25 Mei 2010

Talbinah - Rahsia Pemakanan Kesihatan & Perubatan dari Sunnah Nabi SAW

Salam Blogger...
Hari ni sha nak share info about new product Talbinah - Minuman Kesihatan Sunnah
Jom kita baca k...

APA ITU TALBINAH

  • Tabinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare) bersama kulitnya, ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis.
  • Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti warna susu .Ia digunakan sebagai pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif pelbagai penyakit kronik masa kini yang sukar dirawati melalui kaedah moden.
Sabda Nabi SAW maksudnya: “Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

KANDUNGAN TALBINAH
Talbinah mengandungi bahan-bahan seperti :
* Glucane yang berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam darah
* Vtamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesis kolesterol
* Potasium yang berfungsi menurunkan tekanan darah
* Melatonin yang berfungsi menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser dan mengubati kemurungan
* Lysine yang berfungsi membangun kesihatan tubuh, Mineral-mineral yang berfungsi membangunkan kesihatan tubuh, mencergaskan sistem ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar
*Serat (fiber), vitamin-vitamin A,C ,D,E dan B Complex serta bahan-bahan lain yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Faedah-faedah dan Khasiat Talbinah dalam Hadis Nabi SAW:
1. Menenangkan hati pesakit :
Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, sifatnya lembut dan mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenagkan hati pesakit. Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru sembuh daripada penyakit, iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan di antara sakit dan sembuh (an-Naqahah). Dalam satu riwayat daripada Imam Ahmad, yang bermaksud: Aisyah RA telah berkata “Adalah Nabi SAW apabila diberitahu kepadaNya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah SAW “Hendaklah kamu menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya”. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

2. Membantu menghilangkan kesedihan dan kemurungan (Depression):
Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah. Diriwayatkan bahawa Aisyah RA apabila berlaku kematian dikalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian sediakan roti dari Syaeer (Tharid) lalu dituang Talbinah ke atas Tharid tersebut, lalu ia berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir: makanlah roti ini kerana saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dan Nabi SAW bersabda tentang Talbinah ini, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan hati pesakit sebagaimana kamu membersihkan kotoran dari mukanya dengan air. (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmizi di mana Tirmizi berkata hadis ini adalah Sahih).

3. Merawat penyakit-penyakit pada sistem penghadaman:
Talbinah dapat menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta menghilangkan kesakitan
Rasullah SAW telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya tidak sedap. Talbinah dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit yang lama, mengawal dari kanser usus, mengawal daripada penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak, vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh) dan merawat kegemukan serta penyakit-penyakit merbahaya yang lahir dari kegemukan.

4.Mengawal daripada penyakit kanser dan melambatkan penuaan:
Oleh kerana Talbinah kaya dengan serat (fiber), antioksidan dan vitamin, maka ia boleh mengatasi masalah pergerakan Oksigen yang bergerak secara bersendirian dalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti Waskingson di Amerika membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya dalam Talbinah juga membantu mengawal penyakit kanser.

5. Talbinah mengatasi penyakit darah tinggi:
Penyakit darah tinggi ialah keadaan di mana tekanan darah berlaku ke atas dinding saluran-saluran darah. Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi menyeimbangkan garam dan air dalam tubuh. Selain itu Talbinah berfungsi melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.

6. Talbinah dapat menurunkan kadar gula dalam darah
Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan fiber yang tidak boleh larut (Soluble Fibers & Insoluble) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan lemak dalam darah.

7. Talbinah dapat mengatasi penyakit kesukaran tidur (Insomnia):
Talbinah dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana ia mengandungi hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur. Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut yang menghalang Insomnia.

Lain2 khasiat termasuklah :-
Talbinah menguatkan sistem ketahanan tubuh
Menguatkan hafalan dan merangsang memori
Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah

CARA PENYEDIAAN TALBINAH
Masukkan satu pek Talbinah segera ke dalam secawan air panas yang telah mendidih ( 250 ml ), kemudian dikacau sehingga larut. Biarkan seketika supaya ia suam sebelum ianya diminum.
Talbinah segera juga sesuai dicampur ke dalam masakan seperti sup ayam/daging dan juga pelbagai masakan lain untuk menambahkan lagi khasiat pemakanan anda seharian.
Untuk mendapat kesan maksima Talbinah, disyorkan agar pengambilannya adalah sebanyak dua kali sehari, sewaktu perut anda masih kosong iaitu sebelum makan pagi dan makan malam. Ia sesuai sebagai hidangan untuk seisi keluarga samada dewasa mahupun kanak-kanak.

Kuantiti Setiap Kotak : 15 Uncang
Berat Bersih : 25 Gram Setiap Uncang

SO, u all dah tahu sedikit sebanyak kebaikan dan kelebihan TALBINAH bolehlah mencubanya...insyallah setiap penyakit ada ubatnya..
Sekiranya berminat….bolehlah hubungi Sha k...hehehe
Sumber dipetik dari :

1 Komen Anda:

kepuasan saya dari mencari informasi baru terwujud setelah meluhat dan membaca isi dari blog ini dan sekarang syukur masalah saya sudah selesai. thanks ya informasinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More