Salam...
Hari ni seawal jam 3pagi sha dah bangun tau...
Jgn x tau..papa last minute go to his fishing trip nearest to Pulau Batu Putih..ala...dah dekat2 area perairan S'pore tu....lepas maghrib baru balik le jawabnya....ari ni seharian tinggal berdua dgn Ami jek la jawabnya....
So, sha siapkan simple bekalan pagi dia... sandwich yg intinya telur + susu HL rendah lemak...
yummy..but sorry x sempat ambil gambar....
Then, dah lama x tulis resipi yg best2 kt sini...lps solat subuh teringat nak gatal2 tangan kt sini..
Jom kita tgk apa menu yg sha nak share dgn korang...
Puding roti sos kastard
Bahan-bahan ( 1 happy family )
Bahan A* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter – cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
* 1 s/b buah pala *(optional)
Bahan C-kuah
* 1 tin susu cair
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula
Cara-cara : 1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
3. Bakar dalam suhu 180′C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
HAND MADE CHICKEN NUGGET
Bahan-bahan :700 gram ayam mince
200 gram serbuk roti
2 biji telur
garam dan lada sulah secukup rasa
telur dan serbuk roti for coating
Cara-cara:
- campurkan ayam, telur, lada sulah dan garam serta gaul sebati. pastikan benar2 rata sebelum masukkan serbuk roti
- setelah rata, masukkan serbuk roti dan uli hingga sebati
- bentuklah mengikut kegemaran anda nugget ini. kreatifkan bentuk2nya supaya anak2 anda lebih berminat untuk makan nanti…
- celupkan dalam telur yg dipukul sedikit kemudian coat dengan serbuk roti. Ulanglah hingga selesai.
- gorengkan dalam minyak yg sederhana panas dan elakkan dari terlalu garing kerana ia boleh menyebabkan nugget anda menjadi kering dan tidak juicy.
- simpan yang berlebihan dalam peti sejuk beku serta dijadikan sebagai frozen food. Nah anda dah boleh buat frozen food sendiri. Boleh goreng bila2 saja nak makan
BUTTERED PROWN
Bahan-bahan ( 1 family kecil ) * 400gm udang sederhana besar-buang kepala dan belah belakangnya* 3 sudu besar butter
* 3 biji telur kuning-dipukul sedikit (ana guna 2 kuning dan 1 telur putih)
* 4 cili api-dipotong2 (jgn potong kalau anak2 nak makan sama kut pedas)
* 2 tangkai daun kari
* 1/4 cawan susu cair (ana guna fresh milk)
* 2 ulas bawang putih-dicincang
* pepper, gula n garam
Cara-cara
1. Panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tambah butter selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih. kacau.
3. Masukkan telur, kacau selalu. (boleh juga titikkan guna hujung garfu bg mendapatkan tekstur telur yg halus mcm kat restoren tu)
4. Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api dan perasa2 sambil kacau selalu.
5. Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing. Boleh dimakan dengan nasi putih.
Selamat Mencuba...
Sumber dipetik dan diubahsuai dr : MyResipi
3 Komen Anda:
yummy..
(**.)
jom cuba
kepuasan saya dari mencari informasi baru terwujud setelah meluhat dan membaca isi dari blog ini dan sekarang syukur masalah saya sudah selesai. thanks ya informasinya
Catat Ulasan