As Salam...
Salam Pagi Minggu sumer.... apa xtvt anda sumer buat hari ni..
kt JB hari ni cuaca gelap..mendung and at the end tgh gerimis mengundang....sha baru lepas masak kari... now lepak2 share entry dgn u alls k..
Entry sha pagi ni not about to share my kari resipi..hehe..tapi about gerhana bulan penuh yg terakhir tahun ni yg sumer penduduk di bumi Malaysia ni saksikan malam tadi...kan..Alhamdulilah..
Lepas ni kalau nak tengok lagi,,,Insyallah...tahun 2014...Amin..
Menurut Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad..gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan apabila ia melintasi bayang bumi.
“Gerhana pada malam ini bermula dengan fasa penuh penumbra pada pukul 7.34 malam (waktu tempatan), tetapi kesan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayangan penumbra bumi yang kurang gelap.
“Gerhana jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai pukul 8.46 malam sehingga gerhana maksimum pada pukul 10.32 malam ini.
“Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 10.57 malam dan keluar sepenuhnya pada pukul 12.18 tengah malam tadi,” katanya.
Inilah gambar-gambar yg berjaya dirakam sekitar kejadian malam tadi...
SubhanaAllah ..Maha Suci Allah yg mengatur kejadian dibumi ini dan seluruhnya....
(sumber : Utusan Malaysia Online)
1 Komen Anda:
thanks ya informasi yang telah di publikasikan dalam blog ini, semoga banyak yang berkunjung ke blog ini.
Catat Ulasan