20 Februari 2012

Perginya Seorang Seniman Negara...

Al - Fatihah...sentap jantung sha waktu dengar siaran berita TV3 mengatakan Latif Ibrahim meninggal dunia akibat sakit Jantung..

Di sini sha mengucapkan Takziah buat ahli keluarga, penyanyi Abdul Latif Ibrahim, 62 atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi, akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

(gambar : credit to google)
Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.
Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).
Semoga roh Allahyarham dicucuri Rahmat dan diletakkan dalam golongan orang-orang yg beriman....Amin


1 Komen Anda:

thanks ya informasi yang telah di publikasikan dalam blog ini, semoga banyak yang berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More