29 Jun 2010

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.
" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak  tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari
(Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai.
(Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka ..
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Semoga yg baik kita jadikan amalan dan yg kurang baik dijadikan sempadan...
Happy Reading...

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

28 Jun 2010

Lawak jenaka

Salam...
hari isnin rasa betul2 malas nak ke office...
dah sampai office...adusss..monday blues betul la....
tetiba dapat junk email dr kengkawan office....lawak kelakar plak tu..
hilang jap kebosanan ni...
Jom baca sesama....

Nenek yang nazak

Seorang nenek nazak didatangi Mudhin, tiba2 nenek terketar2 dan meminta kertas dari Mudhin. Setelah menulis , diberikanya kepada Mudhin.
Selang seminggu kematian neneknya , Mudhin pun memberitahu ahli keluarga supaya berkumpul.
'Sebelum arwah meninggal ada ditinggalkan wasiatnya pada saya'.
Mudhin pun membaca surat yg berbunyi: 'Woit Mudhin, jgn pijak getah oksigen tu, aku tak dapat bernafas, nak kiok dah ni!!'

Kisah sedih lelaki sengau

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas
'Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? ' (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
'kenapa awak diam tadi? kesian dia...'
Pemandu itu pun menjawab: 'Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........'
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)....

Maaf cik, permohonan anda ditolak

Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan Sekretari yang diinginkan, lalu beliau menugaskan stafnya Budin untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada...Pengarah tersebut mengarahkan Budin menolak semua calon yang tinggal. Dengan yakinnya Budin melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.
Budin : 'Kamu memohon sebagai apa?'
Calon 1 : 'Sekretari'
Budin : 'Kamu merasa cantik ke tak?'
Calon 1 : 'lebih kurang macamtu la'
Budin : 'Permohonan Kamu tidak diterima.'
Calon 1 : 'Sebabnya?'
Budin : 'Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok...'
Calon 1 : 'Sebenarnya saya merasa tidak cantik'
Budin : 'Makin lah saya tidak terima.'
Calon 1 : 'kenapa pulak ?'
Budin : 'Buat sakit mata aje'
Calon berikutnya...
Budin : ' Kamu ada pakwe?'
Calon 2 : 'Ada..'
Budin : 'Di mana?'
Calon 2 : 'Di luar negeri.'
Budin : 'Permohonan Kamu tidak diterima.'
Calon 2 : 'Alasannya?'
Budin : 'Nanti kamu hanya bermain telefon dengan pakwe.. dan bil melambung'
Calon 2 : 'tapi Minggu depan pakwe saya sudah pulang.'
Budni : 'Makin lah saya tidak terima.'
Calon 2 : 'Alasannya?'
Budin : 'Laa.. nanti kamu selalu ponteng untuk berjumpa pakwe kamu.

Jual Telur

Pembeli: 'Dik, telur sekilo berapa?'
Penjual: 'Telur ayam atau telur itik?'
Pembeli: 'Telur ayam.'
Penjual: 'Telur ayam biasa atau ayam kampung?'
Pembeli: 'Ayam biasa.'
Penjual: 'Yang tempatan atau yang import?'
Pembeli: 'Yang tempatan.'
Penjual: 'Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?'
Pembeli: 'Yang Ipoh lah...' (Sambil terlihat kesal).
Penjual: 'Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?'
Pembeli: 'Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?'
Penjual: 'Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan.Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Kwang kwang....happy reading..

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

27 Jun 2010

MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?



MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?  
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
 2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
 3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelAki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
 5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir". "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ....namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
DI DLM BERSAHABAT...
Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-
1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt
tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4 ... Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikirkan kesanya kepada sahabat
8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.
Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa kita memikirkan kesannya kepada sahabat kta
9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat
bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain
10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
11 . Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri.. Jikalau dia mengomel, dengar dan angguk..itu lebih baik drp membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan
12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri
dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"  Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

26 Jun 2010

Dapat AWARD laaa

Salam malam....
Petang2 tadi sha x sempat nak berblog....blogwalking pun tidak...
maklum la...jiran sebelah rumah sha ni malam tadi meninggal dunia.....kesian pakcik tu...sakit jantung...
so dari malam tadi...hingga la kenduri arwah....sha dgn papa ada involved la...dah jiran namanya kan..
semoga rohnya dicucuri rahmatMu Ya Allah...
Balik kenduri rumah sebelah....terus bukak blog..tgk2..wah ada orang bagi sha AWARD la.....
ni le 1st time sha dapat tau...nak tau dari sape.....dari EPUL..thks yea Epul..coz bagi award yg pertama2nya buat sha ni...
Jom tgk award apa sha dapat.....
So, sha nak tag kt 5 orang mommy/mama/ibu utk ambil award nice ni...

Sebelum ambil award ni..nyatakan the best birthday party or majlis harijadi yg paling best dan meriah anda pernah buat untuk anak anda.....berserta gambarnya sekali.....maklum le this year..buah hati pengarang jantung sha nan satu tu...Muhammad Ammar Fahmi next month akan berusia 4 thn pada 24hb July nanti....
nak cari idea la ni..ahaksssss......
jom jom....
1. Comel
2.Mommywhite
3.Kuazue
4.MumyAyu
5.IbuArifa

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Sarapan Hari Ni

salam...hari ni hari sabtu....weekeend...syoknya x keje.....
actually sha mmg weekend x working....lepas subuh ni terfikir nak buat sarapan apa ek....
sha dapat menu yg ringkas dan lain dari yg lain..... jom lihat..mana tau leh cuba...  
ROTI BAKAR ALAF BARU
 
Ambil roti putih (x kira jenama gardenia, white dll)
buat 2 keping..lapisan atas dibuat bulatan spt di atas
Lapisan bawah disapukan dgn mayonis
Pecahkan telur...
Goreng atau masukkan dalam pembakar dan masak 3 minit...
Taraaa..dah siapkan..hiaskan dgn lada sulah dan daun ketumbar...siap dimakan..yummy
Sumber dipetik dari : Buayamerah.blogspot...
Selamat Mencuba...



Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

25 Jun 2010

Ayat al-Quran, doa tangani kerenah anak

Salam Kengkawan..
Naluri keibuan yg ada membolehkan sha sharing something yg special pada petang jumaat yg indah ni...
Email ni sha dapat dari forward kawan-kawan di office...

Doa dan ayat A-Quran utk menangani kerenah anak2 kita....iaitu permata hati kita..
Marilah kita hayati dan amalkan bersama2..mudah2an..

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.
Di sini, dikongsikan doa yang biasa amalkan dalam menangani kerenah anak sendiri dan anak jagaan di taska dan tadika. Ia adalah kumpulan doa yang dipetik hasil daripada pembacaan selama ini, terutama daripada Nasiyah Abdul Razak, pengasas Rumah Qiraati Nurhidayah, Taman Melawati Selangor.


1.Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran,
Baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura
bermaksud: “Allah Ma! ha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran
bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

2. Mendapatkan zuriat yang baik
Elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud:
“Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: W ahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap mestilah kerap diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Selepas solat lima waktu, amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi ana! k-anak.
Doa itu senjata mukmin.

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

24 Jun 2010

Kisah Benar-melawat Jenazah

Salam Geng BloggerKu ...
Hari ni sha nak share tentang ksiah benar melawat Jenazah....
especially yg ada anak2 kecil ni.....
Jom baca...semoga kita mengambil iktibar darinya...mana yg baik jadikan sempadan....yg buruk jadikan tauladan...
Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. ...

Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang... . please take note of this for our own good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar
baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula
menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.
Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut.
Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.
Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa
petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning.
Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi
saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari
ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat.
Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.
Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur
kerana bayi saya sudah pandai bertatih.
Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan
rumah tu tak ada waris.
Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup)
dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal.

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

23 Jun 2010

Kelebihan menamakan anak 'Muhammad'

Salam Geng...
Jom baca fadhilat menamakan anak dgn permulaan nama Muhammad..

Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagi
anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad mudah-mudahan menggalakkan
orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu nama-nama itu.
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :
 "Akanberdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar
lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga
makaberkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak
masuksyurga?
Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklahkedua-dua kamu
ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang
namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka." Dan telah
diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari
Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang
namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung
kepada Nabi Muhammad saw."
Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah suatu yang
berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun mengangkat
kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman : "Saksikanlah
bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama
Muhammad"
Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah berkata : "Tidak ada
suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang yang
namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah itu dua
kali ganda."
Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi
saw yang telah bersabda : "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung
dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu
Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika
ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah
Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu"
Telah bersabda Nabi saw lagi : "Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad
maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam
sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya."

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

21 Jun 2010

Tidur Banyak! Mati Cepat!

 SALAM geng..
hari ni waktu siang x sempat sgt nak blogwalking atau menulis sesuatu..maklum le bz kt office..
then....monday blues...... byk betul issue nak disettlekan....
Jom baca apa yg sha nak share hari ni pasal TIDUR...

Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan membuat Anda dicap sebagai pemalas tapi juga membuat Anda cepat mati.
Wah....!
Penelitian yang dilakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang relawan dari beberapa negara bagian di Amerika, dan berhasil mengungkapkan bahwa orang yang tidur lapan jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal lebih cepat. Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur sembilan jam sehari. Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai sepuluh jam sehari, yaitu mencapai 34%.

 Mengapa tidur lebih dari lapan jam sehari tidak dianjurkan?
Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti mengatakan bahwa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan, terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh melemah. "Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 6,5 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti. "Tak ada alasan untuk menambah jam tidur, tubuh akan memberitahu kita berapa banyak jam yang ia perlukan untuk beristirahat, " ujar Prof... Daniel.

 Jadi, merujuk pada penelitian di atas maka dapat diambil kesimpulan bahwa tidur tujuh jam sehari adalah yang terbaik. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa tubuh paling merasa nyaman jika hanya tidur selama tujuh jam. Tak masalah juga jika tidur kurang dari tujuh jam sehari. Misalnya, enam atau lima jam sehari. "Tapi ingat, tidak baik bagi kesehatan apabila Anda terus menerus tidur kurang dari lima jam sehari dalam waktu yang cukup lama," ujar Prof. Daniel mengingatkan.
"Kalau selama ini Anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Tidurlah yang berkualiti dan yakinlah bahwa tidur selama tujuh jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesehatan Anda," ujarnya.

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

20 Jun 2010

Exchange LINK

Salam..
Petang ni sha sempat blog walking..so dapat le beberapa geng blogger baru...
Then, dapat satu info macammana nak EXCHANGE LINK dgn mudah...
Jom tgk camner...

 EXHANGE LINK ANDA DGN MUDAH

Sha kreditkan bebanyak tima kacih pada new geng blog a.k.a follow sha saudara man :
http://www.storymacam-gempak.blogspot.com

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Masak Apa Kita Hari ni..

Salam...
Hari ni seawal jam 3pagi sha dah bangun tau...
Jgn x tau..papa last minute go to his fishing trip nearest to Pulau Batu Putih..ala...dah dekat2 area perairan S'pore tu....lepas maghrib baru balik le jawabnya....ari ni seharian tinggal berdua dgn Ami jek la jawabnya....
So, sha siapkan simple bekalan pagi dia... sandwich yg intinya telur + susu HL rendah lemak...
yummy..but sorry x sempat ambil gambar....
Then, dah lama x tulis resipi yg best2 kt sini...lps solat subuh teringat nak gatal2 tangan kt sini..
Jom kita tgk apa menu yg sha nak share dgn korang...
Puding roti sos kastard
Bahan-bahan ( 1 happy family )
Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter – cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
* 1 s/b buah pala *(optional)
Bahan C-kuah
* 1 tin susu cair
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula
Cara-cara : 1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
3. Bakar dalam suhu 180′C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

HAND MADE CHICKEN NUGGET
Bahan-bahan :
700 gram ayam mince
200 gram serbuk roti
2 biji telur
garam dan lada sulah secukup rasa
telur dan serbuk roti for coating
Cara-cara:
  1. campurkan ayam, telur, lada sulah dan garam serta gaul sebati. pastikan benar2 rata sebelum masukkan serbuk roti
  2. setelah rata, masukkan serbuk roti dan uli hingga sebati
  3. bentuklah mengikut kegemaran anda nugget ini. kreatifkan bentuk2nya supaya anak2 anda lebih berminat untuk makan nanti… :P
  4. celupkan dalam telur yg dipukul sedikit kemudian coat dengan serbuk roti. Ulanglah hingga selesai.
  5. gorengkan dalam minyak yg sederhana panas dan elakkan dari terlalu garing kerana ia boleh menyebabkan nugget anda menjadi kering dan tidak juicy.
  6. simpan yang berlebihan dalam peti sejuk beku serta dijadikan sebagai frozen food. Nah anda dah boleh buat frozen food sendiri. Boleh goreng bila2 saja nak makan
BUTTERED PROWN
Bahan-bahan ( 1 family kecil ) * 400gm udang sederhana besar-buang kepala dan belah belakangnya
* 3 sudu besar butter
* 3 biji telur kuning-dipukul sedikit (ana guna 2 kuning dan 1 telur putih)
* 4 cili api-dipotong2 (jgn potong kalau anak2 nak makan sama kut pedas)
* 2 tangkai daun kari
* 1/4 cawan susu cair (ana guna fresh milk)
* 2 ulas bawang putih-dicincang
* pepper, gula n garam
Cara-cara
1. Panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tambah butter selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih. kacau.
3. Masukkan telur, kacau selalu. (boleh juga titikkan guna hujung garfu bg mendapatkan tekstur telur yg halus mcm kat restoren tu)
4. Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api dan perasa2 sambil kacau selalu.
5. Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing. Boleh dimakan dengan nasi putih.

Selamat Mencuba...
Sumber dipetik dan diubahsuai dr : MyResipi

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

19 Jun 2010

Jangan terlalu mencari "KESEMPURNAAN"

Salam Kengkawan...
hari ni sha terima satu email fwd from kengkawan....
JOM baca..mana yg baik jadikan teladan.....yg buruk dijadikan sempadan....
Enjoy Reading...

Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN.
sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd,
OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKAoleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar KEPERLUANmu...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKANkepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL.............

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

18 Jun 2010

Jom klik, join the contest from Youthsays

Salam geng..
Maaf hari ni sha lmbt sket nak menulis blog kt cni...anyway before explain anything jom klik campaign kt bawah, join the contest and earning money from Youthsays...
Macam mana nak earning money from Youthsays nanti sha explain tutorialnye k...tunggguuuuuuuuuu........

Lets Kelik2 dan sertai This Campaign


Jom Join MAS Traveller

Help Ronnie Got Lucky and Find True LOVE




All of you can earning money from Youthsays dgn klik link di bawah..

Byk sha nak tulis ni..anyway..masa x mengizinkan ..time for titun..papa already concentrate with his WORLD CUP GAME.....

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

17 Jun 2010

Azrinaz dicerai talak satu

Sudah..terkejut sha petang tadi dapat email dr kengkawan mengatakan 2nd wife Sultan Brunei ni dah diceraikan...sape lagi...Azinar Mazhar Hakim daaa.....jom baca..
AZRINAZ bersama dua anaknya.
BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei malam tadi mengumumkan baginda menceraikan isteri keduabaginda, Azrinaz Mazhar Hakim selepas lima tahun berkahwin dengan bekas wartawan TV3 itu.
Sultan Hassanal Bolkiah, 63, mengahwini Azrinaz pada 2005 dan mempunyai dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.
Dalam pengumuman khas yang dibuat di seluruh Brunei jam 8 malam itu dan disiarkan Radio Televisyen Brunei dibacakan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Abu Bakar antara lain menyebut:
“Atas sebab tertentu (yang tidak dinyatakan), berlandaskan hukum syarak berhubung perkahwinan, pada petang Rabu (16 Jun 2010) baginda Sultan Brunei menceraikan isteri baginda, Azrinaz Mazhar Hakim dengan talak satu.”
Azrinaz, 30, melahirkan anak lelaki mereka kira-kira setahun selepas berkahwin manakala anak kedua, seorang perempuan pada 2008.
Menurut agensi berita AP, Istana Brunei turut menarik balik semua gelaran Dirajanya.
Bagaimanapun tiada butiran lanjut diberikan.
Azrinaz dan Sultan Brunei diijabkabulkan pada 2005 di sebuah istana kerabat diraja Brunei di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dalam satu majlis tertutup dan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan sahabat terdekat kedua-dua pihak.
Azrinaz atau lebih mesra dipanggil sebagai Naz adalah lulusan Diploma Penyiaran dan bertugas di stesen TV3 sejak 1999 sebelum meletakkan jawatannya sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran pada Mei 2005 atas alasan 'untuk menjalankan perniagaan sendiri.

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Kaum wanita DINASIHATI memakan sebiji pisang sehari di awal pagi

Salam Geng Blogku...
Bz betulla  skrg ni...nak write news or blogwalk pun x nyempat....
aduss...tapi sha nak juga share one of tips kesihatan utk kita wanita2 ni...
Jom baca...
Kalau kita biasa mendengar ungkapan "an apple a day can keep you 1 day from the doctor"...rasanya lepas ni kena change ke "a banana day can keep you 1 day from the doctor"... hehe
Kaum wanita DINASIHATI memakan sebiji pisang sehari di awal pagi untuk mencegah kanser, Dan ubat yang paling mujarab ialah meminum air masak sebaik sahaja bangun dari tidur. Kos perubatan yang dapat  dijimatkan.



Sebiji pisang (20sen) x 30hari = RM6.00 sebulan.
Kos makan pisang setahun RM6.00 x 12 bulan= RM 72.00
Kos makan pisang sepanjang hayat umur 60 tahun = RM 72.00 x 60
tahun = RM 4320.00 saja
Kos perubatan Kimoterapi yang dapat dijimatkan sekali rawatan x
8 Cycle =RM 40,000. 00 kos paling murah. Satu cycle je RM 5000.00 . cancer menyerang semula jika kita tidak menjaga pemakanan dan kesihatan kita.
So, kengkawan..mulai today amalkan le makan pisang yg bukan sahaja berkhasiat..tapi kosnya yg murah....

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

15 Jun 2010

Diskriminasi kaum or Bias

Salam Geng Blogger...
Hari ni waktu siang sha x dapat nak menulis atau mencoretkan sesuatu kt sini...maklum le aku half day petang...sesaje nak merelease tensionku kt office pagi ni....
So, sha ambik kesempatan nak mencurahkan perasaan sha lepas maghrib ni....usai solat dan  berdoa kepada Allah semoga diperbanyakkan bersabar dan diberi kemurahan rezekinya.....
Kalau you all nak tahu sha currently working in manufacturing line Japanese company...environment cukup ok dan my Japanese boss pun quite understanding and good relationship with his staff,,x mcm my ex-japanese boss yg dah balik Japan tu...quite silent...
Dipendekkan story.....sha yg sorang2nya malay kt section tu mintak advise my leader regarding one issue...biasalah kalau x kaum chinese sape lagi kan.....
Then....tgh sha tanya2 mintak her advise..her can tell me that during her maternity last year i can work independly and why now tanya dia itu ini...
ishh.....dah le tu cakap kuat2 pulak...geramnya Allah jek yg tahu..dia ni sejak sha join mmg look like to puashati dgn sha.... then sha reply la..... you are my leader..so any special issue kenaler mintak her advise...nanti kalau suka2ati write email then dia baca byk pulak her comment....adussss.....
Tapi kalau dgn 2 orang yg not malay tu boleh boleh very good guidance and advise...
Others section pun perasan and told sha kalau dia cakap dgn sha mmg not in good mood and support...
Huh...diskriminasi kaum ker ni.....bias ke ni....mmg panas hati dan perasaan sha ni....bukan satu dua kali...even every day tau.....
Rasa mcm nak hantar surat resign jek....
But sha x mengalah..... sha nak tgk berapa thn lagi dia nak psiko sha dgn cari ni.....huhu.....
from now...sha nak cari keje baru..... then tinggalkan dia sorang2 wat my work.... if her so perfect and terror la katakan.....
hmmm..... puas hati sha meluahkan perasaan sha kt sini....
hope ur understand...any comment that can cooling me ....feel free to advise sha la....tulunnnn.......helpppp...........

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

14 Jun 2010

MULIANYA SEORANG WANITA

1. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita??
Jawab Rasulullah,"Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah, "Ibunya".
2. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
3. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
5. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
6. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
7. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
8. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
9. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
10. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
12. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun)
11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.
13. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
14. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
15. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
16. Wanita yang memberi minum air ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
17. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

Sampaikan pesanku walau satu ayat..
berbanggaler wahai sahabatku..betapa mulianya seorang wanita di sisi Allah...
dan insan bergelar lelaki..jgn persiakan amanah Allah ini....

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Petua Redakan Demam Panas Anak...

Salam geng blogger...
Selamat pagi....
Hari ni sha nak share petua utk kurangkan demam panas anak....
actually dah lama sha nak share kt blog ni tapi x sempat nak menulis...kebetulan beberapa geng blogger ada di antara anak2 dorang yg demam panas...
petua ni sha dapat dr one of specialist hospital from pedriatik specialist a.k.a pakar kanak2 ler..
even though my son Fahmi demam pun sha gunakan cara ni selain letak cool fever kt dahi dan makan ubat demam yg doktor pagi...

1st... ambil air sejuk + air batu from freedge
then letak dalam mangkuk....ambil towel kecil, basahkan towel dalam air sejuk + ais tu dah perah...
lap ke badan anak/baby especially ke tempat yg boleh kita rasa bahang panasnye especially bawah kedua-dua ketiak, belakang badan dan pelipat kaki....
buat ler 3-4jam sekali...
Lagi satu jgn pakaikan anak2 yg demam dgn pakaian yg tebal2 atau baju lengan panjang..
kalau boleh bagi baju lubang2 jek....coz demam budak2/baby ni x sama cam kita orang dewasa yg kalau demam kena pakai baju tebal atau selimut...
Sha dah share petua ni personally dgn mommywhite http://whiteymommy.blogspot.com/ masa baby Khalisnya demam panas....ternyata cepat kebah panasnya...
to Zai Comel : http://spiderlily-zaidah.blogspot.com/ hope this petua dapat redakan demam Firas dgn cepat.....
Selamat Mencuba...

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

13 Jun 2010

Baby Gal ?

Salam semua...
hmm...dah nak masuk 2 hari sha x sempat nak berblog..
semalam balik kg...tdo kt umah my MIL (mother in-law) ada kenduri kawen jiran sebelah..
biasaler musim2 cuti sekolah ni..start dr last week sampai next week penuh dgn undangan perkahwinan..
hati2 makan nasi minyak..terlebih makan boleh kena darah tinggi pulak...maklum ler kan....

Bercerita pasal balik kg ni....kebetulan my sis in-law pun balik sama...bring her baby gal....
hubby anak sulung..so Fahmi was the 1st cucu sebelah sana...then follow the baby gal..NUR AISHA HUMAIRA yg lahir bulan Sept thn lepas...skrg dia dah 9mth ++ alahai comelnya... geram tol tgk pipinye yg gebu tu..bulu mata lak lentik...tgkler

















aihh...ni yg teringin nak berbaby baru.....
Sha dah mencuba masuk sethn..tapi x dapat2 pun...aduss....
Tgk le Fahmi ni..siap berebut2 tempat nak lepak dgn Humaira si comel tu...takut tertindih jek.....ni kalau ada adik ni..siap ler adiknya nanti....hahaha....
So..kalau ada sesape nak share petua nak dapatkn baby baru..or baby gal utk sha...maklum ler anak sha, FAHMI next month dah 4thn..dah besar...manja sgt....patut dah dibagi adik.....

Okler...nk mengundurkan diri ni...esok dah nak keje..cepatnya masa berlalu..2 hari x terasa tol...
k...see all of u tomorrow.....

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

11 Jun 2010

Tazkirah Jumaat - REJAB datang lagi.....

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡
Pada hari Minggu 13 June 2010 kita akan memasuki bulan Rejab dalam kalendar Islam.
Bulan Rejab adalah bulannya Allah SWT.
Jom kita lihat ada apa di balik bulan Rejab yang mulia ini..
Diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW telah bersabda,
 "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka:
(*) Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT;
(*) Dan barang siapa berpuasa pada tgl 27 Rajab 1427/Isra Mi'raj (jatuh pada hari Jumat 9 Juli 2010) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa;
(*) Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT;
(*) Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada  1, 2, dan 3 Rejab ( 13, 14, 15 June 2010) maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat;
(*) Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, Insya Allah permintaannya akan dikabulkan;
(*) Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga;
(*) Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah SAW lagi :
"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s.:
"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini ?"
Maka berkata Jibrilb a.s.:
"Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau dibulan Rejab ini".
Sampaikan pesanku walau satu ayat..................Amin

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

NAK TAHU D MANA KECANTIKAN LELAKI

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni dan rohani.
Lelaki yang cantik adalah:-

 1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...

Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi padakekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."



Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

10 Jun 2010

Pulut Durian Johor Style

Hujan hujan petang ni sha mengidam satu buah yg sha nak makan...
maklum ler ni kan season @ musimnya.....nak tahu tak apa buah yg sha teringinnnn sgt nak makan....
apa lagi..BUAH DURIAN ler...
tapi jgn x tau..sha x berapa gemar makan durian masak gitur2 jekk.... sha suka yg dah siap dimasak either tempoyak atau..... haaaa ni dia yg sha suka my mom masak kalau time musim durian..
apalagi....PULUT KUAH DURIAN laa....johor style punya....
Jom kita tgk resipi nak buat pulut kuah durian ni...

PULUT KUAH DURIAN (JOHOR STYLE)
KUAH DURIAN
Bahan-bahan :
Isi buah durian -ikut suka banyak mana nak buat
Gula perang - ikut manis
Sedikit gula Melaka ~ mama tambah untuk warna
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
1 cawan air
secubit garam
daun pandan [simpulkan]
Cara Masak :
1. Masukkan isi durian, gula perang, gula Melaka, daun pandan, garam dan air dalam periuk.
2. Masakkan sampai gula larut sambil kacau rata.
3. Masukkan santan dan sentiasa kacau perlahan supaya santan tidak pecah minyak.
4. Bila nampak mendideh tutup api dan hidangkan.

PULUT TANAK
Bahan-bahan :
Beras pulut
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara Masak :
1. Basuh beras pulut. Masukkan garam dan air secukupnya.
2. Paras air adalah lebih sedikit dari paras menutupi beras pulut.
3. Tanak seperti menanak nasi putih.
Dah pun siap...then ambil pulut dan letakkan kuah durian diatasnyaa...
Taraaaa...cam gambar dibawah ni...so yummmyyyy


Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Cium anak pun boleh dapat pahala

Salam Geng Blogger...
Selamat Pagi .....
hari ni sha nak share info tentang cium anak pun boleh dapat pahala tau...
Jom kita baca ea...happy reading...

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

(gambar ihsan cik google)
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Alangkah baiknya jikakalau kita semua dapat mengambil iktibar daripada kisah ini.
Sudah tentunya semua ibu/bapa dan juga kepada mereka yang akan bergelar ibu/bapa akan menyayangi anak-anak mereka dengan penuh kasih & sayang kerana ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt itu amatlah besar.

Sudah tentu penyakit-penyakit sosial yang berlaku pada masa ini seperti kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi tidak akan berlaku dikalangan masyarakat kita.

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

08 Jun 2010

50 RANGSANGAN MUDAH MENJADIKAN ANAK BIJAK

Salam geng bloggerku..
Dah lama x memerah otak sha ni utk menulis kt blog sha ni...uiks...dah berapa hari dah...
sorry bukan apa..weekend sibuk go to kenduri kawen...maklum ler cuti sekolah ni kan..ramai yg naik pelamin...so bz ler menghadirkan diri ni...
Anyway...time rehat kt office ni sha ambil kesempatan utk sharing tips mudah utk menjadikan anak bijak...
Jom baca sama2 dan ambil mana yg patut utk diamalkann....
Actually sha dapat email ini drpd seorg kawan dan ingin berkongsi dgn semua.
Saya teruja nak cuba tip #39… tapi kena tunggu anak-anak ni besar sikitlah. Kalau nak cuba sekarang, takut pulak orang kata "buang tebiat ke ape ke, dok bagi anak main hujan!". Teringat masa kecik-kecik dulu main hujan dengan abang dan adik… Hemmm… heaven!

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya).
50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.


1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..
4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.
28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.
30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.
31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")
35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.
36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
41-BERGURAU-SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.


Selamat mencuba!
Any comment...share dgn sha ek....

Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

04 Jun 2010

Tazkirah Jumaat - Kisah Penjual Tempe

Salam Geng..
Uiks...dah 2 hari x dapat nak mencoret nukilan kt blog kesayangan sha ni..
bz betul dgn meeting memanjang.....
So hari ni sha nak share about Kisah Penjual Tempe...one of motivate story yg sha dapat dr email kawan2 yg forward kt sha...
Jom kita baca kisahnyaaa........

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu.
Apakah yang terjadi?
Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!
Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.
 "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya.
Apa yang terjadi?
Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
 "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...


Moral:
Pertama:
Kita sering memaksakan kehendak kita kepada ALLAH S.A.W sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:.
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa ALLAH S.A.W akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga :
Tiada yang mustahil bagi ALLAH S.A.W
Keempat :
Kita sering ingin ALLAH S.A.W memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan

Anda mungkin juga meminati:



Thks Sudi Membaca Entry sHa ! Muah2 !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More