26 November 2013

Johor Tukar Cuti Mingguan Kepada Hari Jumaat Bermula 1 Januari 2014

Belum terlambat untuk sha - salah seorang anak jati Johor apabila menerima titah Sultan Johor Sempena Sambutan Hari Keputeraan baginda di Muar pada Jumaat lepas - 22hb Nov'13 bahawa Negeri Johor darul takzim akan bertukar hari cuti dari Sabtu & Ahad kepada Jumaat & Sabtu.

Berita ini akhirnya disahkan oleh Sultan Johor iaitu DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 23 November 2013. Baginda menitahkan supaya cuti mingguan bagi negeri Johor dan seluruh jajahan takluknya ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014. 

                                                                         Sultan Johor 
                                       DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Daulat Tuanku

Jadi dengan ini, cuti mingguan negeri Johor dan seluruh jajahan takluknya sah bertukar dari Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.


 




0 Komen Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More