27 November 2013

Che Ta janda termahal bakal berkahwin dgn Zain 11.12.13

Wah...heboh sangat sekarang mengenai berita perkahwinan janda kontroversi Malaysia Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta dgn jejaka muda, Zain Saidin.
Kelmarin mereka telah mengumumkan tarikh bernikah pada 11.12.13...cantiknya susunan nombor tarikh ni...semahal tajaan perkahwinan mereka sehingga 13 juta ringgit daripada pelbagai pihak.
Zain dan Che Ta mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember 2013 depan iaitu pada Rabu di Gazebo Setia City Convention Centre selepas solat maghrib. Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvesyen Setia City pada pukul 8 malam. Bagi majlis berinai akan diadakan di Ngah Mahligai, dekat sini pada 10 Disember 2013, pukul 8 malam. Tambah Rozita, dia akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin berjumlah RM9,300 selain cincin nikah bernilai RM93,000.
Hak ekslusif penyiaran pernikahan dan perkahwinan termahal dan mewah ini confirmed milik syarikat berbayar terkenal, Astro.

(gambar : ikhsan dari google.com.my)

All the best Che Ta dan Zain yea..moga rumahtangga yg dibina kekal hingga anak cucu..


0 Komen Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More