Salam Pagi minggu geng blogger...
Cuaca cantik la hari ni.... ditambah dgn pemandangan menghijau dari depan rumah sha yg mendamaikan...hmm..terasa malas nk keluar ke mana2 hari ni...
hehehe..mood pun baik..so pepagi trus nak bwat entry baru la.... jom baca kisah pengacara dan pelakon terkenal Daphne Iking yg telah memeluk islam dan berkahwin dgn jejaka Melayu..
Alhamdulilah...
->
KUALA LUMPUR:
“Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdedah kepada agama ini dan kerana keindahannya, saya tertarik untuk menjadi seorang Muslimah,” kata pelakon dan personaliti terkenal, Daphne Eleanor Iking.
Sebelum ini, gosip mengenai bintang filem Belukar berusia 32 tahun itu memeluk Islam menjadi tajuk hangat di laman web hiburan tempatan. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Daphne menjelaskan kepada media, dia memeluk Islam awal bulan lalu selepas mempelajari selok- belok agama itu, Disember lalu.
“Selepas memeluk agama Islam, saya membuat keputusan berkahwin dengan lelaki pilihan hati, iaitu Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe. Majlis resepsi dilakukan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah 8 Januari lalu.
Menurut Daphne, dia dan Joe adalah rakan kongsi dalam perniagaan.
Katanya, sejak mengenali hati budi masing-masing, mereka tertarik antara satu sama lain dan membuat keputusan menamatkan hubungan yang terjalin ke jenjang pelamin.
Diucapkan tahniah kepada Daphne Iking, semoga dia tabah menjadi saudara baru Islam, dan seorang isteri yang baik buat Azmi. Doakan yang terbaik buat mereka berdua!
sumber : harian metro dan oh bulan.com
6 Komen Anda:
alhamdulillah.. smoga dia mnjadi muslimah sejati..
alhamdulillah.semoga menjadi islam sejati. eh, mcm sama pulak dgn komen yua kat atas ni....
hari tu dengar dia ucap assalamualaikum dalam majlis ASA terkejut gak..rupanya betol dia dah jadi saudara baru.alhamdulillah :)
wah..yeke..alhamdulillah..
Raymond Goh yg baca berita kat TV3 juga sudah 7 tahun jadi Muslim...Alamdulillah
sangat ferfect sekali isi dalam blog ini thanks ya shobb!!
Catat Ulasan