05 Mac 2011

Perbualan dalam pesawat buka hati warga Australia anuti Islam




Berikut perbualan antara Ustaz Dr Jamnul Azhar Haji Mulkan dengan warga Australia, Smith Johnson, yang mengagumi teknologi zaman Firaun yang membuat piramid dan bertahan hingga kini.

""Adakah awak lihat tiang langit?''

""Tidak!''

""Kalau Firaun membina piramid dengan menggunakan satu tiang, Tuhan menggantung langit tanpa tiang!''


Al-QURAN sifatnya mencabar, bukan hanya pada sains, malah semua bidang ilmu. Ini kerana Al- Quran adalah mukjizat, Kalamullah, bukan karangan manusia.

Atas dasar inilah, Ustaz Dr Haji Jamnul Azhar Haji Mulkan, memulakan ceramah beliau yang berjudul Al-Quran Mencabar Sains di Audiorium Madrasah Aljunied Al-Islamiah pada 2 Jun lalu sempena Mahrajan Penghayatan Al-Quran madrasah tersebut.

Menyampaikan ceramah dalam bentuk bercerita, Ustaz Jamnul menceritakan pengalamannya menaiki pesawat dari Kahirah ke Singapura beberapa tahun yang lalu. Di dalam pesawat, beliau duduk di sebelah seorang warga Australia yang bernama Smith Johnson.

Encik Johnson memberitahu Ustaz Jamnul bahawa beliau berasa kagum dengan teknologi zaman pemerintahan Firaun. Piramid-piramid yang dibina ribuan tahun dapat bertahan sampai sekarang.

Beliau juga kagum kerana piramid yang didirikan dengan hanya menggunakan satu tiang sahaja. (Tidak disebut tenaga paksa golongan hamba yang digunakan untuk mendirikannya).

Ustaz Jamnul lalu menyuruh Smith Johnson memandang ke luar jendela dan melihat langit.

""Adakah awak lihat tiang langit?'' tanyanya kepada Smith Johnson.

""Tidak!''

""Kalau Firaun membina piramid dengan menggunakan satu tiang, Tuhan menggantung langit tanpa tiang!''

Al-Quran, jelas Ustaz Jamnul, bukanlah sebuah buku sains. Bagaimanapun,banyak perkara sains disentuh secara tidak langsung.

""Al-Quran diturunkan agar manusia menggunakannya sebagai panduan menyembah Allah. Bagaimanapun, banyak ilmu sains tergarap di dalamnya.

""Ada pihak orientalis, termasuk Smith Johnson, yang mengatakan Al-Quran itu ciptaan Nabi Muhammad saw. Allah swt mencabar manusia agar mencipta satu ayat yang setanding dengan Al-Quran tetapi ternyata manusia gagal,'' kata beliau.

""Namakan apa jenis ilmu sahaja, Al-Quran akan mencabarnya kerana ia adalah mukjizat. Ini termasuk ilmu sihir. Apakah Nabi Musa as bermain sihir apabila tongkat beliau menjadi ular?

Tidak! Dengan mukjizat Tuhanlah, tongkat beliau menjadi ular.''

Menurut Ustaz Jamnul, ramai orang bukan Islam, seperti Encik Johnson ketika ditemui membaca Al-Quran, tetapi belum terbuka hati untuk memeluk agama Islam dan mempersoalkan hukuman yang ditetapkan oleh Islam untuk orang yang melakukan perbuatan zina dan mencuri.

Ustaz Jamnul mengambil kesempatan menjelaskan kepada Encik Johnson bahawa hukuman itu tidaklah kejam seperti yang disangka. Umpamanya, sebelum seseorang pencuri itu dihukum, 20 syarat perlu dipenuhi.

""Pisau misalnya mesti tajam agar penerima tidak terlalu terseksa. Orang yang memotong memakai tudung hitam dan tidak boleh bersuara. Ini adalah untuk menjaga keselamatannya pada kemudian hari. Ambulans sudah bersedia. Yang menerima hukuman, rela dengan hukumannya, dan sebagainya.''

Encik Johnson akhirnya sedar bahawa beliau berhadapan dengan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar dalam bidang perubatan. Setiap pertanyaannya dapat dijawab dengan munasabah oleh Ustaz Jamnul.

Walaupun Ustaz Jamnul berada dalam fakulti perubatan, beliau berkata bahawa bukan sains atau perubatan yang menyembuhkan pesakit. Pesakit diberi ubat oleh doktor. Ubat itu adalah sebagai perantaraan. Yang menyembuhkan ialah Tuhan.

Sampai di Singapura, Ustaz Jamnul menukar pesawat ke Pulau Pinang sementara Smith Johnson menukar pesawat untuk ke Melboune, Australia.

Setahun kemudian, mereka berjumpa di Lapangan Terbang Subang. Beliau berjubah dan isterinya memakai purdah.

""Saya menangis apabila beliau memberitahu saya bahawa beliau sudah memeluk agama Islam!

""Mungkin perbualan saya dengan beliau dalam pesawat dari Kaherah ke Singapura telah membuka hatinya untuk lebih mendalami Islam dan akhirnya menjadi penganutnya,'' kata beliau.



Sumber : forward email from geng office

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

27 Februari 2011

Daphne Iking Sudah Peluk Islam & Berkahwin!

Salam Pagi minggu geng blogger...

Cuaca cantik la hari ni.... ditambah dgn pemandangan menghijau dari depan rumah sha yg mendamaikan...hmm..terasa malas nk keluar ke mana2 hari ni...
hehehe..mood pun baik..so pepagi trus nak bwat entry baru la.... jom baca kisah pengacara dan pelakon terkenal Daphne Iking yg telah memeluk islam dan berkahwin dgn jejaka Melayu..
Alhamdulilah...


Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

26 Februari 2011

GIGITAN JANTUNG

INI SATU PERINGATAN BUAT KAWAN YANG TERSAYANG,ELAK KAN TERKENA SINDROM GIGITAN ASMARA ATAU DGN
PERKATAAN LAIN GIGITAN DRAKULA….heh..heh.. betui ka ni.. 

Sekarang ‘love bite’ bukan saja sesuatu yang menyeronokkan tapi juga boleh bawa maut..so berhati2 di jalan raya....

Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.

Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami stroke....

So..jgn sebarang main gigit...silap ari sakit jantung pulak menyerang....huhu...



Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

24 Februari 2011

Aku Mahu Tinggalkan Dunia Dalam Sujudku

Salam Geng...
Hari ni bosan..byk issue kt office..pastu dapat lak email forward dr geng office..
baca yok.... kisah yg menyentuh hati sampai sha mengalirkan airmata...bacalah sebagai santapan tazkirah di hari jumaat....

Madinah Al-Munawarah
(gambar : ikhsan cik google)

Suatu malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: “Ayah… sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!”

Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.

Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: “Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan…”

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.
Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: “Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?”
Malaikat-malaikat itu menjawab:

“Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu.”
Aku bertanya lagi: “Di mana ayahandaku?”

Malaikat-malaikat menjawab: “Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!”
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: “Selamat datang wahai puteriku!”
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
“Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?”

Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang.

Ayahanda berkata: “Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah… engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi…”

Aku berkata: “Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda.”
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu…

Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, “Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!”

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun…

-----------------------
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi’ di Madinah. 


Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More