Salam Sumer...lama sha x enter blog...blogwalking and bwat new entry...
sorry morry...ada hal yg x dpt nak dielakkan....ditambah kebzan yg sedia ada..kesian sha kan...hehe
Jom baca entry terbaru sha..especially utk mereka yg dah berumahtangga nih...
9 Amalan Kebahagiaan Rumahtangga
Persefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain adalah antara petua untuk mencapai rumahtangga
yang bahagia dan berkekalan. Ini sering digunakan oleh pasangan yang lebih lama mendirikan rumahtangga hingga ke anak cucu. Suami atau isteri harus mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing.
2. Persefahaman dan Saling Tolak Ansur
Sikap saling memahami antara satu sama lain adalah perkara utama dalam rumahtangga. Suami atau isteri perlu mewujudkan persefahaman ini sebelum berumahtangga lagi. Tolak ansur dalam apa jua perkara amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang masalah lain yang timbul.
3. Berterus Terang dan Bersikap Terbuka
Suami atau isteri yang mengamalkan sikap suka menyembunyikan sesuatu dengan pasangannya secara
langsung boleh merenggangkan hubungan. Ini kerana sikap saling mencurigai akan wujud secara tidak disedari.
Namun begitu, tidak semua rahsia suami atau isteri perlu didedahkan kepada pasangan terutama perkara yang telah lepas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
4. Hargai Pasangan Anda
Menghargai pasangan anda adalah sesuatu yang perlu diwujudkan. Misalnya suami perlu memberi pujian atas
apa yang disediakan isteri. Pujian yang diberikan terhadap masakan isteri sekurang-kurangnya mengembirakan si isteri dan berasa dirinya dihargai. Begitu juga dengan pihak isteri, biarpun suami tidak melakukan tugas memasak, membasuh dan sebagainya, pujian yang diberikan kerana membantu anda di dapur pada hujung minggu sekurang-kurangnya memberikan mereka rasa dihargai...
5. Perhatian Yang Adil Terhadap Pasangan
Kadangkala suami atau isteri memerlukan perhatian lebih daripada pasangannya. Walau sesibuk mana pun anda dengan kerjaya atau tanggungjawab, luangkan sedikit masa terhadap pasangan anda. Meluangkan sedikit masa terutamanya pada hujung minggu dengan pasangan anda adalah lebih daripada anda menumpukan perhatian kepada kerja yang sememangnya tidak akan selesai.
6. Menghormati Antara Satu Sama Lain
Walaupun hak dan kuasa adalah lebih kepada suami, suami juga perlu menerima pandangan yang diberikan oleh isteri. Sikap saling menerima pandangan secara langsung akan mewujudkan sikap hormat isteri terhadap pasangannya.Isteri juga akan berasa dirinya lebih dihormati biarpun kedudukan mereka hanya sebagai isteri. Jadikanlah suami atau isteri tempat untuk berkongsi pendapat.
7. Menyesuaikan diri dengan rakan pasangan
Sekiranya anda diperkenalkan dengan rakan pasangan anda, seharusnya anda tahu menyesuaikan diri dengan mereka.Bagi anda yang mempunyai suami yang bertugas sebagai ketua kepada kakitangannya, sesuaikan diri sebagai isteri seorang ketua dengan kakitangan bawahan.
8. Saling mempercayai antara satu sama lain
Sikap saling mempercayai amat penting dalam kehidupan berumahtangga. Tanpa sikap tersebut, rasa ragu-ragu dan curiga antara satu satu sama lain akan timbul. Ini menyebabkan hubungan suami atau isteri menjadi dingin.
9. Anak sebagai pengikat kasih sayang
Anak juga merupakan faktor yang boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Namun begitu, bagi pasangan yang belum mempunyai anak, jangan berputus asa. Ini bukanlah bermakna anda tidak berupaya mewujudkan rumahtangga yang bahagia dan berkekalan. Semua ini bergantung kepada anda sendiri untuk menciptanya.
1 Komen Anda:
informasi dalam blog ini sangat bagus dan layak untuk di baca semua pengunjung yang hadir ke blo ini. thanks ya informasinya
Catat Ulasan