Salam Geng Blogger...
Today sha nak share sket menu for minum petang...apalagi baru lepas hujan mcm kt tempat sha ni...
tapi boleh consider breakfast menu gak....Biasanya kita beli roti canai kan...or makan kt kedai..xpun beli yg segera dan panaskan...
But, today mari le kita belajar cara2 buat roti canai yg original ni...
Jeng..Jeng....Jom jom kita cuba buat...caiyoooooooooooo
ROTI CANAI
Bahan-bahan ( 12 keping ) :
*550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 telur-50gm
*3 sb susu pekat-60gm
*1 sk garam-6gm
*1 sk butter/margerin-15gm: kalau nak yg rapuh, lebihkan butter
*1-2 sb tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara :
1.masukkan bahan kedalam bekas, kacau hingga sebati
2.masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
3.uli hingga jadi doh
4.rehatkan doh selama 10min
5.uli lagi selama 5min
6.ulang step 4&5 sebanyak 3 kali. Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
7.advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
8.bentuk bulat2. produce 12 depending on the size. salut dgn margerin. perap 3hrs or more .
9.ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min utk mengelakkan mengecut bila di tebar.
10.ambil satu keping yg telah di nipiskan & diperap, bolehlah di kibar atau di tarik2. utk mengelakkan koyak, tangan mesti sentiasa berminyak. bila dah cukup nipis, renjiskan byk skit minyak, dah lipat. kalau kurang minyak , nanti kering.
11.panaskan pan dgn api sederhana.. taruk sedikit minyak. masak hingga perang. sambil terbalikkan roti, hendaklam sentiasa di renjis minyak diatas roti.
doh boleh disimpan dlm fridge up to 2 days
Tips: terlebih uli, doh akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that’s why process uli & rest di ulang 3 kali.
Jumlah kalori : 101 - 400 kcal
Selamat Mencuba.....
1 Komen Anda:
kepuasan saya dari mencari informasi baru terwujud setelah meluhat dan membaca isi dari blog ini dan sekarang syukur masalah saya sudah selesai. thanks ya informasinya
Catat Ulasan