita

Assalamualaikum....
Sha mulakan pagi Selasa yg indah ni dgn topik hangat ni....hehe..jom baca dan utarakan pendapat anda

JIKA diberi pilihan, anda mahu bekerja dengan majikan wanita atau lelaki? 
Ada yang berpendapat majikan lelaki lebih bagus dan cool berbanding wanita yang selalu mengikut emosi serta cerewet! Benarkah?

Mungkin sebagai wanita, mereka lebih selesa bekerja dengan majikan wanita kerana lebih memahami tetapi ada juga pekerja wanita berasa majikan wanita ada kala lebih memihak kepada pekerja lelaki dan bersikap pilih kasih. Atau mungkin, bos lelaki banyak pula kerenahnya lebih-lebih lagi jika pekerjanya wanita. Ada yang mengatakan majikan lelaki lebih tegas dan tidak 'beri muka' malah lebih teruk lagi, ada pula kes salah laku seperti gangguan seksual.

So..apa pandangan anda tentang perkara ini?? 
Mana satukah menjadi pilihan anda?? ;)
 

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

02 Ogos 2010

Bukti cinta gadis remaja

Salam...
Masyallah..apa sudah jadi dgn masyarakat remaja kita masakini....
jom baca kisah di bawah...

KUALA LUMPUR:
TOREH...trend remaja perempuan mengukir nama kekasih pada lengan.


Biarpun masih di bangku sekolah, ramai remaja perempuan kini dikesan mengelar lengan hingga berdarah untuk menulis nama kekasih masing-masing, kononnya atas nama cinta.

Mereka melakukan perbuatan itu menggunakan pisau kecil atau mencucuk lengan dengan jarum bagi menghasilkan kesan parut seolah-olah tatu.

Perbuatan itu yang menjadi ‘trend’ terkini di kalangan remaja perempuan didedahkan pakar motivasi dan kaunseling remaja, Ahmadi Din berdasarkan pengalamannya mengendalikan beberapa kes gadis bermasalah.
Ahmadi berkata, baru-baru ini sepasang suami isteri meminta khidmatnya untuk mengatasi masalah anak gadis mereka yang sukar dikawal selepas terjebak aktiviti tidak bermoral dan dia mendapati tangan remaja itu ada kesan torehan nama teman lelakinya.
“Ibu bapa gadis berusia 16 tahun mengadu anak mereka terjebak pelbagai kegiatan tidak bermoral termasuk menghidu gam, merokok, ponteng sekolah dan suka berfoya-foya di disko.
“Selepas mendekati gadis itu saya mendapati lengan tangan kirinya yang mempunyai tanda parut tertulis perkataan yang bermula dengan huruf A. Apabila saya tanya, dia memberitahu tulisan itu nama teman lelakinya,” katanya.
Menurutnya, gadis terbabit mengaku sengaja melukakan tangannya menggunakan jarum sehingga berdarah bagi mengukir nama kekasihnya yang berusia setahun lebih muda daripadanya.
“Dia memberitahu perbuatan itu dilakukannya kerana terpengaruh perbuatan sama oleh rakan sebaya yang mengukir nama kekasih masing-masing pada lengan atau pergelangan tangan.
“Tanpa berselindung, dia mendakwa perbuatan menoreh lengan itu dilakukan bagi membuktikan kesetiaan dan rasa cintanya yang mendalam terhadap kekasihnya yang belajar di sekolah sama,” katanya.
Ahmadi berkata, remaja terbabit tanpa rasa bersalah mendakwa terlalu sayangkan teman lelaki menyebabkan dia hilang pertimbangan dan berani melakukannya.
“Perbuatan itu juga tidak ubah seperti pertandingan bagi membuktikan siapa paling hebat dan berani di kalangan gadis sebaya. Mereka langsung tidak ragu-ragu melakukannya hanya untuk bermegah. Siapa yang mempunyai parut nama paling panjang dianggap paling berani.
“Berdasarkan maklumat dikumpulkan, perbuatan gila mencederakan diri sendiri itu menjadi ‘trend’ baru yang tersebar meluas di kalangan remaja sekolah rendah dan menengah. Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan menyiasat aktiviti anak masing-masing,” katanya.
Ahmadi berkata, kegilaan terbaru itu mungkin diakibatkan kaedah lama menoreh nama pada batang pokok atau kerusi batu di taman rekreasi sebagai bukti cinta dianggap ketinggalan zaman.
“Lebih menyedihkan perbuatan menoreh nama teman lelaki pada lengan hingga berdarah ini sebahagian besarnya dilakukan gadis Melayu yang masih mentah untuk mengenal erti cinta,” katanya.
Menurutnya, perbuatan mencederakan tangan untuk menghasilkan parut tertera tulisan nama seseorang sama seperti membuat tatu dan Islam melarang keras amalan ini.
“Dalam Islam, apa saja perbuatan memudarat dan membahayakan diri adalah haram. Malah, terdapat hadis Rasulullah yang maksudnya Allah melaknat perempuan membuat tatu, perempuan yang meminta dirinya ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya,” katanya.
Selain itu, kata Ahmadi, daripada sudut kesihatan perbuatan menoreh kulit menyerupai tatu itu boleh menyebabkan gejala bengkak dan gatal pada bahagian ditoreh yang mengundang jangkitan penyakit Hepatitis B atau C jika jarum digunakan tercemar.





Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

01 Ogos 2010

Masak Pe Ari ni....

Hari ni hujan daaa..dari pagi sampai ke petang....so x kemana2 le jawabnya...
setelah seharian shopping giler kt Angsana semalam...Grand Sale le katakan...ramainye orang....hehehe
petang2 ni sedap nak makan apa ek...sempena bulan posa yg dah nak tiba ni...tetiba teringat kuih feberet sha ni...apa lagi kuih KeRia la.....Jom buat sESama...


KUIH KERIA
 Bahan-bahan
1) Ubi keledek (Beberapa ketul)
2) Tepung gandum (1 cawan )
3) Gula (1/2 cawan)
4) Garam (secukup rasa)
5) Minyak untuk menggoreng (secukup rasa)

Cara Buat:
Masukkan ubi keledek (dibuang kulit ), air, dan garam ke dalam periuk. Tutup periuk dan biar hingga ubi keledek empuk.
Tumbuk keledek satu persatu hingga lumat dan masukkan ke dalam mangkuk.
Campurkan dengan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga menjadi doh.
Bentukkan doh seperti donut kecil.
Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat gulanya,
Panaskan kuali dan masukkan ½ cawan gula dan 2 sudu air.
Kacau hingga likat dan berkristal putih.
Masukkan kuih tadi dan balik-balikkan hingga gula melekat.

Selamat Mencuba
sumber : trymasak.my

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More