01 Julai 2010

Puding Aiskrim

Salam Geng..
Petang2 ni mula le teringin nak makan apa2...
Apa nak makan dan apa menu yg sedap utk dicuba...
belek dan telek2....sha jumpa satu resipi yg agak mengancam..
Jom tgk....cam sedap jekkk....
Esok beli bahan2 dan try wat yek..

PUDING AISKRIM
Bahan Bahan

120 gm gula pasir
3 biji telur (diambil kuning sahaja)
60 gm serbuk badam
850 ml air500 ml susu segar
50 gm tepung jagung3 s/besar serbuk agar – agar
350 gm aiskrim perasa vanila
2 s/kecil pati strawberi
sedikit pewarna merah buah strawberi (untuk hiasan)
daun pudina (untuk hiasan)

Cara Menyediakannya

1. Pukul gula dan kuning telur sebentar, campurkan tepung jagungdan badam serta sedikit susu, kacau rata.
2. Tuangkan air, baki susu segar dan serbuk agar – agar ke dalamperiuk.
3. Masukkan campuran tepung jagung, kacau di atas api perlahansehingga pekat, apabila ia mendidih, angkatkan.
4. Masukkan aiskrim dan kacau segera, bahagikan dua.
5. Tuangkan satu bahagian ke dalam acuan yang sudah dibasahkan.
6. Campurkan pati strawberi dan pewarna merah ke dalam bahagianyang satu lagi,tuangkan ke atas puding.
7. Biarkan ia keras sebelum disimpan di dalam peti sejuk dan dihidangkan.

Sumber : My Resipi

1 Komen Anda:

banyak blog yang saya kunjungi tidak layak untuk dibaca apalagi dipublikasikan, namun berbeda dengan blog ini, blog ini sangat kaya akan sentuhan seni dan update informasinya sangat cepat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More