Salam Geng Blogger...
Selamat Pagi .....
hari ni sha nak share info tentang cium anak pun boleh dapat pahala tau...
Jom kita baca ea...happy reading...
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
(gambar ihsan cik google)
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Alangkah baiknya jikakalau kita semua dapat mengambil iktibar daripada kisah ini.
Sudah tentunya semua ibu/bapa dan juga kepada mereka yang akan bergelar ibu/bapa akan menyayangi anak-anak mereka dengan penuh kasih & sayang kerana ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt itu amatlah besar.
Sudah tentu penyakit-penyakit sosial yang berlaku pada masa ini seperti kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi tidak akan berlaku dikalangan masyarakat kita.
3 Komen Anda:
hari ni ada berita psl cekik anak pulak
manusia tak pernah sedar kan..
menziarah ain di sini : mesra klik
betul tu Ain....mcm2 dah jadi skrg..umat manusia akhir zaman dah ni....
informasi dalam blog ini sangat bagus dan layak untuk di baca semua pengunjung yang hadir ke blo ini. thanks ya informasinya
Catat Ulasan