14 Ogos 2010

Buang Bayi Kini Kes Bunuh

Salam Ramadhan Sumer...

Cepatnya masa berlalu..hari ni dah masuk hari ke-4 kita semua umat Islam berpuasa.....

but....dalam kita benar2 dalam erti menghayati bulan ramadhan al-mubarak yg mulia ni...kes buang bayi semakin kerap diperkatakan....Masyallah..apa sudah jadi dgn masyarakat 1Malaysia kita ni...
sedih betul mengenangkan sikecil yg tidak berdosa menjadi mangsa...

Then Khamis lepas bila Datuk Shahrizat Jalil mengumumkan kes buang bayi kini diklasifikasikan sebagai kes BUNUH dan bakal dikenakan hukuman GANTUNG...sha setuju sgt...baru dorang tau bukan senang nak lepas dr kesalahan besar ni....
Jom baca.....


Kabinet hari ini mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata penguatkuasaan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu mendapat persetujuan Jemaah Menteri semalam.
Menurutnya, penguatkuasaan mengikut seksyen tersebut membuktikan kerajaan serius mengekang gejala pembuangan bayi daripada berleluasa.
“Saya telah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan penyiasatan kes pembunuhan bayi mengikut Kanun Keseksaan.
“Kementerian juga akan menerima pakai penukaran perkataan ‘buang bayi’ kepada ‘pembunuhan bayi’. Ini amaran keras bahawa bayi bukannya dilahirkan untuk dibunuh sesuka hati,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan program Penyerahan Bantuan Khas Perbendaharaan dengan nilai bantuan RM2,657,010 kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya di sini, hari ini.
Beliau berkata, arahan terbaru itu diputuskan selepas isu mengenai kes buang bayi dibangkitkan oleh kementerian itu pada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.
Shahrizat berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya.
Sehubungan itu, katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh.
“Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi,” katanya.
Beliau menjelaskan, sebagai tindakan susulan, pihak PDRM telah diminta untuk menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa itu.
Ketua Wanita itu berkata, langkah itu wajar bagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas kes pembunuhan kejam bayi ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal dengan tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu.
Sehingga hari ini, terdapat 60 kes pembuangan bayi dilaporkan.
Beliau berkata, bukan sahaja wanita yang terlibat dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan ini tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.
“Kita sekian lama mengambil pedekatan kebajikan, tetapi saya melihat bahawa walaupun kita ada kempen atau macam-macam program tetapi masih ada pasangan yang sanggup bunuh bayi mereka, saya nak kata, kerajaan tidak akan biarkan perkara ini berlaku,” katanya.
Beliau berkata tidak ada alasan bagi mereka untuk membuang bayi kerana terdapat pelbagai cara telah diwujudkan untuk membantu dan menangani pasangan yang terdesak yang berada di dalam keadaan yang ingin membuang bayi.
Antaranya mereka boleh pergi ke pejabat-pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital, polis dan sebagainya yang terdapat di seluruh negara.
“Sebab itu selepas ini tiada maaf bagimu, ada sahaja kes selepas ini akan diklasifikasikan di bawah kes bunuh,” katanya. -
Petikan dari : MediaUMNO

6 Komen Anda:

setuju sangat klu kes BUNUH sebab doirg pun dengan xde rasa besalah membunuh dan membuang bayi2 tu.....dalam bulas pose pun...gamak diorg buat .....sedih2 tul....r...

pada pendapat saya, terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah ini timbul, pihak berkuasa tends to membuat tindakan secara membabi buta tanpa merujuk kepada fakta or data kajian, mereka memberi cadangan yang dapat membuatkan masyarakat yang berfikiran pendek mengatakan "owh bagusnya tindakan kerajaan ini...saya sokong". they fail to identify the root cause, pro and cons. pada pendapat saya masalah pembuangan bayi adalah akibat SIKAP MASYARAKAT esp melayu yang suka menghukum. Kalau masyarakat tidak menghina, mencemuh, mengutuk mereka yang mengandung anak luar nikah ni, if only masyarakat Melayu kita ni lebih bersifat memaafkan rather than menghukum, none of those yang mengandung anak luar nikah ni akan buang anak mereka. Masyarakat telah mengheret mereka yang telah melakukan zina ni menjadi sesuatu yang lebih teruk iaitu membunuh. Faktor kedua ialah sikap ibu bapa, pada saya ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawap menanam sikap jati diri yang kukuh dalam diri anak2 mereka, apa yang saya lihat orang Melayu (Melayu lagiii) esp yang miskin, anak ramai betul, bila tanya kenapa mereka tak rancang keluarga, jawapan ini sering didengar "anak tu kan rezeki" ya memang lah rezeki, tapi rezeki takkan melayang depan mata ikut sekali dengan anak2 tu, kalau kondom pun tak mampu nak beli inikan pula nak bela anak, bila dah beranak ramai2 kerja lah pagi petang siang malam, anak buat apa langsung tak ambil tahu, anak tak dapat perhatian dan kasih sayang so they seek it from their friends, kalau dapat kawan yang baik, baik lah jadinya. jadi faktor penyumbang yang seterusnya ialah faktor ibu bapa yang tak sedar diri, tak mampu tapi nak anak. Ingat, anak2 tak choose to have u, u choose to have them, kalau rasa tak mampu nak sediakan makan minum dan kehidupan yang baik untuk anak2 baiklah sekiranya jangan ada anak, or kukuhkan ekonomi terlebih dahulu

Jadi saya rasa Sharizat sepatutnya think of the root cause and exact measure to address this problem bukan cakap apa yang masyarakat nak dengar. Sebagai contoh subjek Munakahat kat sekolah agama tu, patut tak payah ajar pun macam tak pe kot, coz masyarakat sekarang dah lebih advance apa kata masukkan subjek keibubapaan, dengan cara ni remaja lebih sedar apa yang bakal diorang hadapi dan lebih menghargai ibu bapa diorang. Subjek kursus nikah pun sama, ni asyik2 seks seks seks, rukun iman rukun islam, semua benda ni sepatutnya dah menjadi amalan bukan untuk dihafal, tak kan time tu nak kawin time tu baru nak kenal apa rukun iman, rukun islam dan mandi wajib? ilmu keibubapaan ni, masih baru bagi mereka yang nak kawin ni so ini yang patut diberi keutamaan. Saya datang dari broken family, 3 adik beradik, tapi saya bersyukur mendapat ibu bapa yang sangat bagus walaupun mereka dah bercerai, keluarga kami tak kaya, tapi kami bahagia, saya berjaya menjadi seorang jurutera, adik kedua saya seorang pensyarah dan yang ketiga seorang doktor, kami semua dah kawin, tapi non of us involve in a sex before marriage? why? ibu bapa kami sangat prihatin, kami mendapat kasih sayang walaupun dari segi material kami agak terbatas, dan faktor yang paling penting ialah jati diri yang telah ditanam dalam jiwa kami sejak kecil. saya kesal dengan penguguman kerajaan yang seolah2 mengambil jalan mudah, cakap dengan penuh perasaan seolah2 macamlah dia care sangat, cakap pun just untuk memancing undi, cakap kosong tanpa berlandaskan fakta2 yang kukuh. then what about pesalah rogol, lagilah teruk, perogol2 ni dah bunuh masa depan perempuan yang dia rogol tu, tapi tak kena hukum bunuh pun, dok penjara goyang kaki makan pagi petang siang malam, kena libas dua tiga kali...and then...out u go

kalau kononnya hukuman ini adalah seperti yang dianjurkan oleh agama Islam, saya nak kesalahan rogol, mencuri, menipu juga diberikan hukuman hudud. Lagipun yang buat kesalahan buang bayi ni, dia masih mentah, muda sangat, kalau dia dah kerja dan ada pendapatan mungkin dia akan mengambil tindakan menggugurkan kandungan di klinik2 swasta or p Singapore untuk gugurkan kandungan, mereka masih terlalu muda untuk dihukum bunuh, kalau nak hukum bunuh pun bunuh lah those yang memang tak diingini dalam society contohnya seperti, suami yang simbah asid pada isteri dan anak2 sebab isteri tak bagi duit, perempuan yang berkomplot dengan boifren Sudan hitam yang rogol dan liwat anaknya, kaki buli Maktab Tentera yang buli org sampai mati, para2 gangster, pemandu bas sekolah tak sedar diri yang suka rogol anak org, these are the people who deserve to die.

dah banyak sangat kes buang bayi nih, terpaksa la keluarkan hukuman camnih. dah xleh nak bendung lagi dah nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More