14 Disember 2011

10,000 Langkah Berjalan Kaki

Salam sumer...
hari ni lambat sket nak update entry baru kt sini...
Fikir punya fikir..kenangan @ memori semasa lawatan kerja 2 minggu ke Nagoya, Japan bulan lepas buat sha terfikir tentang jalan kaki ni...
Mana tak...rata2 rakyat Jepun ni kuat berjalan kaki...dan ada yg berulang alik pergi balik kerja sejauh 4km setiap hari dengan hanya berjalan kaki...peh...mana tak rakyatnye rata2 sihat dan panjang umur....
sha baru 2 minggu berjalan kaki kt sana dah mengeluh sakit2 kaki...hehe..
Anyway miss the Japan life ...rasa kalau dok sana terus mesti best... 
But Malaysia still da' best...:-)

Okes2 ...tak nak bebel panjang...
Entry sha kali ni nak cerita sket kat u alls Kebaikan Berjalan Kaki....Kosnye murah dan mudah kan...Kempen utk berjalan kaki ni pun dah diuar-uarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia...
Jom baca kebaikan berjalan kaki ni..

Faedah berjalan kaki
  1. Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
  2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
  3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
  4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
  5. Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
  6. Mengekalkan kekuatan otot.
  7. Mengurangkan risiko osteoporosis
  8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
  9. Mampu meningkatkan keyakinan diri.
 Cara Mudah Untuk Berjalan
Terdapat banyak cara untuk kita melakukan senaman berjalan ini. Apa yang penting ialah kita harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman itu sesuatu yang menyeronokkan.
  1. Sekiranya kita tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba minimakan penggunaan lif. Sebaliknya lebihkan dengan menggunakan tangga. Sekiranya tidak mampu kita boleh menaiki lif separuh jalan sahaja dan seterusnya menggunakan tangga untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.
  2. Letakkan kereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin ditujui. Sebagai contoh, jika kita ke kompleks membeli belah atau ke pejabat, kita boleh meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu masuk. Ini bergantung kepada keadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesulitan yang ketara kepada kita.
  3. Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja.
  4. Bagi yang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi. Ketika berada di umah pula, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsang otot untuk bergerak.
  5. Maksimumkan berjalan kaki sekiranya kita ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contoh kita boleh berjalan untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jiran dan sebagainya. 
  6. Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu
Selamat Mencuba :-)
Sumber : Info Sihat.gov.my

1 Komen Anda:

thanks ya informasi yang telah di publikasikan dalam blog ini, semoga banyak yang berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More