30 Julai 2010

Renungan..."Apa Itu Perkahwinan"

Salam Sumer...lama sha x enter blog...blogwalking and bwat new entry...
sorry morry...ada hal yg x dpt nak dielakkan....ditambah kebzan yg sedia ada..kesian sha kan...hehe
Jom baca entry terbaru sha..especially utk mereka yg dah berumahtangga nih...

9 Amalan Kebahagiaan Rumahtangga
1. Eratkan hubungan suami Isteri
Persefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain adalah antara petua untuk mencapai rumahtangga
yang bahagia dan berkekalan. Ini sering digunakan oleh pasangan yang lebih lama mendirikan rumahtangga hingga ke anak cucu. Suami atau isteri harus mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing.
2. Persefahaman dan Saling Tolak Ansur
Sikap saling memahami antara satu sama lain adalah perkara utama dalam rumahtangga. Suami atau isteri perlu mewujudkan persefahaman ini sebelum berumahtangga lagi. Tolak ansur dalam apa jua perkara amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang masalah lain yang timbul.

3. Berterus Terang dan Bersikap Terbuka
Suami atau isteri yang mengamalkan sikap suka menyembunyikan sesuatu dengan pasangannya secara
langsung boleh merenggangkan hubungan. Ini kerana sikap saling mencurigai akan wujud secara tidak disedari.
Namun begitu, tidak semua rahsia suami atau isteri perlu didedahkan kepada pasangan terutama perkara yang telah lepas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

4. Hargai Pasangan Anda
Menghargai pasangan anda adalah sesuatu yang perlu diwujudkan. Misalnya suami perlu memberi pujian atas
apa yang disediakan isteri. Pujian yang diberikan terhadap masakan isteri sekurang-kurangnya mengembirakan si isteri dan berasa dirinya dihargai. Begitu juga dengan pihak isteri, biarpun suami tidak melakukan tugas memasak, membasuh dan sebagainya, pujian yang diberikan kerana membantu anda di dapur pada hujung minggu sekurang-kurangnya memberikan mereka rasa dihargai...

5. Perhatian Yang Adil Terhadap Pasangan
Kadangkala suami atau isteri memerlukan perhatian lebih daripada pasangannya. Walau sesibuk mana pun anda dengan kerjaya atau tanggungjawab, luangkan sedikit masa terhadap pasangan anda. Meluangkan sedikit masa terutamanya pada hujung minggu dengan pasangan anda adalah lebih daripada anda menumpukan perhatian kepada kerja yang sememangnya tidak akan selesai.

6. Menghormati Antara Satu Sama Lain
Walaupun hak dan kuasa adalah lebih kepada suami, suami juga perlu menerima pandangan yang diberikan oleh isteri. Sikap saling menerima pandangan secara langsung akan mewujudkan sikap hormat isteri terhadap pasangannya.Isteri juga akan berasa dirinya lebih dihormati biarpun kedudukan mereka hanya sebagai isteri. Jadikanlah suami atau isteri tempat untuk berkongsi pendapat.

7. Menyesuaikan diri dengan rakan pasangan
Sekiranya anda diperkenalkan dengan rakan pasangan anda, seharusnya anda tahu menyesuaikan diri dengan mereka.Bagi anda yang mempunyai suami yang bertugas sebagai ketua kepada kakitangannya, sesuaikan diri sebagai isteri seorang ketua dengan kakitangan bawahan.

8. Saling mempercayai antara satu sama lain
Sikap saling mempercayai amat penting dalam kehidupan berumahtangga. Tanpa sikap tersebut, rasa ragu-ragu dan curiga antara satu satu sama lain akan timbul. Ini menyebabkan hubungan suami atau isteri menjadi dingin.

9. Anak sebagai pengikat kasih sayang
Anak juga merupakan faktor yang boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Namun begitu, bagi pasangan yang belum mempunyai anak, jangan berputus asa. Ini bukanlah bermakna anda tidak berupaya mewujudkan rumahtangga yang bahagia dan berkekalan. Semua ini bergantung kepada anda sendiri untuk menciptanya.

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

27 Julai 2010

Rahsia 5 jari

Salam Geng...
this week sekali lagi sha bz..nak bwat sekian juta kalinye esok ada lagi presentation weekly meeting ..
ada mcm2 issue la...ding dong pala sha ni...
jom layan Rahsia 5 JARI

Rahsia 5 jari
1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.


2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3.Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4.Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5.Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomy & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki,hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan.
So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk 

- Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT  ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7.Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup
susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat2 apa rujuk la kat org tua/berpengalaman.  Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.


Sekian..sharing is caring....

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

26 Julai 2010

Malam Nisfu Sya'aban (15th Sya'aban)

Assalamualaikum w.b.t...

Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..!
Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam
Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk
memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku
catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &
pohonlah segala yang baik dan munafaat.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah al-Ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam

Wassalam.

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

25 Julai 2010

Hari MingguKu

Salam....

aLHAMDULILAH...akhirnya panas juga hari ni....so sha mulakan aktiviti hari minggu ni dengan mendobi....
sambil2 tu dok jenguk2 freeze apa bahan ada utk masak ari ni...
papa sound ada ikan parang semalam..... Mama bwat asam pedas as usual.....duh....jom kita buat asam pedas ikan parang..sha bukan x suka....tapi cik ikan parang ni byk tulang..so makan kena bukak lampu dan buka cermin mata ler..mcm dalam bilik operation..hahhaha..malas membebel..jom la...

ASAM PEDAS IKAN PARANG
Bahan-bahan: 
500gm ikan parang
15 tangkai cili kering (direndam)
2 batang serai
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia (lebih kurang 2cm)
Sedikit kunyit hidup (lebih kurang 2cm)
Sedikit air asam jawa
5 biji kacang bendi
Minyak
Air secukupnya
Serbuk perasa (jika guna)
Sedikit garam dan gula
3 tangkai bunga kantan
sedikit belacan
Cara-caranya: 
1) Ikan parang disiang dan dibersihkan dengan air asam limau atau air asam jawa atau asam keping
2) Kisar atau tumbuk cili kering, kunyit hidup, bawang merah,halia, bawang putih dan serai hingga lumat.
3) Panaskan sedikit minyak & tumiskan bahan yang dikisar tadi hingga naik minyak & berminyak, hingga naik bau dan cili betul2 masak..masukkan belacan
4) Kecilkan api dan masukkan air secukupnya dan sedikit air asam jawa.
5) Setelah naik minyak, masukkan ikan parang, daun kesum, kacang bendi ,garam, sedikit gula & sedikit perasa.
Selamat Mencuba

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

24 Julai 2010

Workaholic vs solatholic

 Jom baca kisah ni...sha dapat dari fwd email kengkwn office...


“Kami menghadapi masalah dua ekstrem dalam organisasi ni,” kata seorang pengurus bahagian sumber manusia.
“Ekstrem? Fahaman melampau? Militan?” tanya saya bergurau.
“Bukan. Tapi pertentangan antara dua golongan. Satu workaholic dan satu lagi solatholic.”

Saya terkejut dengan istilah itu. Workaholic memang selalu saya dengar tetapi kalau solatholic itulah kali pertama saya mendengarnya.
“Encik tahu apa maksud workaholic?” tanyanya.
“Orang yang gila atau mabuk kerja,” jawab saya merujuk kepada makna yang diberi dalam kamus seperti yang pernah saya baca dahulu.
“Solatholic pula orang yang gila solat!” jelasnya tanpa dipinta.

“Jadi apa masalahnya?’
“Dua golongan melampau ini boleh menjejaskan operasi organisasi ini.”
“Bagaimana?”
“Yang workaholic mabuk kerja hingga tinggal solat. Dan encik tentu tahu apa akibatnya orang yang tinggal solat…”
Belum sempat saya membalas katanya, dia bersuara lagi, “mereka ini kerja beres tetapi ada masalah dengan rakan sekerja yang lain.”

“Yang solatolic bagaimana?”
“Rajin solat tetapi kerja tak beres. Kerja sambil lewa. Bagus beragama tetapi culas kerja.”
“Itu kira tak bagus beragamalah, “pintas saya perlahan.
“Mengapa?”
“Agama itu kan cara hidup yang sempurna? Termasuk solat, kerja dan seluruh sistem hidup. Jadi, orang yang culas kerja ertinya culas juga beragama. Begitu juga orang yang rajin bekerja tetapi malas solat. Itu pun tidak sempurna dalam beragama,” jelas saya agak panjang.

“Bagaimana nak tangani masalah dengan kelompok solatolic ni?”
“Solatholic bukan masalah, “ ujar saya.
“Tak masalah kata awak. Orang ini mabuk sembahyang!”
“Apa maksud dengan mabuk sembahyang?”
“Banyak sembahyang?’
“Kalau begitu tak salah mabuk sembahyang sebab nabi Muhammad pun begitu…”

“Maksud awak?”
“Nabi Muhammad terlalu banyak dan lama berdiri solat, sehingga kakinya bengkak-bengkak. Kalau itu boleh dikatakan solatholic, ya Nabi Muhammad adalah seorang yang solatholic. Bahkan baginda menganjurkan jika kita hendak bersamanya di syurga kelak, perlu banyakkan sujud. ”
“Rasulullullah diberitakan bila sujud, seakan-akan tidak mahu berakhir,” tambah saya lagi.

Pengurus itu kehairanan. Jelas kelihatan dia jadi serba-salah dengan kata-katanya tadi. Saya senyum, sambil menepuk bahunya.
“Tapi nabi Muhammad juga workaholic.”
“Baginda juga workaholic?”

“Ya. Bayangkan bagaimana Rasulullah s.a.w begitu banyak kerja dan urusannya. Mentadbir seluruh negara, menyusun masyarakat, mengajar, mendidik, memimpin dan pelbagai lagi tugasan dalam keluarga, masyarakat dan negara.”
“Baginda seorang yang workaholic?”
“Tak tahulah apa yang dimaksudkan dengan istilah workaholic tu tetapi jika itu bermaksud kerja keras, banyak bekerja dan gigih pula… yang Rasulullah saw memang begitulah.”

“Jadi seorang itu boleh jadi solatolic dan dia juga workaholic pada suatu masa yang sama seperti Rasulullah?”
“Ya, sewajarnya begitu. Cuba dengar apa yang diluahkan oleh Sayidina Umar Al Khattab insan yang berjaya meneladani Rasulullah s.a.w…”
“Apa katanya?”
“Aku bimbang untuk tidur pada siang hari, takut urusan ku dengan manusia tidak selesai. Dan aku juga bimbang untuk tidur pada malam hari takut urusan ku dengan Allah tidak selesai.”

Dia diam. Benar-benar dalam berfikir.
“Pada siang hari Umar Al Khattab seorang yang workaholic dan pada malam harinya pula dia seorang yang solatolic. Itu maksud awak?”
“Pray hard, work smart. Begitulah kira-kiranya.” Saya mengiakan.
“Bagaimana boleh jadi begitu? Apa yang saya faham solatolic dan workaholic tidak mungkin bersatu pada diri seorang manusia. Kalau dia solatolic, secara automatik dia bukan workaholic. Begitulah sebaliknya.”

“Tidak begitu. Bekerja adalah satu ibadah… ibadah umum namanya. Manakala solat juga satu ibadah. Ia ibadah yang khusus dan asas. Kedua-duanya dituntut oleh Islam untuk dilaksanakan. “
“Ada kaitan antara ibadah asas dan ibadah umum? Maksud saya antara solat dan kerja?”
“Ibadah asas itu banyak berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah. Ibadah umum pula berkaitan dengan hubungan kita sesama manusia.”
“Ada kaitan tidak?” tanyanya sekali lagi.

Saya diam. Berfikir sejenak.
“Orang yang paling kuat hubungannya dengan Allah dialah yang juga paling kuat hubungannya sesama manusia.”
“Kenapa?”
“Sebab kesan daripada kuat hubungan seseorang dengan Allah akan memberikan dia satu ketulusan dan kekuatan untuk berhubung sesama manusia. Solat akan memberi satu tenaga, semangat dan kekuatan dalam bekerja.”
“Bagaimana?”

Saya mula diasak dengan soalan bertubi-tubi. Tapi saya akur, bukan maksudnya untuk berbahas. Tetapi didorong oleh rasa ingin tahunya yang semakin tinggi.
“ Solat akan memberikan kita ketenangan hasil mengingati Allah. Solat akan mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran. Cuba lihat rukun fik’li, qauli dan qalbi semasa mengerjakan solat… Bukankah semua itu mendidik kita agar bersih, menepati waktu, amanah, bercakap dan berbuat yang dibenarkan sahaja? Kesan solat yang sempurna akan memberikan kekuatan, keberkesanan dan kecekapan dalam bekerja,” terang saya satu persatu.
“Tetapi kenapa ada yang solatolic tetapi malas bekerja?”
Tentu ada yang salah dengan solatnya. Mungkin solat itu dilaksanakan berdasarkan ritual semata-mata. Tidak difahami makna, tuntutan dan tujuannya. Itu solat yang tidak berjiwa. Umpama bangkai yang tidak bernyawa. Solat semacam itu tidak akan memberi kesan apa-apa pada perlakuan dan pekerjaan selepas mengerjakannya.”
“Hairan pula kenapa yang workaholic tetapi malas solat?’
“Sebabnya sama sahaja. Jika golongan pertama tadi mengerjakan solat tanpa kefahaman dan penghayatan, golongan kedua ini pula enggan mengerjakan solat kerana tidak nampak apa manfaat solat dalam kehidupan mereka… apatah lagi pada pekerjaan mereka. Solat dan kerja terpisah. Itu anggapan mereka.”

“Jadi bagaimana mengatasinya?”
“Golongan rajin solat mesti disedarkan, difahamkan dan dididik untuk bekerja kerana kerja itu satu ibadah. Tanda akrabnya seorang dengan Allah adalah banyaknya dia berkhidmat untuk manusia. Sayidina Umar pernah mengusir sekumpulan lelaki yang asyik duduk di dalam masjid tetapi tidak bekerja.”
“Bagi golongan workaholic pula?”
“Mereka mesti juga melalui proses yang sama yakni menyedari bagaimana solat itu akan memberi kekuatan dan ketenangan semasa bekerja. Ingat, tadbir kita walau sekuat atau sebijak mana sekalipun masih tertakluk kepada takdir Allah yang Maha Besar.”

Dan bagi mereka yang workaholic ini juga, kita perlu berikan peringatan, “ jangan nanti stres, kecewa dan keletihan melanda kita kerana keterlaluan memerah keringat atau mengasah fikiran. Solat perlu kerana ia memberi satu kerehatan dan penyembuhan kepada keletihan jiwa dan jasad. Lagipun rugi, jika solat ditinggalkan kerja mereka yang banyak itu tidak akan dikira sebagai ibadah. Hanya dapat laba tetapi kosong pahala. Ingat, solat itu kepala ibadat. Tanpa solat, segala amalan yang lain tidak akan diterima Allah.”
“Jadi tidak salah menjadi workaholic dan solatholic jika kita memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna. Bahkan kita memang dituntut begitu. Bukankah begitu?”
Saya mengangguk.
“Workaholic untuk manusia, solatolic untuk Allah?”
“Yang paling tepat ialah bekerja kerana Allah untuk manusia!”
“Apa dia ungkapan yang awak katakan tadi?”
“Yang mana satu?” saya sendiri sudah terlupa.
“Pray hard, work smart!”

Orang yang solatolic seharusnya menjadi orang yang workaholic. Solat akan membentuk orang yang mampu bekerja keras. Orang yang workaholic perlu melaksanakan solat, agar mendapat kekuatan, ketenangan dan mencegahnya daripada penyelewengan seperti rasuah, penindasan dan perbalahan sewaktu melaksanakan kerjanya.”
“Pemikiran ini akan saya sampaikan untuk meredakan konflik antara solatolic dan workaholic dalam organisasi ini!” ujarnya gembira.

Saya senyum lebar akhirnya. Alhamdulillah, semoga semuanya persoalan tadi dapat diselesaikan dengan jelas dan tuntas. Namun, jauh di sudut hati, masih ada kesedihan yang berbekas. Ya, jelas sekali betapa hubungan yang sinergi dan serasi antara solat dengan kerja sudah semakin kabur dalam diri umat ini. Bukan sahaja dalam amalinya bahkan dalam teorinya. Benarnya seperti yang selalu diungkapkan, Islam bukan sahaja agama yang paling disalahertikan oleh bukan Islam malah oleh umat Islam sendiri!

Renung-renungkan la yea...

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

23 Julai 2010

Dasyatnya Doa Seorang Ibu

salam...
Jom baca sesama tentang betapa mustajabnye doa seorang ibu....
esok weekend and will be my beloved son Birthday ke 4 thn...Muhammad Ammar Fahmi...
Selamat Hari Lahir Anakku...Mama doakan AMi menjadi anak yg soleh, mendengar kata orang tua, berbudi bahasa.... sihat selalu..... Amin...

Saya ada terima e-mail dari seorang sahabat yang attend ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time. Sahabat minta panjangkan e-mail ini, nak share laa info yang menarik untuk kawan2, kakak2, makcik2,adik2 amat berguna.


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
*Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takda masa nak buat yang baik
*Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
*Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
*Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya


Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami
Selingan:
kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidur kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah je

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya... kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
*Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
*Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut
*Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
*Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik

*Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, dan berdoalah kepada Allah
Ø "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
Ø "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

*Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
*Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!
*Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sedikit..sedih jugak laa.. pi ke pusara mak, kita cakap..
"Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

*Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

*Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia tak sakit atau nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Anak Lari Dari Rumah
*Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
*Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
*Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok.
.e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia

Usaha dan lakukan insyallah moga-moga usaha kita ini dimakbulkan oleh Allah swt.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikkan mana yang bolehkan. Sila panjangkan e-mail ini untuk sama-sama kita ingat mengingati.

Wallahualam.

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

21 Julai 2010

Suntikan Vaksin dan Kesan Sampingannya..

Salam Geng...
dah sehari x bersiaran kt blog kesayangan sha ni..blogwalking pun x nyempat......bz....so lepas weekly presentation sha ari ni...trus online beb...hehehe...
So, coz sha esok ada byk meeting...jom baca kisah Vaksin H1N1 dan kesannya...khusus utk anda sumer....k


Pagi tadi, saya dan isteri mengambil vaksin selesema babi di Poliklinik Kesihatan Kelana Jaya. Sebelum itu, saya ada membuat panggilan ke beberapa buah klinik berdekatan, namun semua klinik meminta saya membuat janji temu sebelum mengambil suntikan tersebut. Hanya di Poliklinik Kelana Jaya yang memberikan suntikan terus tanpa melalui sesi janji temu.
Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami sampai di klinik tersebut. Saya bertanya kepada petugas di kaunter tentang prosidur untuk mengambil suntikan tersebut. Jururawat itu menyuruh saya mendaftarkan diri di Kaunter 1. Selepas menyerahkan kad pengenalan, nama kami berdua dipanggil. Seperti biasa, kami dikehendaki membayar RM1 ringgit seorang. Selepas itu, petugas di kaunter tersebut menyuruh kami ke bilik khas untuk mengambil suntikan tersebut. Tiada pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suntikan.

Di bilik tersebut, beberapa orang staf dari jabatan kerajaan sedang berbaris untuk menerima suntikan. Seorang demi seorang menerima suntikan tersebut. Saya dan isteri menyerahkan kad pengenalan sekali lagi kepada jururawat di situ. Nama kami didaftarkan. Sejurus selepas itu, nama saya dipanggil untuk menerima suntikan.

Sebelum jarum menusuk kulit di bahu kiri saya, terkeluar kata-kata pertanyaan, "Apa kesan sampingan suntikan ini?" Jururawat itu menjawab sambil bertanya, "Encik hendak baca dahulu pamplet tentang kesan sampingannya atau encik hendak ambil suntikan dahulu?". Saya tanpa berfikir panjang berkata, "Suntiklah dahulu!"

Memang terasa sakit sedikit semasa jarum menusuk ke dalam bahagian bahu. Berbeza daripada sakit suntikan biasa. Mungkin perasaan saya melebih-lebihkan sakit tersebut. Selepas beberapa ketika, bahagian yang disuntik tadi berdenyut-denyut dan terasa panas sedikit. Selepas sejam, badan mula rasa lenguh-lenguh dan keletihan. Kepala berat dan pening sedikit. Kesan ini berlarutan sehingga beberapa jam. Saya mengambil cuti sakit di sebuah klinik. Badan rasa kurang sihat.

Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga tidur. Sehingga sekarang, selepas 7 jam menerima suntikan, badan masih lenguh-lenguh dan tempat suntikan masih lagi terasa sengal. Tiada kesan sampingan lain setakat ini. Mudah-mudahan kami berdua tidak mengalami kesan sampingan yang teruk.

Kesan sampingan pengambilan vaksin H1N1 (seperti tertera pada pamplet yang diberikan oleh petugas di Poliklinik Kelana Jaya)

Sering berlaku
* sakit kepala
* keletihan
* kesakitan, kemerahan, bengkak atau benjolan pada tapak suntikan
* demam
* sakit otot, sendi

Kerap berlaku
*rasa panas, gatal atau lebam pada tapak suntikan
* berpeluh, menggigil dan gejala selesema
* pembengkakan kelenjar di leher, di ketiak, atau di bahagian sulit

Agak jarang-jarang berlaku
* rasa mencucuk/kebas di tangan/di kaki
* mengantuk
* pening
* cirit, muntah, sakit perut
* gatal dan ruam
* ganguan tidur
* gejala kulit seperti inflamasi dan ruam gatal

Jarang-jarang berlaku
* kesan alergi yang menyebabkan penurunan tekanan darah secara mendadak
* sawan
* rasa menikam yang tajam
* pendarahan/lebam serius

Amat jarang-jarang berlaku
* inflamasi pada salur darah yang menyebabkan ruam kulit, sakit sendi, dan masalah buah pinggang
* lumpuh
Saya mungkin berfikir berkali-kali untuk mengambil suntikan tersebut jika membaca pamplet ini terlebih dahulu. Saya juga pernah menyiarkan beberapa artikel tentang kesan sampingan vaksin tersebut dalam blog saya yang lain. Namun, suntikan sudah diambil, harap-harap kami tidak mengalami kesan sampingan yang serius. Doktor di klinik saya mengambil cuti sakit pun ada memberitahu tentang kes orang yang mengalami sawan selepas mengambil suntikan vaksin tersebut. Katanya lagi, mungkin kerana status vaksin itu masih baru dan kesan sampingan yang dinyatakan di atas, maka vaksin ini hanya diberikan kepada orang dewasa yang berumur 18 hingga 65 tahun.
Moga-moga kiriman ini dapat memberikan panduan kepada anda sebelum mmengambil vaksin tersebut. Tepuk dada tanya selera!

sumber : dari email fwd kengkawan office

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

19 Julai 2010

100 Tips Diet Terbaik Utk Penurunan Berat Badan...

hahaha...salam semua...
apa kena dgn sha ek....dah 2 ..3 hari ni asyik cerita pasal makan dan menu jek...
ahaksss....xde topik lain ker....tukar topik lain la ek....
Sempena bulan puasa yg x lama menjelang tiba....diperturunkan 100 Tips terbaik utk menurunkan berat badan... ikut jgn x ikut.....ahaksss


Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?

1. Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.
2. Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.
3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan.
4. Jadikan waktu makan 1 tujuan utk menyihatkan badan.
5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.
6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.

Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?
7. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.
8. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.
9. Gunakan pinggan salad.
10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.
11. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.
12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.
13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.
14. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.
15. Simpan jurnal makanan.
16. "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang"
17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.
18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.
19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.
20. Bawa bekal makanan sendiri.
21. Duduk tertib semasa makan.
22. Campurkan jus dengan air.
23. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.
24. Makan masakan sendiri di rumah.
25. Hadkan pengambilan alkohol. <---non muslim

Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?
26. Ambil jus tomato semasa minum petang.
27. jadikan hidangan sayuran lebih menarik dan sedap.

28. Campurkan 3 jenis kekacang di dalam salad.
29. Anda perlu ingat bahawa sup sayur itu sebenarnya adalah sayur.
30. keledek juga adalah sayur.
31. Campurkan bayam ke dalam sandwich, sup, pasta dan salad.
32. Jangan lokek untuk membeli sayur yang telah sedia untuk dimakan.
33. Anda benar2 bencikan sayur?Lebihkan buah-buahan.
34. Simpan 7 jenis sayuran yg anda paling suka. Campur, hangatkan dan tambahkan sos kegemaran anda. Mudah kan!

Apakah jampi untuk kekal dgn diet yg diamalkan?
35. "Sajian terbaik makanan tinggi kalori yang jumlahnya sedikit. Sajian terbaik sayur-sayuran yang jumlahnya banyak".
36. "Nafsu makanku hanya sementara apabila tumpuanku pada perkara yg lain".
37. "Saya mahu nikmati hidup lebih lama".
38. "Saya sedang bekerja keras sekarang ini".
39. "Adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk berbanding berhenti makan sekarang".

Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?
40. Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)
41. Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)
42. Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)
43. Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.
44. Tidak memperdulikan 'saiz sajian' di panel fakta nutrisi.
45. Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.
46. Mengaggap 'energy bar' dan 'fruit smoothie' rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)

Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?
47. 'Smoothie' yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.
48. Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.
49. Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.
50. Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.
51. Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.
52. Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)
53. Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.
54. Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.
55. Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.
56. Panaskan 1 tin sup.
57. Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.
58. Sandwich sayuran.
59. Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.

Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?
60. Elakkan kata2 "saya sedang bercuti"
61. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.
62. Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.
63. Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.
64. Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.
65. Jangan kasihan pada makanan.
66. Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.
67. Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.
68. Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.

Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?
69. Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.
70. Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)
71. Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.

72. Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.
73. Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)
74. Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.
75. Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.

Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?
76. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.
77. Makan di atas meja makan dengan tertib.
78. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.
79. Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.
80. Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.
81. Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk "Tutup selepas makan malam"
82. Berus gigi selepas makan.
83. Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.84. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.

Apakah faedah lain yang boleh didapati drpd berdiet?
85. Bebas lemak bukanlah selalunya yg terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yg diambil.
86. Mengelak sarapan boleh membuatkan anda mengidam makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.
87. Sekiranya anda terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.
88. Belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar menyebabkan glukos menurun. Mengambil sedikit makanan berkhasiat merangsang otak dan tubuh anda.
89. Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dgn lebih cepat.
90. Sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien di dalamnya.
91. Bimbang tentang kandungan lemak trans di dalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang drpd 0.5gm lemak trans.

Apakah tip senaman yang boleh membantu?
92. Sebarang jenis senaman membantu menyekat selera makan.
93. Apabila anda bersenam, minum air sekerap mungkin.
94. Pasangkan muzik semasa berjalan atau berjoging, ia akan melekakan anda supaya berjalan atau berjoging lebih jauh.
95. Lakukan yoga. Ia membakar antara 250-350 kalori selama 1 jam.
96. Dehidrasi melambatkan kadar metaboliesme sebanyak 3%.Namun, kuncinya bukanlah berapa banyak anda minum tetapi berapa kerap anda minum.

Bagaimana mengendalikan makan kerana emosi? 

97. Dapatkan khidmat nasihat pakar diet atau pemakanan.
98. Carilah teman untuk berbual.
99. Sertai kumpulan sokongan yg boleh membantu anda mengurangkan berat badan.
100. Melayari internet juga boleh membantu. Layari laman web yg menawarkan program diet. Anda juga boleh bersoal jawab dgn pakar atau kaunselor melalui emel.


Sumber : .carigold.com

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

18 Julai 2010

Sihat cara orang Korea

Salam Geng and visitors...
Hari ni online lambat..hubby bawak my broadband gi keje...tu yg kerja2 mengupdate blog dan aktiviti2 berjalan2 ke blog2 lain tertangguh....
So, sha baca le satu news KOSMO kt newspaper hari... tips menjaga kesihatan cara orang Korea....
Jom share...sha ambil yg penting2 jek la..

PADA usia 76 tahun. Dr. Muhammad Kim masih aktif melakukan rutin senaman pagi dengan berjoging sekurang-kurangnya dua kilometer setiap hari. Selesai beriadah, Muhammad bersiap-siap untuk ke pusat perawatan tradisional miliknya yang terletak di Kelab Golf Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk memenuhi temu janji dengan pesakit-pesakitnya.
Sebelah malam pula, adakalanya bekas pegawai tentera berpangkat kolonel dari Seoul, Korea Selatan ini perlu menghadiri majlis rasmi melibatkan ekspatriat Korea.
Padat dengan jadual seharian, lelaki bertubuh kecil tetapi bertenaga ini tidak lokek berkongsi tiga rahsia untuk memiliki kesihatan yang sejahtera.
“Saya bersenam, mengambil herba ginseng dan makan kimchi hampir setiap hari, itu rahsia kecergasan saya,” ujarnya ketika ditemui Jurnal di pusat rawatannya baru-baru ini.
Muhammad menjelaskan beliau sangat sukakan aktiviti yang mengeluarkan peluh terutama joging.
“Setiap pagi saya akan berjoging selama sejam. Sekiranya hujan, saya tidak menolak untuk keluar bersenam.
“Saya akan berjalan kaki dengan memegang sekaki payung,” katanya.
KIMCHI dianggap makanan terbaik di dunia kerana memiliki lima elemen penting yang diperlukan oleh tubuh.
Ramuan wajib
Mengagumi khasiat ginseng yang dianggap sebagai penyumbang kesihatan dan awet mudanya, Muhammad bagaimanapun mengamalkan rutin mengambil serbuk ginseng secara tidak berlebihan.
“Saya ambil sedikit demi sedikit selang beberapa hari untuk membantu peredaran darah yang lebih baik,” akuinya.
Di Korea, ginseng lebih terkenal sebagai ubat untuk menjaga kesihatan, mencegah penyakit dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Terdapat lima negara yang memiliki ginseng iaitu Korea, China, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat namun penghasilan ginseng secara komersial di Korea menjadikan ginseng dari negara tersebut sebagai yang terbaik.
Bahkan, para pengkaji menyifatkan ginseng Korea adalah lebih berkhasiat kerana ia tidak pernah dipalsukan seperti ginseng China.
“Sejak dahulu lagi, budaya masyarakat Korea dan ginseng sangat rapat malah setiap hari rakyat Korea akan mengambil ginseng. Tidak hairanlah, Korea mendapat jolokan ‘Negara Ginseng.’
“Tradisi ini turut diamalkan sehingga hari ini. Bahkan bagi sesetengah orang, ginseng adalah ramuan wajib dalam masakan Korea supaya makanan lebih berkhasiat, contohnya sup ginseng dan telur goreng,” kata Muhammad.
Tambahnya, belum ada kajian yang menyatakan khasiat ginseng sebagai penambahan ghairah seks lelaki.
Sebaliknya amalan mengambil ginseng sama ada dalam bentuk pati, serbuk, teh dan lain-lain bertujuan untuk menjaga kesihatan.
Ajaib
“Dalam satu kajian oleh para doktor antarabangsa, pengambilan ginseng secara konsisten mampu mengurangkan risiko Alzheimer, menangani kencing manis, mengatasi masalah tekanan darah tinggi dan menguatkan sistem imunisasi badan.
“Malah, ginseng juga banyak digunakan untuk meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental, memberi tenaga, menstabilkan fisiologi badan, merendahkan paras kolesterol dan mencegah penyakit kanser,” jelasnya yang mempunyai lebih 50 tahun pengalaman menggunakan ginseng.
Mendapat jolokan ‘Herba Ajaib Dari Timur’, pengkaji Rusia berpendapat tumbuhan yang dianggap sempurna ini boleh menormalkan tekanan di saluran arteri dan berkesan dalam mengubati tekanan darah tinggi mahupun darah rendah.
“Ginseng adalah alternatif terbaik untuk melancarkan peredaran darah sekali gus meneutralkan asid dalam darah,” ujar Muhammad yang merupakan pakar akupuntur dan gingseng bertauliah.
Tidak hanya diambil sebagai makanan kesihatan, pemilik nama saintifik Panax yang bermaksud tubuh manusia itu turut dijadikan sumber kajian di Institut Kajian Universiti Nasional Seoul dan berfungsi sebagai agen penyembuh kanser serta diabetes di Hospital Pusat Kanser Korea.
Selain mengambil herba ginseng, Muhammad turut mengamalkan memakan makanan tradisional Korea iaitu kimchi yang disifatkan makanan terbaik di dunia.
“Saya selalu percaya pada prinsip makan sedikit dan berjoging sejam setiap hari.
“Saya juga memastikan makanan yang diambil perlu memiliki lima elemen penting iaitu manis, masam, masin, pahit dan pedas.
“Sebab itu, rakyat Korea amat menggemari kimchi dan memakannya setiap hari dalam saiz sederhana,” ujarnya yang mengelak untuk mengambil nasi lemak dan roti canai.

Jom tgk camner wat resipi KIMCI ni...
Cara membuat kimci
1. Pilih kobis panjang yang bersaiz gemuk pendek kerana rasanya lebih sedap dan sesuai di buat kimci.
2. Potong bahagian atas kobis berbentuk + dan koyakkan sahaja menjadi 4 bahagian
3. Celup kobis sekali di dalam air supaya tidak rosak
4. Tabur garam kasar pada setiap lapisan kobis panjang. Simpan dalam bekas dan bubuh sedikit sahaja air tetapi jangan di rendam. Biar 6 jam kerana garam akan mengeluarkan air daripada dalam kobis.
5. Bilas kobis dengan dicelup-celup di dalam air sebanyak 3 kali. Toskan airnya sehingga kering
6. Sementara itu buat sos dengan mencampurkan kesemua bahan ini ke dalam besen
* 1 cawan serbuk lada merah
* Air secukupnya bagi menggaul ke semua bahan
* 2 sudu besar sos ikan
* 2 sudu besar gula
* 1 sudu besar bawang putih tumbuk
* 1 sudu kecil halia tumbuk
* 4 batang daun bawang

7. Lumur sos pada setiap helaian kobis sehingga rata. Lakukan dengan lembut supaya kobis tidak koyak atau patah
8. Kemaskan semula daun kobis yang dilumur tadi dan ikat dengan helaian daun yang atas sekali. Genggam sekejap bagi memastikan tiada udara tersimpan di antara celah-celah daun.
9. Selepas itu, simpan dalam bekas
10. Ia boleh di makan terus sebagai salad kimci segar atau anda boleh menjeruk kimci dengan membiarkan dalam suhu bilik selama 1 hari dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila hendak di makan, keluarkan kimci dalam kuantiti yang diperlukan dan simpan selebihnya. Ia boleh tahan sehingga berbulan-bulan.
Ni contoh KIMCI yg dah siap...jeng2...

sELaMAt mENcuBa....

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

17 Julai 2010

Jom Buat Pizza...

Lately ni sha dah mula rasa buhsan nak makan pizza dr PizzaHut and Domino..entah ler...
pizza dr Pizza Hut cam makan tepung jek...then Domino pulak nipis dan terlalu bercheeze...

then...dalam fikiran why not cuba buat pizza sendiri...mana tau lebih sodap ngalahkan PizzaHut dan Domino yg hip hop tu...

Sha pun cari2 le resipi dan petua2 wat Pizza ni....jeng2 dpt gak,,,,dari chef Norzailina Nordin pakar memasak merangkap Novelis terkenal tu....jom see as below..
 PIZZA adalah antara sajian yang sentiasa mendapat tempat di hati kanak-kanak dan kebanyakan daripada kita. Ia berasal dari Itali dan sungguh popular sebagai makanan segera. Malah, ia boleh didingin beku dengan mudah untuk disimpan selama beberapa minggu di dalam peti pembeku.
Ada tiga langkah utama dalam menyediakan piza. 
1. Bahagian dasar. 
Memandangkan doh menggunakan yis, ketelitian perlu bila mengadunnya. Yis adalah bahan yang amat sensitif dengan suhu. Pastikan yis yang digunakan masih baru dan aktif.
Yis yang tidak aktif atau mati tidak mampu mengembangkan adunan. Hasilnya, piza akan menjadi keras dan tidak gebu. Yis menjadi tidak aktif jika ia terkena garam. Jadi, hendaklah dimasukkan garam ke dalam tepung terlebih dulu. Dengan cara ini, ia tidak akan tersentuh secara langsung dengan yis.
Jangan gunakan air panas kerana fungsi yis akan terbantut. Hanya gunakan air suam. Namun begitu, jika anda menguli dengan mesin, lebih sesuai menggunakan air sejuk. Ini kerana kepanasan doh meningkat dengan sendirinya bila diuli dengan mesin dalam jangka masa yang agak lama.
2. Teknik ulian 
Ia mesti betul bila membuat doh piza. Lakukan di atas papan pencanai yang ditaburkan dengan tepung. Tolak doh dengan tapak tangan secara terus-menerus. Tarik dan tolak doh sehingga ia menjadi lembut, licin dan halus permukaannya. Jangan lupa gunakan tepung roti atau tepung berprotein tinggi kerana kandungan gluten memudahkan doh kembang.
Pelembut roti akan membuat doh piza lebih lembut.
manakala bread improver mempercepatkan proses mengembangkannya. Doh mesti diletak di tempat hangat supaya mudah kembang. Tempat paling baik adalah di dalam kereta yang diletakkan di bawah matahari terik.
Cara lain ialah menyediakan bekas besar atau periuk pengukus berisi air mendidih. Letak mangkuk berisi doh dengan penutup tuala. Kemudian tutup pengukus itu dan biarkan. Untuk menjimatkan masa, boleh gunakan sos piza di dalam botol. Anda juga boleh menyediakannya sendiri dan menyimpannya untuk digunakan pada waktu lain. Sos ini jugalah asas kepada sos tomato untuk spageti bolognese dan lasagne. Jika tidak cukup masa, campurkan sos tomato dan sos cili. Kemudian sapukan di atas doh piza.
3. Bahan atas untuk piza 
Boleh diubahsuai mengikut selera masing-masing. Jika menggunakan daging atau ayam cincang, anda hendaklah memasaknya terlebih dulu. Tambahkan cili Benggala atau lain-lain sayuran yang anda gemari. Untuk menjimatkan masa, boleh gunakan sardin atau tuna di dalam tin.
Hirisan sosej atau salami lembu adalah pilihan yang sesuai. Salami adalah daging atau ayam dalam bentuk sosej yang sudah dicampur rempah dan disalai atau diproses hingga masak. Bagi penggemar sayur-sayuran pula, boleh mencelurnya sebelum digunakan.
Selain keju mozarela, anda boleh gunakan parutan keju cheddar. Sebaik-baiknya anda parut terus ke atas piza untuk mengelakkan ia berketul atau bergumpal.
Jika sukar mendapatkan oregano kering dalam botol, boleh gantikan dengan Italian seasoning. Herba seperti ini adalah penting untuk memberikan rasa asli atau autentik piza. Sekiranya anda boleh memperoleh daun basil segar, taburkan di atas piza sebaik saja ia dikeluarkan dari ketuhar.
Untuk menyimpan piza secara dingin beku, bakar sehingga separuh masak. Kemudian biar sejuk. Bungkus dengan plastik nipis sebelum diletak di dalam bekas bertutup. Anda juga boleh membungkus dengan kertas timah. Kemudian barulah disimpan dalam peti pembeku. Biar piza kembali ke suhu bilik semula sebelum dibakar seperti biasa.
Bagi yang tidak mempunyai masa atau kesabaran untuk menguli doh piza sendiri, boleh gunakan roti pitta. Selain menjimatkan masa, anda juga boleh mempelbagaikan bahan atasnya mengikut bajet dan kreativiti sendiri.
Selamat Mencuba
(sumber : Kosmo ONline)

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

16 Julai 2010

Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

Salam Kengkawan...
Sorry ea....semalam x sempat nak blog walking dan menulis sesuatu kt ruangan kesayangan sha ni...
sha MC....adusss.....
Anyway jom baca kisah yg sha nak paparkan sempena hari jumaat yg mulia ni...

Wajah & Hati Yang Cantik
· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu.

Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :

Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T..

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam."Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
Sumber : forward email dr kengkawan office

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

14 Julai 2010

Jom Tolong Support MY YouthSays Campaign

Kengkawan dan Para Pelawat....


Pls help me to klik below compaign from YouthSays...and the same time pls join it as well....Their will paying you RM 0.20 per clik on the campaign that you join...hurry..

  
 

 

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

C.i.N.t.a. & Ayat Kursi

Salam geng...

Peh..ari ni selesai sudah weekly presentation sha...fuhh..nasib baik boss Japan ku x byk songeh...sengeh lebih ada ler...tu yg bestnye dia ni compare dgn boss lama yg dah balik jepun tu...good relationship with local staff, x sombong...dll....ye la sha..puji jgn x puji...cukup contract dia 3 thn kt office mesia ni....balik negara dia ler...dapat boss baru yg x best...sudah...
Lepas tea break jek....dapat satu fwd email dr kengkawan office..biasale le ada geng foward ni syok sket..

Kisah cinta dan ayat kursi...

Jom baca..
 ADAKAH CINTA MEMERLUKAN SEBAB??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
       menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
     abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
       abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
      saya sebabnya.. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
      lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
      puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital..
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."


SINAR CAHAYA AYAT KURSI  
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:  
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah  
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT  
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di  
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.  
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun
satu ayat

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Telah DiTag

Salam sumer..
peh...2 hari x nyempat wat blogwalking and new entry...training punya kes...
but at least this time IEA external penceramah was so good..sharing all the information, guidance, case study to all the internal auditor yg amatur like us...hahaha..
keje sha pn byk tertangguh..esok dah nak weekly meeting present depan bosses..apa pun slide x wt lagi...waduh....
Bukak jek blog...sha telah ditag oleh one of my goodfren masa study dulu...sape lagi ciK Puan zAidah le..

~*Dini-4th-giveaway*~
 terima kasih cik Puan Zaidah a.ka. Comel coz tag sha ek.....rasanyer x pernah join GA nie...so ari nie nak joinlah lepas comel tag sha
nak tahu tentang GA nie bleh klik kat sini....

referral sha adelah Zaidah a.ka.comel

so aku dengan rela hatinyer tag kat

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

12 Julai 2010

Syaaban Datang Lagi..13th July 2010

Salam Geng..
Ari ni sha menulis awal2 pagi sket..coz 2 hari from Isnin to Selasa akan fullday training IEA..(Internal Environmental Audit). external training...adus...tu le malehnye kalau skali join training ISO ni..ada jek follow-up meeting tu le ni le.....hmmm...confirm ngantuk esok..

Akhirnya Rejab pergi jua.....dan Syaaban datang menjelma....dan x lama lagi Ramadhan bulan penuh keberkatan..
Jom hayati keindahan bulan Syaaban...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



REJAB sudah berlalu. Kini Syaaban menjelang. Lambaian Ramadan sebulan lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda: "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:"Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa balliqhna Ramadan, bermaksud :"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.
Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak. Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang. Air adalah bekalan dan kehidupan bagi pejuang. Mengapa pentingnya kita mengenang pejuang dan menyalakan semangat perjuangan? Perjuangan kita dalam hidup ini adalah untuk kemerdekaan. Merdeka jiwa. Merdeka daripada segala bentuk perhambaan manusia kepada manusia.

Lebih 50 tahun lalu pejuang berjaya membawa negara kita keluar daripada belenggu penjajahan. Penjajahan tanah air, jiwa, rasa dan minda.

Bayangkan dan rasakan, mereka berjuang membela negara ini bukan untuk hidup mereka, bukan untuk keluarga mereka, bukan pula untuk hari meriah itu. Mereka berjuang untuk masa depan anak cucu dan bangsa ini. Mereka berjuang untuk kita, yang hidup saat ini, juga untuk anak cucu.

Bayangkan dan rasakan apakah pejuang akan senang melihat penjajah British dan Jepun serta pengkhianat Komunis Bintang Tiga menghina maruah umat?

Apakah pejuang akan senang melihat maraknya rasuah dan salah guna kuasa di kalangan beberapa pemimpin dan pihak bertanggungjawab? Adakah pejuang rela membiarkan rakyat bergelumang dengan dadah, judi, jenayah rogol, seks rambang dan syak wasangka kaum dan agama? Adakah pejuang boleh goyang kaki melihat umat hanyut dalam budaya hedonisme melampau sehingga tidak peka dengan budaya ilmu dan intelektual?

Kita perlu membuat pejuang bangga dan senang, dengan membangun negara ini dengan hati, bersih jiwa dan minda, jujur, bertanggung jawab, disiplin, kerjasama, adil, wawasan dan prihatin. Mari membuat bangsa ini dihormati dan disegani di mata bangsa lain di dunia.

Sempena Syaaban kita perlu mengasah dan memupuk jiwa pejuang melalui amalan membangkitkan semangat, memupuk kesucian sekali gus mengumpul pahala. Jiwa pejuang adalah jiwa menghayati makna keinsafan, kesusahan dan penderitaan.

Firman Allah bermaksud: "Dan orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang yang bertakwa" – (Surah Al-Baqarah: ayat 177).

Antara perkara yang disyariatkan pada Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal sebelum ini. Syaaban bulan melangsai hutang. Kini masanya qada puasa bagi sesetengah kita yang tertinggal puasanya pada Ramadan lalu atas sebab keuzuran dibenarkan.

Contohnya kerana sakit, musafir dan menyusukan anak. Kita tidak boleh menundanya hingga Ramadan berikutnya kerana kita akan didenda membayar kafarat ke atas setiap hari ditinggalkan.

Budaya bertangguh menggantikan puasa ini bukan baru bagi kita tetapi sudah menjadi sebati dalam kehidupan umat Islam hari ini. Ini bukan amalan pejuang. Firman Allah bermaksud: "Dan sekali-kali, Tuhanmu tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan". (Surah Hud, ayat 123). Hikmah diperintahkan untuk membanyakkan puasa pada Syaaban untuk membuat persediaan mental dan fizikal, melatih diri membiasakan berpuasa pada Ramadan nanti.

Kita disunatkan membanyakkan amalan puasa sepanjang Syaaban bukan hanya pada malam Nisfu Syaaban saja. Rasulullah selalu melakukannya. Dalam kitab Shahih Bukhari dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah, dia berkata: "Aku belum pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa selama satu bulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku belum pernah melihat beliau memperbanyakkan puasa (sunat) dalam satu bulan kecuali pada Syaaban".

Syaaban dikenali sebagai bulan muhasabah diri, iaitu memperbaiki dan melihat kembali watak diri sendiri. Memperbaiki sifat mazmumah seperti dengki, takbur dan sombong yang semakin runcing membekam dalam diri sebahagian daripada kita, umat Islam masa kini. Selain memperbaiki, digalakkan juga melihat kembali sifat mahmudah.

Adakah kita selama 11 bulan lalu sudah memperbanyakkan amalan baik seperti ikhlas, reda dan sedekah. Tidak cukup dengan solat, puasa dan zakat maka kita murnikan dengan ikhlas dan reda.

Apalah maknanya solat yang banyak tetapi tidak ikhlas? Sering berpuasa tetapi turut mengamalkan lihat perkara yang 'syubhah'. Apalah ertinya setiap tahun kita mengerjakan haji tetapi riak mahu dilihat sebagai orang yang berada dan suka dipuji?

Dalam Syaaban kita digalakkan bertaubat, membanyakkan doa, menggandakan zikir dan berselawat kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah: "Barang siapa yang mengagungkan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit."

Dalam kita beramal meraikan Syaaban, janganlah pula kita kaitkan dengan amalan bidaah tertentu yang tidak disyariatkan oleh Allah.

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

11 Julai 2010

Mari Kelakar Sarawak!

Bahasa Sarawak adalah bahasa yg unik especially bahasa Melayu Sarawaknye...maklum le sarawak a.k.a Bumi Kenyalang kan kaya dgn pelbagai kaum dan etnik..
Selama duduk kt sana 3 thn...sedikit sebanyak sha boleh le ikut cakap dialek dorang ni....
then sha nak sharing dgn you all bahasa unik dorang ni...
Manalah tau, mungkin satu hari you all berpeluang untuk melawat Bumi Kenyalang yang indah permai, maka dapatlah anda sedikit sebanyak 'goreng' bahasa dia oarang ni. Taklah kekok sangat bila nak berinteraksi dengan orang disana...yg penting boleh dapat diskaun time shopping especially kt Jalan Masjid India kt Kuching tu....ahakss

 Dibawah ini adalah beberapa perkataan yang sering digunakan didalam percakapan seharian Melayu Sarawak. Untuk makluman semua, Bahasa Melayu Sarawak digunakan dengan meluas di Bahagian Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri. Di Limbang dan Lawas, Bahasa Malaysia adalah perantaraan yang digunakan oleh penduduk setempat. 
Sebutan Bahasa Melayu Sarawak yang ketara adalah pada huruf "r" dimana ditekankan dengan nada yang berat sepertimana sebutan orang Melayu diutara Semenanjung.
Jom lihat...
  • kamek - Saya/Me
  • Kitak - Awak/You
  • Nya - Dia/He/She
  • Sidak - Mereka/Them
  • Sik - Tak/No
  • Aok - Ya/Yes
  • Ya - Itu/That
  • Tok - Ini/This
  • Mok - Nak/Want
  • Sik ada - Tak ada/Don't have
  • Nok ya - Yang itu/That one
  • Nok tok - Yang ini/This one
  • Nok ney - Yang mana/Which one
  • Siney - Mana/Where
  • Kenak - Kenapa/Why
  • Giney - Macamana/How
  • Sia - Sana/There
  • Sinun - Di sana/Over There
  • Sitok - Sini/Here
  • Polah - Buat/Do
  • Kinek tok - Sekarang/Now
  • Kelak - Kemudian/Later
  • Ngagak - Datang/Come
  • Mupok - Beredar/Leave
  • Juak- Juga/Also
  • Ari Marek- Yesterday
  • Aritok - Today
  • Kedak ya - Macam/Like that
  • Nang - Memang
  • Mun - Kalau/If
  • Bait - Baik/Good
  • Jaik - Jahat/Bad
  • Gago - Sibuk/Busy
  • Lan - Jom/Lets
  • Tek - Tadi/Just now
  • Pok/Bok - A term for friend, i.e mate
  • Deng - Sayang/Darling
  • Nemiak - Budak-budak/Kids
  • Rami - Ramai/Lots
  • Bulak - Bohong/Lie
  • Paloi - Bodoh/Stupid or Dumb
  • Ceridak - Messy
  • Sigek - Satu/One
  • Tetak - Ketawa/Laugh
  • Embak- Bawa/Bring
  • Nekik - Panjat/Climb
  • Singkol - Kaku/Uneasy or Awkward
  • Tunggah - Panggil/Call
  • Pisok - Pisau/Knife
  • Manok - Ayam/Chicken
  • Pusak - Kucing/Cat
  • Asuk - Anjing/Dog
  • Ngabas - menziarah/visiting
  • Gadong - Hijau/Green
  • Gerek - Teman lelaki atau perempuan/Boyfriend or Girlfriend
  • Kalas - Merah jambu/Pink
Tapi kadang-kadang, ada perkataan dalam Bahasa Malaysia yang sama dengan Bahasa Sarawak, tapi maksudnya lain. Such as:
Bahasa Malaysia Bahasa Sarawak
  • Kacak - Lawa/Pretty
  • Lawa - Sombong/Snob
  • Nyaman- Sedap/Delicious
  • Belun - Kapal Terbang/Airplane
  • Kelakar - Cakap atau Bersembang/Speak or Talk
  • Padah - Bagitahu/Tell
  • Pulang- Pula
Sumber : http://rahsia.20m.com (cik google)


Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More