Salam...
hari isnin rasa betul2 malas nak ke office...
dah sampai office...adusss..monday blues betul la....
tetiba dapat junk email dr kengkawan office....lawak kelakar plak tu..
hilang jap kebosanan ni...
Jom baca sesama....
Nenek yang nazak
Seorang nenek nazak didatangi Mudhin, tiba2 nenek terketar2 dan meminta kertas dari Mudhin. Setelah menulis , diberikanya kepada Mudhin.
Selang seminggu kematian neneknya , Mudhin pun memberitahu ahli keluarga supaya berkumpul.
'Sebelum arwah meninggal ada ditinggalkan wasiatnya pada saya'.
Mudhin pun membaca surat yg berbunyi: 'Woit Mudhin, jgn pijak getah oksigen tu, aku tak dapat bernafas, nak kiok dah ni!!'
Kisah sedih lelaki sengau
Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas
'Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? ' (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
'kenapa awak diam tadi? kesian dia...'
Pemandu itu pun menjawab: 'Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........'
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)....
Maaf cik, permohonan anda ditolak
Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan Sekretari yang diinginkan, lalu beliau menugaskan stafnya Budin untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada...Pengarah tersebut mengarahkan Budin menolak semua calon yang tinggal. Dengan yakinnya Budin melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.
Budin : 'Kamu memohon sebagai apa?'
Calon 1 : 'Sekretari'
Budin : 'Kamu merasa cantik ke tak?'
Calon 1 : 'lebih kurang macamtu la'
Budin : 'Permohonan Kamu tidak diterima.'
Calon 1 : 'Sebabnya?'
Budin : 'Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok...'
Calon 1 : 'Sebenarnya saya merasa tidak cantik'
Budin : 'Makin lah saya tidak terima.'
Calon 1 : 'kenapa pulak ?'
Budin : 'Buat sakit mata aje'
Calon berikutnya...
Budin : ' Kamu ada pakwe?'
Calon 2 : 'Ada..'
Budin : 'Di mana?'
Calon 2 : 'Di luar negeri.'
Budin : 'Permohonan Kamu tidak diterima.'
Calon 2 : 'Alasannya?'
Budin : 'Nanti kamu hanya bermain telefon dengan pakwe.. dan bil melambung'
Calon 2 : 'tapi Minggu depan pakwe saya sudah pulang.'
Budni : 'Makin lah saya tidak terima.'
Calon 2 : 'Alasannya?'
Budin : 'Laa.. nanti kamu selalu ponteng untuk berjumpa pakwe kamu.
Jual Telur
Pembeli: 'Dik, telur sekilo berapa?'
Penjual: 'Telur ayam atau telur itik?'
Pembeli: 'Telur ayam.'
Penjual: 'Telur ayam biasa atau ayam kampung?'
Pembeli: 'Ayam biasa.'
Penjual: 'Yang tempatan atau yang import?'
Pembeli: 'Yang tempatan.'
Penjual: 'Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?'
Pembeli: 'Yang Ipoh lah...' (Sambil terlihat kesal).
Penjual: 'Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?'
Pembeli: 'Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?'
Penjual: 'Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan.Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
Kwang kwang....happy reading..
Guna steroid baru badan jadi ??
2 hari yang lalu
1 Komen Anda:
kepuasan saya dari mencari informasi baru terwujud setelah meluhat dan membaca isi dari blog ini dan sekarang syukur masalah saya sudah selesai. thanks ya informasinya
Catat Ulasan