21 Disember 2011

Jepun: Muslim tanpa Islam

As Salam..
Sha tersentuh baca email forward dari kawan2 pagi ni... sorry..about Japan again...
Japan ?... i miss so much Nagoya..especially Kanayama & Sakai shopping mall ....kkekee...
Jom baca..
Bercerita tentang Jepun, ramai yang memuji sifat masyarakatnya yang berdisiplin, menepati masa, menjaga kebersihan dan macam-macam lagi. Benar, di sini kita dapat melihat Muslim tanpa Islam. Namun, dalam macam-macam yang dikatakan orang itu, satu yang menarik perhatian saya.
Ramai yang bertanya, lelaki Jepun handsome tak?
Saya akan garu kepala dan senyum. Sebab kan beauty lies on the eyes of the beholder.
Tapi kalau ada yang bertanya, nak kahwin dengan lelaki Jepun tak?
Saya akan jawab nak!!!
 
Lelaki Jepun
Rata-rata masyarakat di sini berkahwin lambat. Namun, dapat dilihat mereka yang berkahwin adalah mereka yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga mereka. Saya sangat kagum dengan sifat para suami atau ayah di Jepun.
Setiap pagi, dalam perjalanan ke university, inilah pemandangan yang saya lihat..
Ayah berpimpinan tangan dengan anak-anak kecil mereka, berjalan bersama ke sekolah sebelum ke tempat kerja masing-masing.
Kalau dilihat dalam train pula, apabila anak-anak kecil menangis atau merengek, maka si ayah yang akan mendukung dan menghiburkan hati si anak.
Ayah berbasikal membawa anak dalam raga, ayah melayan rengek si anak. Pemandangan yang biasa dilihat di sini. Pemandangan yang sangat jarang dilihat di tanah air kita sendiri. Sifat penyayang mereka terhadap keluarga dan anak-anak, sifat prihatin terhadap kaum wanita yang telah melahirkan zuriat untuk mereka, benar-benar mengagumkan. Memang banyak lagi sifat buruk lelaki Jepun, tapi dalam buruk-buruk perangai mereka, mereka sangat baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga.
Wanita Jepun
Pernah juga saya dan rakan-rakan melepak di masjid di sini, si ibu(Jepun) masuk bersama anaknya yang sedang menangis dan mengamuk sehingga menggulingkan diri di lantai masjid. 
Kami yang sedang makan pun berasa tidak sedap hati, lalu seorang sahabat saya membawa coklat dan menghulurkan kepada si anak untuk memujuknya daripada terus menangis, namun jawab si ibu,
  “Daijoubu desu. Ima daiji na tokoro desu.”
“Tak mengapa. Sekarang masa yang penting.”
Masa untuk si ibu mentarbiyah anak untuk berperangai lebih baik. Lalu kami mendengarkan pertuturan mereka.
“Aisyah, awak nak ape? Kalau awak nangis-nangis macam ni mama tak faham. Nangis-nangis ni baby je. Aisyah bukan baby lagi. Awak nak ape? Nak buat ape?”
“Cakap. Kalau nangis memang mama tak faham. Awak bukan budak kecik lagi dah.”
Mereka melayan si anak sewajarnya seperti orang dewasa. Patutlah anak-anak kecil di sini tak banyak meragam. Didikan itu bukan dengan memberikan mereka apa yang mereka mahukan, tetapi mengajar mereka untuk berfikir dan bertindak sewajarnya sesuai dengan usia mereka.
Kalau dalam train pula, apabila anak-anak yang telah boleh berjalan, lingkungan 4 hingga 6 tahun bermain-main atau membuat bising, si ibu akan menyuruh mereka agar berdisiplin sambil menunjukkan tanda-tanda jangan bising, sila pegang penghadang untuk mendisiplinkan mereka. Dalam kelembutan wanita-wanita Jepun, mereka sangat serius dalam mendidik anak-anak menjadi orang yang berguna.

Masih belum terlambat
Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Masih belum terlambat untuk kita semua merubah diri dan sifat diri mencontohi yang terbaik, Rasulullah SAW dalam bergaul dengan keluarga. Kalau mereka yang tiada aqidah Islam, mampu untuk menghormati wanita dan anak-anak, menyayangi keluarga, kerana itulah fitrah manusia yang telah ditetapkan olehNya. Apatah lagi kita yang Allah ganjarkan bermacam-macam ganjaran apabila berbuat baik kepada ibubapa dan keluarga.
Jom usaha kembali kepada fitrah!!

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

14 Disember 2011

10,000 Langkah Berjalan Kaki

Salam sumer...
hari ni lambat sket nak update entry baru kt sini...
Fikir punya fikir..kenangan @ memori semasa lawatan kerja 2 minggu ke Nagoya, Japan bulan lepas buat sha terfikir tentang jalan kaki ni...
Mana tak...rata2 rakyat Jepun ni kuat berjalan kaki...dan ada yg berulang alik pergi balik kerja sejauh 4km setiap hari dengan hanya berjalan kaki...peh...mana tak rakyatnye rata2 sihat dan panjang umur....
sha baru 2 minggu berjalan kaki kt sana dah mengeluh sakit2 kaki...hehe..
Anyway miss the Japan life ...rasa kalau dok sana terus mesti best... 
But Malaysia still da' best...:-)

Okes2 ...tak nak bebel panjang...
Entry sha kali ni nak cerita sket kat u alls Kebaikan Berjalan Kaki....Kosnye murah dan mudah kan...Kempen utk berjalan kaki ni pun dah diuar-uarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia...
Jom baca kebaikan berjalan kaki ni..

Faedah berjalan kaki
  1. Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
  2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
  3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
  4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
  5. Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
  6. Mengekalkan kekuatan otot.
  7. Mengurangkan risiko osteoporosis
  8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
  9. Mampu meningkatkan keyakinan diri.
 Cara Mudah Untuk Berjalan
Terdapat banyak cara untuk kita melakukan senaman berjalan ini. Apa yang penting ialah kita harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman itu sesuatu yang menyeronokkan.
  1. Sekiranya kita tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba minimakan penggunaan lif. Sebaliknya lebihkan dengan menggunakan tangga. Sekiranya tidak mampu kita boleh menaiki lif separuh jalan sahaja dan seterusnya menggunakan tangga untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.
  2. Letakkan kereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin ditujui. Sebagai contoh, jika kita ke kompleks membeli belah atau ke pejabat, kita boleh meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu masuk. Ini bergantung kepada keadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesulitan yang ketara kepada kita.
  3. Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja.
  4. Bagi yang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi. Ketika berada di umah pula, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsang otot untuk bergerak.
  5. Maksimumkan berjalan kaki sekiranya kita ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contoh kita boleh berjalan untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jiran dan sebagainya. 
  6. Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu
Selamat Mencuba :-)
Sumber : Info Sihat.gov.my

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

12 Disember 2011

Demi Kekasihku Sayang..

Sanggup meredah paku demi awek gebu..hehe...Sucinye cinta mereka kan...so cute..

 
 Sharing is caring..:-)

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Selamat Datang LEGOLAND MALAYSIA

As Salam..Selamat Pagi Hari Isnin...Jangan monday blues taw..keje mesti semangat..ekkke....
Uo alls tau tak pasal LEGOLAND - Dragon-Coaster Asia yg akan dibuka di Malaysia tak lama lagi.under Wilayah Pembangunan Iskandar... pada tahun 2013
Nak tau kt mana ? Nusajaya Johor bahru... amek highway ke PTP (Pelabuhan Tanjung Pelepas)...belakang umah sha jek tu...dekatnyeee...bangga seh..hehe..
Dengar khabarnya Pre opening annual ticket (Normal Price) - limited period spt berikut :-
Adult - RM195
Child - RM150
Adult - RM275
Child - RM210
GATE PRICES
Adult - RM140
Child - RM110

Pemegang Mykad dapat rebet RM30 on the gate..
Mak ai mahalnye...harga dewasa antara RM195 ~ RM 275...lebih kurang harga tiket masuk ke Universal Studio Singapore..

Apapun maklumat lanjut boleh jenguk ler laman web dia kat :
http://www.LEGOLAND.com.my.

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

11 Disember 2011

Fenomena Gerhana Bulan Malam tadi

As Salam...
Salam Pagi Minggu sumer.... apa xtvt anda sumer buat hari ni..
kt JB hari ni cuaca gelap..mendung and at the end tgh gerimis mengundang....sha baru lepas masak kari... now lepak2 share entry dgn u alls k..
Entry sha pagi ni not about to share my kari resipi..hehe..tapi about gerhana bulan penuh yg terakhir tahun ni yg sumer penduduk di bumi Malaysia ni saksikan malam tadi...kan..Alhamdulilah..
Lepas ni kalau nak tengok lagi,,,Insyallah...tahun 2014...Amin..
Menurut Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad..gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan apabila ia melintasi bayang bumi.
“Gerhana pada malam ini bermula dengan fasa penuh penumbra pada pukul 7.34 malam (waktu tempatan), tetapi kesan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayangan penumbra bumi yang kurang gelap.
“Gerhana jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai pukul 8.46 malam sehingga gerhana maksimum pada pukul 10.32 malam ini.
“Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 10.57 malam dan keluar sepenuhnya pada pukul 12.18 tengah malam tadi,” katanya.
Inilah gambar-gambar yg berjaya dirakam sekitar kejadian malam tadi...
SubhanaAllah ..Maha Suci Allah yg mengatur kejadian dibumi ini dan seluruhnya....
(sumber : Utusan Malaysia Online)

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

09 Disember 2011

Jom Teka...Comelnye

Salam sumer..

mm...xde apa2 nak tulis..tapi jom tengok gambar comel nie...
Cari perbezaannye.... apa yg special tentang gambar ni..and u all comment k....























Comel gak meow ni kan.....:-)

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

05 Disember 2011

Kalau Satu Mampu, Kalau Lebih Satu…

Jom baca kisah lawak jenaka nih...semenjak dua menjak ni sha suka post entry cite2 lawak...:-)

Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan: “Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada ‘girlfriend’ tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!”
“Akikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?” sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja.

Kawan yang peitama itu berkata: “Soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku, Iluv U. Akupun balas I luv U2, Aku tak tulis “too tapi sengaja tulis ‘2′ supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia.
Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang.
Kami semua ‘bantai’ ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa.
Saya kurang pasti sama ada rakan saya itu cuba berhelah dengan isterinya, ataupun berterus terang dengan isterinya. Dan lagi, kami turut menyangka dia berkata benar apabila memberitahu isterinya tidak kisah atau buat tidak tahu dengan apa yang dia beritahu
“Hang jangan dok syok sendiri la, bro! Kalau hang betul-betul berani, hang cakap terus terang dengan bini hang, aku nak tengok,” kata saya, sengaja mencabar.

Apa yang dikisahkan oleh rakan saya, itu adalah helah berbahasa semata-mata. Helah berbahasa tidak ada kena mengena dengan soal berani ataupun sikap jujur dan mahu berterus terang.
Helah berbahasa bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai bohong. Apa yang penting ialah bagi pihak yang menerima mesej itu, sama ada dapat atau tidak ‘menangkap’ apa yang mahu disampaikan.
Setelah reda sedikit ketawa kami mendengar cerita rakan itu, seorang lagi rakan pula ambil alih sidang dengan cerita apa yang berlaku antara dia dengan, isterinya.

Menurut kawan yang kedua itu, pada suatu petang, tatkala dia dan isterinya duduk menghadap cawan teh dan pisang goreng, datang mood dia hendak bergurau ‘kasar’ dengan isterinya.
Maka, dia pun bĂ©rkata: “Orang lelaki, kaiau hanya ada satu isteri, sebenarnya masih tak cukup syarat!”
“Tak cukup syarat? Apa pasal pulak?” tanya si isteri terpinga-pinga.
Menyedari pancingnya sudah mengena, kawan saya itu menyambung: “Memanglah tak cukup syarat. Nama pun is three, mestilah tiga. Kalau is one baru satu, is two masih tak cukup. Hanya is three baru cukup.”

Yakin hujahnya itu masih boleh dilanjutkan untuk menyampaikan maksudnya yang sebenar – kerana apa yang saya tahu, dia sememangnya berhajat malah sudah ada calon pun yang memungggu – kawan saya itu tidak dapat menahanketawa kerana berasa dirinya sudah menang dalam pusingan yang pertama itu.
Namun dia tidak sedar isterinya itu sebenarnya jauh lebih bijak.

“Ok, abang tahu bahasa Inggeriskan? Dalam grammar (tata bahasa) bahasa Inggeris, ada singular (tunggal), ada plural (lebih daripada satu). Kalau singular macam mana abang, apa beza singular dengan plural?”
Maka dijawab oleh si suami dengan penuh yakin, “Kalau singular, tak ada ‘s’. Kalau plural, ada ‘s’.”
“Ok, pandai pun abang ingatkan dah lupa.”
Maka tersengih-sengihlah si suami – sebagaimana yang diakuinya kepada kami – mendengar pujian itu.
Berkata pula si isteri: “Sekarang abang ada berapa isteri?”
“Satu!”
“Abang mampu atau tidak?”
“Mampu apa? Sara awak? Tentulah mampu. Ada awak rasa tak cukup apa-apa lagi?”
“Tidaklahl Saya tanya abang mampu atau tidak? Maknanya abang mampulah ye?”
“Ye, abang mampu!”
“Ok, sekarang isteri abang ada berapa?” tanya isterinya lagi.
“Tanya lagi… satulah,” jawab si suami.
“Ok, satu, mampu tidak ada ‘s’ kan? Kalau lebih daripada satu?”
“Alamak! MAMPUS!”

kan dah terkena..hehe 
Sumber : ceritahot

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

03 Disember 2011

Nak Cerita Pun Malas

Salam sumer...
sha dah lama x tulis kt sini kan..tu le... kalau dah bz...nak cerita pun malas...
apa2pun jom baca kisah lucu pasal penyakit malas nih...hehe
 Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”
Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
 Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” 
Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas...

haha..kwang2...kan dah terkena.... 

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More