Salam Geng and visitors...
Hari ni online lambat..hubby bawak my broadband gi keje...tu yg kerja2 mengupdate blog dan aktiviti2 berjalan2 ke blog2 lain tertangguh....
So, sha baca le satu news KOSMO kt newspaper hari... tips menjaga kesihatan cara orang Korea....
Jom share...sha ambil yg penting2 jek la..
PADA usia 76 tahun. Dr. Muhammad Kim masih aktif melakukan rutin senaman pagi dengan berjoging sekurang-kurangnya dua kilometer setiap hari. Selesai beriadah, Muhammad bersiap-siap untuk ke pusat perawatan tradisional miliknya yang terletak di Kelab Golf Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk memenuhi temu janji dengan pesakit-pesakitnya.
Sebelah malam pula, adakalanya bekas pegawai tentera berpangkat kolonel dari Seoul, Korea Selatan ini perlu menghadiri majlis rasmi melibatkan ekspatriat Korea.
Padat dengan jadual seharian, lelaki bertubuh kecil tetapi bertenaga ini tidak lokek berkongsi tiga rahsia untuk memiliki kesihatan yang sejahtera.
“Saya bersenam, mengambil herba ginseng dan makan kimchi hampir setiap hari, itu rahsia kecergasan saya,” ujarnya ketika ditemui Jurnal di pusat rawatannya baru-baru ini.
Muhammad menjelaskan beliau sangat sukakan aktiviti yang mengeluarkan peluh terutama joging.
“Setiap pagi saya akan berjoging selama sejam. Sekiranya hujan, saya tidak menolak untuk keluar bersenam.
“Saya akan berjalan kaki dengan memegang sekaki payung,” katanya.
Mengagumi khasiat ginseng yang dianggap sebagai penyumbang kesihatan dan awet mudanya, Muhammad bagaimanapun mengamalkan rutin mengambil serbuk ginseng secara tidak berlebihan.
“Saya ambil sedikit demi sedikit selang beberapa hari untuk membantu peredaran darah yang lebih baik,” akuinya.
Di Korea, ginseng lebih terkenal sebagai ubat untuk menjaga kesihatan, mencegah penyakit dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Terdapat lima negara yang memiliki ginseng iaitu Korea, China, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat namun penghasilan ginseng secara komersial di Korea menjadikan ginseng dari negara tersebut sebagai yang terbaik.
Bahkan, para pengkaji menyifatkan ginseng Korea adalah lebih berkhasiat kerana ia tidak pernah dipalsukan seperti ginseng China.
“Sejak dahulu lagi, budaya masyarakat Korea dan ginseng sangat rapat malah setiap hari rakyat Korea akan mengambil ginseng. Tidak hairanlah, Korea mendapat jolokan ‘Negara Ginseng.’
“Tradisi ini turut diamalkan sehingga hari ini. Bahkan bagi sesetengah orang, ginseng adalah ramuan wajib dalam masakan Korea supaya makanan lebih berkhasiat, contohnya sup ginseng dan telur goreng,” kata Muhammad.
Tambahnya, belum ada kajian yang menyatakan khasiat ginseng sebagai penambahan ghairah seks lelaki.
Sebaliknya amalan mengambil ginseng sama ada dalam bentuk pati, serbuk, teh dan lain-lain bertujuan untuk menjaga kesihatan.
Ajaib
“Dalam satu kajian oleh para doktor antarabangsa, pengambilan ginseng secara konsisten mampu mengurangkan risiko Alzheimer, menangani kencing manis, mengatasi masalah tekanan darah tinggi dan menguatkan sistem imunisasi badan.
“Malah, ginseng juga banyak digunakan untuk meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental, memberi tenaga, menstabilkan fisiologi badan, merendahkan paras kolesterol dan mencegah penyakit kanser,” jelasnya yang mempunyai lebih 50 tahun pengalaman menggunakan ginseng.
Mendapat jolokan ‘Herba Ajaib Dari Timur’, pengkaji Rusia berpendapat tumbuhan yang dianggap sempurna ini boleh menormalkan tekanan di saluran arteri dan berkesan dalam mengubati tekanan darah tinggi mahupun darah rendah.
“Ginseng adalah alternatif terbaik untuk melancarkan peredaran darah sekali gus meneutralkan asid dalam darah,” ujar Muhammad yang merupakan pakar akupuntur dan gingseng bertauliah.
Tidak hanya diambil sebagai makanan kesihatan, pemilik nama saintifik Panax yang bermaksud tubuh manusia itu turut dijadikan sumber kajian di Institut Kajian Universiti Nasional Seoul dan berfungsi sebagai agen penyembuh kanser serta diabetes di Hospital Pusat Kanser Korea.
Selain mengambil herba ginseng, Muhammad turut mengamalkan memakan makanan tradisional Korea iaitu kimchi yang disifatkan makanan terbaik di dunia.
“Saya selalu percaya pada prinsip makan sedikit dan berjoging sejam setiap hari.
“Saya juga memastikan makanan yang diambil perlu memiliki lima elemen penting iaitu manis, masam, masin, pahit dan pedas.
“Sebab itu, rakyat Korea amat menggemari kimchi dan memakannya setiap hari dalam saiz sederhana,” ujarnya yang mengelak untuk mengambil nasi lemak dan roti canai.
Jom tgk camner wat resipi KIMCI ni...
1. Pilih kobis panjang yang bersaiz gemuk pendek kerana rasanya lebih sedap dan sesuai di buat kimci.
* 1 cawan serbuk lada merah
* Air secukupnya bagi menggaul ke semua bahan
* 2 sudu besar sos ikan
* 2 sudu besar gula
* 1 sudu besar bawang putih tumbuk
* 1 sudu kecil halia tumbuk
* 4 batang daun bawang
7. Lumur sos pada setiap helaian kobis sehingga rata. Lakukan dengan lembut supaya kobis tidak koyak atau patah
sELaMAt mENcuBa....
3 Komen Anda:
nak belajar wat kimci jugaklah. hehehe.
Baca entry ni sy rasa begitu bersemnagt nak jogging, padahal baru jer leaps jogging tadi.
huhu..selalu tgk citer korea makan kimchi..tq bagi resepi~~
banyak blog yang saya kunjungi tidak layak untuk dibaca apalagi dipublikasikan, namun berbeda dengan blog ini, blog ini sangat kaya akan sentuhan seni dan update informasinya sangat cepat.
Catat Ulasan